8~Fallen

12.4K 80 0
                                    

Ayana membetulkan tudung Nurkasih dikepalanya sambil menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Dia melangkah ke ruang dapur banglo itu apabila mendengar suara riuh di sana. Sampai sahaja kaki nya masuk ke kawasan itu dia sudah di sapa.

"Amboi.. Awal juga pengantin baru ni turun ya? Ingat kan auntie masih tidur lagi." usik auntie Nurin.

Lily sudah tersengih-sengih. Dia pelik! Dia memandang jam di dinding. Sekarang dah pukul 7 pagi, tak kan masih awal lagi?

"Awal apanya auntie, Yana macam ni memang dah bangun dah, tengok auntie dan lily yang awal bangun siap buat sarapan lagi.. Sepatutnya Yana yang kena buat semua tu. Tak pasal-pasal Yana susah kan auntie pulak." balas Ayana.

"Ala... Tak ada apalah.. Mari sini duduk."

Dia memandang wajah Nurin dengan riak bersalah. Tapi dia masih tidak mengerti maksud auntie Nurin tadi.
Auntie Nurin ketawa perlahan.

"Apa yang riuh-riuh tu.." tegur Datuk Ahmad yang tiba-tiba muncul. Senyuman terukir di bibirnya.

"Selamat pagi Papa.." sapa Ayana sopan.

"Selamat pagi menantu papa." balas Datuk Ahmad bersahaja mengusik menantunya itu. Semua seisi ruang itu ketawa.

Ayana tertunduk malu. Datuk Ahmad menepuk perlahan bahunya.

"Mari sarapan. Yana, Suami kamu mana?" tanya Papa yang sudah duduk di kerusi.

"Haah. Al belum bangun lagi ke?" tanya Auntie Nurin.

"Belum lagi auntie, papa.. Lepas solat subuh dia sambung tidur balik," jawap Ayana. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi makan.

"Jemput Kak minum," pelawa Lily sopan. Cawan yang berisikan Teh'O panas di letakkan dihadapan Ayana.

"Terima kasih lily.. Susah-susah aje," Ayana tersenyum memandang Lily. Manis sungguh gadis Siam ini. Apa tidak,tengok ibu dia pun cantik. Macam adik beradik aje.

"Kalau Ayana nak tau, Al tu liat nak bangun. Kena lagi kalau time cuti, pukul 11 lah baru nak celik mata dia tu." omel Datuk Ahmad sambil menyuapkan kuih cucur kedalam mulutnya.

Ayana ketawa. Lucu mendengar bapa mertuanya mengomel pasal suaminya. Nampaknya banyak lagi benda yang dia kena tahu tentang suaminya.

"Pukul 8 nanti, Papa dan auntie nak gerak balik dah. Lewat pulak nanti terlepas flight pulak." beritahu Auntie Nurin. Datuk Ahmad hanya mengangguk.

"Laa...Yeke?... Kenapa tak duduk lama lagi kat sini papa, auntie? Lagipun lily cuti semester kan. Duduklah lama kat sini auntie." pinta Ayana berharap.

Bila dia sendiri pasti rumah banglo ni akan sunyi. Mak Jah hanya di tugaskan pada hari sabtu dan Ahad sahaja dia bekerja. Lagi pun wanita itu dah semakin uzur, Datuk Ahmad sudah pun berbincang dengan Aldric.

Lagipun mereka dah berkahwin. Datuk Ahmad mahukan mereka yang menguruskan rumah tangga. Pasangan itu harus belajar berdikari.

"Nak buat macam mana.. Auntie nak hantar Lily pergi France. Duduk dengan uncle dia. Kalau auntie boleh aje duduk lama kat sini. Tapi Lily ni mana nak pisah dengan auntie." rungut Auntie Nurin sambil memandang anak tunggalnya. Lily tersengih tayang gigi. Malu!.

"Nurin, kamu kahwinkan Lily ni cepat-cepat! Senang." gurau Datuk Ahmad.

"Tak nak lah! Lily masih muda lagi lah uncle." lily tarik muka.

"Alah! Lily kan dah ada pakwe.." seloroh Datuk Ahmad.

"Uncle lah yang kahwin." jawab Lily selamba membuatkan Datuk Ahmad membesarkan mata.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now