1~Wasiat

11.4K 122 4
                                    

Aldric yang berbaring di atas katil king nya sambil memetik tali gitar lalu menyanyi kecil, spontan anak matanya terarah pada bunyi pintu bilik yang diketuk lalu dikuak dari luar.

"Maaf tuan, Datuk suruh tuan turun kebawah sekarang, katanya ada hal penting." pesan Pim. Ketua pembantu dalam rumah agam itu. Semua urusan rumah diserah kan kepada Pim.

Pim sudah lama berkerja selama 18 tahun bersama Datuk Somchair, atau nama Islamnya, Datuk Ahmad. Pim juga menjadi orang kepercayaan Datuk Ahmad untuk menguruskan semua dalam rumah Agam itu. 

"Yeke?, kejap lagi saya turun." balas Aldric.

"Kalau macam tu, saya keluar dulu tuan." pamit Pim.

Aldric hanya mengangguk perlahan.
Pintu biliknya tertutup rapat kembali, akhirnya dia menghembus nafas berat. Kejadian semalam terlayar di ingatan.

"Aldric!! Kamu mabuk lagi?," jerit Datuk Ahmad yang tengah menuruni  anak tangga sambil melihat anaknya longlai tidak boleh berjalan dengan betul. Jam tiga pagi baru balik?

"Sampai bila kamu nak berperangai macam ni hah?!" jerit lagi Datuk Ahmad sambil memandang tajam kearah Aldric yang berusaha berdiri dengan bantuan Pim.

Aldric menepis tangan Pim di lengannya. Bau arak pada baju Aldric memenuhi ruang itu.

"Tepi lah!! Aku boleh jalan lah!" pekik Aldric kepada Pim.

"Pa..apa ni pekik-pekik.. Aldric penat,
Kalau nak pekik pun, tunggulah esok pagi ke, eh?.." Aldric berjalan selangkah kemudia terjatuh semula. Pim berlari membantu Aldric yang sudah tertunduk itu.

Datuk Ahmad memerhatikan Perangai Aldric itu. Sejak kematian Mae nya, Aldric amat menyanyangi Mae nya, kematian Mae belum dapat di terima oleh Aldric. perubahan drastik kepada Aldric itu tidak boleh di terima olehnya. Namun dia harus bersikap tegas lagi, agar Aldric kembali kejalan yang betul.

******

Melihatkan Datuk Ahmad duduk di atas sofa Aldric mengambil tempat duduk berhadapan papanya.Melihat wajah papanya yang tegang membuatkan Aldric menelan air liur.kelat.

"Tell me, sampai bila Al nak berperangai macam ni? Hmm?" tanya papanya.

"Pa.. Semalam Al mabuk sikit aje.." kata Aldric sedikit perlahan.

"Mabuk sikit?",Al cakap mabuk sikit?.. Al.. Sudah lah tu, papa tau Al masih tak boleh terima pemergian Mae, papa juga sedih, tapi kita tak boleh berperangai macam ni... Roh Mae pasti tak tenang tengok anak dia dah jadi teruk macam ni. Balik rumah mabuk-mabuk sampai pagi, bawak balik perempuan tidur satu bilik dengan Al.. Semua yang Al buat., semua dosa. Kita orang Islam Al, banyak bend yang kita boleh buat sesuka hati. Jangan jadi macam budak-budak, Al dah 26 tahun. Al patut fikir masa depan Al." nasihat Datuk Ahmad.

Aldric diam tidak terkutik.

"Kalau esok-esok papa pulak tak dah, papa tak tau macam mana kehidupan Al, sedangkan papa hidup lagi Al dah buat macam-macam depan mata papa." kecewa Datuk Ahmad.

"Pa.. Apa papa cakap macam tu..?" tanya Aldric yang sedikit tak puas hati. Aldric tidak mahu kehilangan siapa-siapa lagi, cukup lah Mae, itu sudah cukup membuatkan dia menderita.

Aldric tahu kelakuan teruknya selama beberapa bulan ini, membuat papanya sangat kecewa. Jawatan CEO dalam pejabat dibiar kan kosong. Kerja semua terbengkalai. Aldric tidak perna muncul selepas kematian Mae nya. Banyak masa hanya berkurung didalam bilik. Nasib juga ada Pim. Pim yang selalu menegokkan keadaan Aldric ketika Datuk Ahmad berada di pejabat.

"Papa dan Mae sayangkan Aldric. Al satu-satunya waris papa. Papa dan Mae hanya ada Al. Mae pun mesti tak nak tengok Al jadi macam ni." kata papanya perlahan.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now