9~Satin sexy

16.1K 76 0
                                    

Ayana duduk di kerusi rehat yang berdekatan air terjun buatan di halaman rumah itu. Hatinya masih tidak keruan setelah mendengar luahan hati Aldric. Dalam masa itu juga hatinya gembira mendapat tahu Aldric itu mencintainya.

Aldric hanya memerhatikan Ayana dari dalam rumah. Bibirnya mengukir senyum. Dia meluahkan perasaan pada orang yang betul. Sekian lama perasaan dipendam, akhirnya dia meluahkan. Dia mahu isterinya tahu yang dia amat mencintai dirinya itu.

Selebihnya biarlah Ayana yang yang fikirkan. Dia yakin cepat atau lambat Ayana pasti akan jadi miliknya satu hari nanti.

Aldric mengatur langkah perlahan lalu menarik kerusi di hadapan Ayanan.

Ayana sedikit terkejut sebelum pandangannya jatuh kepada Aldric di hadapannya. Ayana hanya berbuat selamba sedangkan di hati hanya tuhan saja yang tahu.

"Abang tengok dari dalam tadi, Sayang fikir macam ada masalah besar je, sinilah cerita dekat abang." tegur Aldric lembut. Sengaja menyoal isterinya.

"Tak ada apa, Yana cuma ambil angin je.."

"Iyeke.. Kat dalam rumah tu pun banyak angin la. Napa tak duduk kat dalam aje, lagi seronok abang ada, Abang boleh temankan." Aldric menjongket kening. Kemudian tersenyum.

Ayana menjeling. Anak matanya dilarikan dari memandang wajah di hadapanya. Kedengaran ketawa kecil suaminya.

"Sayang.." seru Aldric.

Dada Ayana mula rasa berombak. Seruan itu seolah-olah ingin mengatakan sesuatu yang serius. Dia nak jawapan ke? Sungguh Ayana belum pasti dengan keputusan hatinya.

"Abang rasa tak salah abang luahkan perasaan abang dekat sayang. Mungkin sayang sedikit keliru atau kurang percaya kan?. Tapi, abang harus juga cakap. Abang takut abang terlepas." Aldric menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

Ayana pula makin tidak keruan. Dia tahu Aldric macam bersungguh-sungguh dalam memenangi hatinya. Dia juga terharu dengan sikap Aldric yang langsung tidak kekok dengan keluarganya walaupun tidak seberapa.

Tapi, sampai sekarang dia masih mencari jawapan yang pasti.

"Abang serius dengan apa yang abang katakan tadi. Abang nak jawapan dari sayang juga, dan abang nak kita tahu perasaan kita masing-masing. Abang janji abang akan cuba jaga sayang sebaiknya. Abang tidak akan pernah sia-siakan awak Ayana," luah Aldric.

Ayana tertunduk memandang jemarinya yang masih merah berinai. Dia dah agak. Hatinya sendiri masih keliru.

"Abang tahu abang tak patut memaksa sayang. Tapi, abang takut sayang pergi pada orang lain," tambah Aldric lagi.

"Orang lain?" tanya Ayana sedikit pelik. Aldric menyandarkan tubuh di kerusi sambil memeluk tubuh.

"Abang perasanlah, masa wedding kita hari tu. Ada sorang mamat tu asyik pandang sayang. Ingat abang tak nampak ke.?" tukas Aldric.

"Mamat? Siapa? Yana tak tau pun." balas Ayana.

"Lelaki yang pertama kali bagi hadiah bunga dekat sayang, depan-depan abang pulak tu. Macam abang ni tak mampu nak beli bunga macam tu, setakat bunga orkid apalah sangat." Aldric meluahkan rasa kurang senangnya. Bila di ingatkan sakit hati pulak.

Ayana ketawa perlahan. Lucu memandang wajah cemberut suaminya. Boleh tahan juga cemburunya.

"Oh.. Tu bekas Bos Yana. Duluh Yana pernah kerja dekat syarikat dia." terang Ayana lembut.

"Iyeke..." Aldric memandang serius wajah isterinya. Ayana senyum.

"Iye.."

"Tapi abang tengok, dia pandang sayang lain macam."

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now