15-Muncul

8.9K 65 7
                                    

"Lily, stock designed macam ni ada lagi ke?, akak tengok tinggal ni je." Ayana menayangkan sepasang gaun berwarna biru terqoise di tangannya.

"Ada lagi kak, Semalam Jun yang pergi ambil semua stock yang baru sampai. Semua ada dalam store" jawab Lily.

Ayana mengangguk. Matanya melirik setiap pakaian dan designed tergantung dan tersarung pada patung-patung di situ.

"Jun..!" Ayana memanggil Jun yang berada di dalam store.

"Ya kak." Jun berlari anak menghampiri Ayana yang sedang memegang sehelai gaun berwarna emas di tangannya.

"Cuba awak tengok ni. Jahitan baju ni tak kemas. Awak tak perhatikan ke masa ambil baju ni.?" Ayana menyuakan gaun itu kepada Jun.

Jun mengigit bibir melihat jahitan pada gaun itu. Memang tidak kemas. Jahitan benang pula timbul pada kainnya.

"Maaf kak. Saya terlepas pandang. Saya tak perhatikan baju tu sebelum saya ambil" Jun berkata sambil memandang lantai. Dia rasa bersalah kerana kelalaiannya.

"Hmm. Esok Puan Suhaila datang nak ambil dah baju ni. Kalau dia tengok baju dia macam ni. Awak rasa dia jadi ambil ke baju ni?. Awak pun kenal kan Puan Suhaila tu macam mana orang nya. Awak nak tengok dia meroyan ke?." Ayana memandang gadis itu lama. Bukan nak marah. Acah je!.

"Saya mintak maaf kak, salah saya." Jun masih mengakui kesalahannya.

"Awak pergi bawa baju ni balik kat kedai dia. Bagi tengok dengan Madam Li, mana tahu dia boleh tolong. Kalau boleh tolong ubah cepat sikit." Ayana menghulurkan gaun itu kepada Jun.

"Lepas ni, saya nak awak lebih berhati-hati," beritahu Ayana lembut. Untuk mengingatkan Jun atas kelalaiannya itu.

"Baik kak," Jun berlalu dan memasukkan gaun itu ke dalam kot pakaian. Kunci kereta milik Ayana untuk kegunaan butik di capai dan berlalu sambil menjinjit Gaun itu berhati-hati.

Ayana duduk semula di kerusi tempatnya. Dia membelek semua fail-fail untuk mengetahui kemasukan wang setiap hari dan juga bil-bil elektrik yang perlu di bayar.

Deringan Iphone Ayana kedengaran di sisinya. Dia menutup semua fail-fail tadi. Dia melihat lama di screen Iphone. Dahinya mengerut.

"Nombor siapa pulak ni? Tak pernah tengok pun, Kalau suami aku, dia tak pernah call time-time macam ni." Ayana bercakap sendiri sambil mengigit bibir.

Lambat jarinya menekan butang hijau.

"Assalamualaikum."

"Walaaikumsalam." balas di hujung talian.

Ayana tersentak. Lama bibirnya di ketap rapat.

"Awak masih kenal suara saya lagi kan?" tanya syah di hujung talian.
Syah menghela nafas perlahan.

"Em. Ya. Ada apa awak cll saya and, dari mana awak dapat nombor saya ni?" Ayana sedikit gagap.

"Tak perlu awak tahu dari mana saya dapat nombor awak. Saya cll sebab saya nak dengar suara awak. And.. I miss you.." jawab Syah tanpa berselindung.

Ayana menggeleng kepala.

"Syah, saya dah kahwin. Dan awak tak patut cakap macam tu dekat saya, saya ni dah jadi isteri orang. Just straight to the point. Awak call, awak nak apa sebenarnya.?" Ayana menghela nafas.

"Yes. I know. Saya tahu awak dah kahwin. Tapi saya nak jumpa awak."

"Maaf. Saya tak boleh jumpa dengan awak. Saya harap awak faham. Assalamualaikum." laju jari menekan punat merah.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now