Yoongi yang berbalut kepalanya dipindahkan ke wad VIP untuk rawatan selanjutnya. Alat bantuan pernafasan dipakaikan pada hidungnya. Doktor Jin menyuntik vena Yoongi untuk menyalurkan air ubat.
Doktor Jin memakai stethoscope lalu mendengar bunyi degupan Yoongi. Mata Yoongi dibuka lalu menyuluh dengan menggunakan lampu picit kecil.
Doktor Jin meletakkan jarinya pada pergelangan tangan Yoongi. Perlahan-lahan tangan Yoongi diletakkan di sisi. Doktor Jin mencabut stethoscope itu.
"Wae dengan anak saya doktor?", tanya eomma Yoongi.
Doktor Jin memandang eomma Yoongi.
"Hurm.. Pembedahan tu berjaya tapi.. mungkin sebab pembedahan tadi agak rumit, kaca tu terkena bahagian penting otak. Jadi... anak puan.. sedang koma.", terang Doktor Jin.
"Koma?!", Encik Min terkejut.
Doktor Jin mengangguk.
"Ne, tapi rasanya.. anak puan tetap boleh bangun daripada komanya cuma saya tak dapat teka bila. Jangan risau, dia mungkin seperti tertidur, tapi dia boleh dengar setiap patah perkataan yang kalian cakap.", kata Doktor Jin.
"Kalau macam tu, gwaenchanayo. Asalkan dia bangun juga nanti.", kata Encik Min.
Hyuna menggosok tangan Yoongi.
"Bangunlah Yoongi. Semua tunggu kau.", ucap Hyuna di sebelah telinga Yoongi.
******
Di bilik penyiasatan...
Suasana di situ suram. Hanya diterangi dengan lampu meja yang tidak berapa terang. Bilik itu kecil. Sebuah meja berbentuk segi empat tepat juga disediakan.
Dihadapan terdapat Inspector dan Tuan Taehyung manakala yang duduk di hadapan mereka adalah Namjoon yang sedang menundukkan kepalanya.
Senyap sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas. Mereka bertiga saling berpandangan. Namjoon sedikit takit melihat inspector itu. Dahlah pakai cermin mata hitam, bilik ni pun gelap, boleh pulak nampak?
Tuan Taehyung minum air mineral kerana tiada benda yang dilakukan. Tiba-tiba, inspector mengetuk meja kuat. Tersedak Tuan Taehyung jadinya. Cepat-cepat Tuan Taehyung menyapu mulutnya dengan sehelai tisu.
"Okay, sekarang ni, awak, Encik Kim Namjoon, dibabitkan dalam kes pembunuhan yang berlaku semalam lebih kurang dalam pukul 12 lebih malam. Saksi melihat awak sedang menghunus pisau pada mangsa. Itulah kes awak yang dituduh.", Inspector memulakan bicaranya dahulu.
Namjoon hanya mendengar tapi masih tidak melihat muka inspector. Inspector mengeluarkan beberapa benda daripada beg nya. Satu per satu benda itu diletakkan di hadapan Namjoon.
"Pisau. Pisau ni yang awak gunakan untuk bunuh mangsa kan?", tunjuk inspector iaitu sebilah pisau di dalam plastik bukti.
Inspector menyuakan beberapa helai kertas.
"Mengikut data2 berdekatan, awak ada beli sebilah pisau di sebuah kedai. Resitnya pun telah dicetak. Coraknya sama! Warna pun sama. Jadinya, memang ada banyak bukti bahawa awaklah penjenayahnya.", kata inspector itu.
Namjoon hanya memandang kosong kertas-kertas itu.
"Jamkammanyo, inspector. Saya tak rasa yang Namjoon ni bersalah dalam kes ni. Tolong siasat semula.", kata Tuan Taehyung.
"Nak siasat apa lagi? Bukti dah banyak. Terang-terang bukti ni kukuh!", kata inspector tidak puas hati.
"Hurm, majayo. Jadi, teruskan je pasal kes ni.", kata Namjoon.
"Tapi Namjoon..", kata Tuan Taehyung.
"Geumanhaeyo! Tengok! Dia sendiri tak ada menidakkan bukan dia pembunuhnya. Dah, selesai disini temu bual.", kata inspector.
YOU ARE READING
RAPPER MONSTER | ✔
FanfictionKim Namjoon, seorang lelaki yang berwajah garang kerana pandangan matanya tajam. Tetapi dia sebenarnya agak innocent dan comel. Disebalik mukanya yang kelihatan suci, rupanya dia mempunyai 2 personaliti yang sangat berbeza. Jika dia melihat darah/ d...