EP 18 : TERHUNUS PISAU

325 44 6
                                    

Jungkook memandang Namjoon dengan matanya yang merah kerana menangis. Seperti ada satu perasaan halus meresap ke dalam hatinya. Namun pantas disingkirkan. Apa yang di akalnya, NO MERCY!

Jungkook mengeluarkan sebilah pisau. Pisau itu bersinar dan tajam seperti sudah diasah. Jungkook mengesat air matanya.

Jungkook menghalakan pisau ke pipi Namjoon. Ditekan dan diseret pisau itu sedikit.

Darah mengalir perlahan daripada pipi Namjoon. Terasa pedih. Namun hati Namjoon lagi pedih apabila perkataan benci itu diluahkan di mulut Jungkook.

Namjoon tiba-tiba menggigil dan berpeluh. Darahnya rasa seperti ZUPP! mengalir di saluran darahnya.

"Tak mungkin.. Janganlah sekarang!!", detik hari Namjoon.

Mata Namjoon bertukar bersilih ganti. Dari hitam ke merah ke hitam ke merah ke hitam. Taringnya mula memanjang.

Sekuat hati Namjoon menggigit bibirnya sehingga berdarah. Jungkook mula perasan perubahan fizikal Namjoon.

"Yah.. kau.. hokshi (mungkinkah?) .. ", kata Jungkook.

"Pergi dari sini!!", arah Namjoon.

Namjoon tidak mahu Jungkook menerima nasib yang sama seperti eomma dan appanya Jungkook. Hanya Jungkook lah yang tinggal.

"Kau adalah orang yang paling aku sayang sejak dari dulu lagi. Mana mungkin aku ingin membunuh chingu dengan tangan aku sendiri. Cukuplah mereka berdua. Aku tak mahu tangan aku dipenuhi dengan darah kau pula.. Kalau kau pun aku bunuh, aku tak tau sama ada aku sanggup lagi untuk terus hidup atau tak..", kata Namjoon.

"Kau bunuh ajelah aku.. Aku tak mahu terus dibenci oleh kau. Kalau aku mati je dapat hilangkan perasaan benci tu, aku sanggup. Memang aku yang patut mati masa tu, bukan diorang... Bunuh aku Jungkook.. Bunuh aku.. Aku nak kau tahu aku sayang kau sangat... neomu neomu.. (very very) ", kata Namjoon perlahan.

"Namjoon...", Jungkook terkedu.

Kuku Namjoon juga sudah cukup panjang dan tajam untuk memutuskan urat saraf sesiapa sahaja yang mendekati nya.

Namjoon mencakar-cakar lantai. Namjoon sudah mula menderam.

"Ppalli!!", jerit Namjoon dalam keadaan separuh manusia separuh Wild.

Selagi dia boleh tahan Wild Pheromone nya, dia akan tahan sepenuhnya walaupun dirinya yang cedera.

Jungkook hanya mampu memandang Namjoon yang sedang bertarung dengan dirinya sendiri. Tangan Jungkook menggeletar. Pisau di tangannya seperti hendak terjatuh.

Jungkook bukanlah tak sayangkan Namjoon. Masa Jungkook dibuli, Namjoon lah yang menolongnya. Masa Jungkook sesat, Namjoon lah yang berusaha mencarinya di dalam hutan seorang. Masa Jungkook bersedih, Namjoon lah yang hiburkan dia. Namun, apa yang buat terbit nya rasa benci kerana kematian eomma dan apoanya yang tercinta.

Baru Jungkook hendak mengangkat pisau, muncul seorang di belakangnya yang menendang tangannya menyebabkan pisau itu terpelanting. Jungkook memusingkan tubuhnya. Seperti familiar namun tidak begitu dikenalinya.

"Min.. Yoongi?", kata Jungkook kerana teringat Namjoon pernah menceritakan pasal Yoongi.

Yoongi terus memandang ke arah appa Hyuna yang terbaring lemah tak berdaya dan Namjoon yang sudah mula diserang sakit Wild Pheromone nya.

"Apa kau dah buat ni?!!", kata Yoongi sambil mencekak kolar baju Jungkook.

"Aku.. aku kena bunuh Namjoon!!", kata Jungkook.

"Mwo? Wae..? Sebenci-benci aku pada Namjoon, aku tak terfikir nak bunuh dia! Kau tau kan membunuh tu salah!", tanya Yoongi lantang.

"Dia bunuh eomma dan appa aku!! Mereka jelah keluarga yang aku ada tapi Namjoon buat aku kehilangan diorang!! Mereka mati pada hari yang sama! Lagi perit bila aku yang menyaksikannya di depan mata kepala aku sendiri!!", jerit Jungkook tak kurang kuatnya daripada Yoongi.

Yoongi terkedu. Tak sangka apa yang dilalui Jungkook amat perit.

Jungkook mengambil pisaunya yang terjatuh tadi. Jungkook yang bergigil kerana perasaan takut dan sedihnya, mengeratkan pegangan pisau itu. Matanya dipejamkan.

"Arhhhhh!!!!", jerit Jungkook sambil menghalakan sasarannya ke Namjoon.

"Andwae!!!", jerit Yoongi lalu menutup matanya kerana takut.

"Arkh... arh.. akh.." -  Suara seseorang.

Yoongi membuka matanya. Terkejut apa yang berlaku. Pisau itu bukan terhunus pada tubuh Namjoon namun... appa Hyuna?!

Darah membuak-buak keluar daripada perut appa Hyuna. Appa Hyuna memuntahkan darah. Jungkook melepaskan pegangan nya. Jungkook menggeletar. Appa Hyuna rebah.

Pada saat itu, Namjoon tersedar.

"Ajusshi...", Namjoon terkejut apabila melihat appa Hyuna yang tersungkur di depannya.

Namjoon meletakkan kepala appa Hyuna di atas pehanya.

"Ajusshi..", panggil Namjoon.

Namjoon menyentuh perut appa Hyuna yang keluar darah tanpa berhenti itu. Appa Hyuna menyentuh wajah Namjoon.

"Bahagiakan... Hyuna.. ne..? Ajusshi rasa.. dah sampai masa.. untuk... berjumpa dengan.. eomma Hyuna...", kata appa Hyuna perlahan.

"Andwae ajusshi!! Hyuna perlukan ajusshi!!", halang Namjoon.

Appa Hyuna menggeleng.

"Ani... Eomma Hyuna dah tunggu ajusshi lama dah.. Ajusshi tak sanggup buat dia tertunggu lagi.. Akhirnya.. dapatlah ajusshi bersama dengan dia lagi...", ucap appa Hyuna dengan bernada sayu.

"Andwae ajusshi... Andwae...", Namjoon gelisah apabila tangan appa Hyuna yang menyentuh pipinya jatuh.

"Sabar ajusshi.. biar saya tarik pisau ni keluar!", kata Namjoon.

Jungkook yang melihat adegan itu berasa gelisah. Jungkook cuba melarikan diri namun pantas ditahan oleh Yoongi.

"Mana kau nak pergi pembunuh?!! Kau kena bertanggungjawab!!", kata Yoongi.

Jungkook makin takut jadinya. Tak.. Jungkook tak mahu masuk lokap. Kesalahan membunuh adalah.... mati di tali gantung! Oh, dia tak sanggup!

"Ke tepilah!!", Jungkook menolak Yoongi sekuat hatinya.

Yoongi terhuyung-hanyang lalu terlanggar meja. Kepalanya terhantuk.

"Argh...", Yoongi menyeringai sakit.

Pasu di atas meja tu bergolek jatuh ke atas kepala Yoongi. Yoongi terbaring tidak sedarkan diri. Kepala berdarah.

Jungkook makin takut. Jungkook memandang Namjoon.

"Mian Namjoon.. Mian..", ucap Jungkook sebelum lari keluar.

Sedang sibuk Namjoon cuba mencabut keluar pisau itu daripada tubuh appa Hyuna, tiba-tiba terdengar suara seseorang yang amat dia kenal.

Namjoon memandang nya.

"Hyuna...", Namjoon bagai kehilangan kata-kata.

Air mata Hyuna merebes keluar.

"Appa!!!!!!", jeritan Hyuna mampu mengejutkan seluruh jiran tetangga di tamannya.

~To Be Continue~

  RAPPER MONSTER | ✔Where stories live. Discover now