25 - Janda

11.9K 62 22
                                    


"Fina, bukan dia keja ke dekat company si Syah tu?"

"Ha ahh.. Fina keja dekat situ."

"Dia takde bagitau apa-apa pasal Syah?"

"Haritu masa Yana dengan abang dekat Bangkok, Fina ada whatsapp Yana yang Syah tu tak habis-habis tanya Yana dekat mana lah. Sampai dekat butik dia datang cari Yana. Tu sekarang Yana risau ni maksu... Yana tak tahu nak buat apa." rintih Ayana, hampir menangis kerana ketakutan.  Pantas maksu menggenggam tangannya erat.

"Tu dah bahaya Yana. Takut dia apa-apa kan Yana dan dia Api-api kan pula Aldric. Masalah besar tu. Tapi kalau Yana bertindak dulu dan buat sesuatu InShaAllah.. Tuhan ada. Mesti Tuhan tolong Yana." Nasihat tak putus diberi.

Ayana mengesat airmata di tubir matanya. Perlahan-lahan maksu menarik Ayana kedalam pelukan. Diusap lembut belakang Ayana. Cuba beri kekuatan.

"Tapi.. Tapi macam Yana nak cakap dekat abang maksu.. Yana takut.." Ayana memandang dalam wajah maksunya, kalau-kalau maksu dapat tolong dia.

"Ayana.. Jangan dah jadi masalah baru Yana nak cerita, dah terlambat. Bagitahu suami kamu elok-elok.. mesti dia faham. Aldric, maksu tengok bukan lelaki yang baran tak tentu pasal, Kalau Yana sorok benda ni lama-lama dan dia dapat tahu yang Yana tak jujur dekat dia, Yana yang dapat masalah tau." tegas Maksu pula.

"Dah.. Jangan nangis." Diusap lembut bahu Ayana.
"Tak sangka Syah sampai buat macam tu, Masih nak ganggu Yana lagi. Cukuplah dulu Yana dah cukup menderita disebabkan dia, Jangan lah dia buat hal yang bukan-bukan, tak sanggup maksu tengok Yana sedih lagi."

Ayana tunduk. Bila teringat kisah lama rasanya hati ni berdarah semula.

"Eee geram betul lah maksu dekat budak tu. Kalau maksu jumpa dia.. Haa tau lah maksu nak buat apa nanti."

Ayan ketawa.

"Balik nanti cubalah bagitau dekat Al pasal ni ya?." Pesan maksu.

"InShaAllah maksu.. Yana cuba."

"Assalamualaikumm.." Jerit suara dari luar.

Ayana pantas berdiri apabila mendengar suara yang cukup dikenali.

"Haa panjang umur.. Baru je sebut nama dia tadi." Senyum maksu sudah mengagak empunya suara itu.

"Maksu apa khbar? Sihat?" Aldric menghulur tangan lalu mencium tangan Puan Hanim.
Puan Hanim cukup suka dengan kesopanan Aldric. Cepat betul anak siam ni belajar adat-adat orang Islam. Nampak takde sedikit pun yang kekok.

"Khabar baik Al.. Sihat alhmdulillah, macam ni jelah maksu." Maksu senyum melihat Ayana dan Aldric didepan matanya.

"Kalau ibu Ayana yang berada di tempat Hanim sekarang ni, mesti dia lagi gembira melihat Anak menantunya bahagia." bisik hati kecil Maksu. Dia tersenyum.

Ayana dengan manjanya berpaut pada lengan suaminya. Saja nak tayang dekat maksu. werkkk 😜😜😂

"Ehh.. Amboii. Peluk lengan suami tu macam seminggu tak perna jumpa." Perli maksunya. Aldric hanya ketawa sambil mengusap kepala isterinya.

"Yana memang manja kan maksu?, Kadang kat umah tu, nak masuk toilet pun nak mintak Al teman. Macam lah toilet tu kat luar rumah." Tambah Aldric pula. Saja nak jadi team maksu. Aldric sudah ketawa, Tak bole nak tahan dah.

Apalagi membutang lah mata maksu dengar cerita pasal Ayana. Ayana cepat-cepat mencuit pinggang suaminya.

"Ishh abang ni!! Tak boleh simpan rahsia betul lah." Marah Ayana. tak henti-henti mencuit pinggang Aldric.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now