5~Cincin tunang

5.9K 74 0
                                    

Ayana menutup komputer ribanya. Dia sudah pun membalas semua mesej yang masuk di laman Facebook miliknya. Termasuklah juga WhatsApp. Dia menumpuh kan pada perniagaanya sekarang. Kalau ada rezeki dia mahu meningkatkan butiknya yang masih kecil itu.

"Jun, petang ni awak dengan lili pergi  ambil kain kat kedai hari tu. Saya dah cll dah. Stok semua dah sampai, jangan lambat pula, takut kedai tu tutup" pesan Ayana kepada pekerjanya.

"Baik kak Yana". Jawab Jun.

"List ada atas meja saya. Kunci kereta sekali."

"Baik kak." patuh Jun yang sedang menyusun stok di bilik kecil.

Ayana masih lagi leka dengan Iphonenya. Masih menerima pertanyaan demi pertanyaan tentang jubahnya di butiknya. Tiba-tiba panggilan masuk. Ayana memandang pada skrin.
Ingatkan dah lupa nak telefon hari ini.Dalam sibuk pun masih juga menunggu panggilan itu tau.
Beberapa minggu ini. Hubungan bersama si 'tunang' semakin rapat. Semakin mesra.

"Assalamualaikum." Ayana memulakan bicara sebaik sahaja panggilan di jawab.

"Waalaikumsalam. Busy ke?" soal Aldric daripada corong telefon.

Ayana mengetap bibir. Nak jujur ke nak tipu?

"Bolehlah juga. Nak settlekan pasal jubah yang ditempah tu." Ayana menjawab jujur. Buat apa nak tipu kalau dah memang tengah sibuk.

"Alaaa..."

Ayana menekup mulut. Geli hatinya mendengar suara manja Aldric. Muka aje bajet handsome, tapi manja!.

"kenapa..? Tanya Ayana.

"Saya kat depan Butik awak ni, nak ajak keluar makan." Aldric memberitahu sambil memandang pintu butik itu.

Ayana pantas berdiri melihat Keluar dari kaca dinding itu. Matanya menangkap sekujur tubuh yang sedang bersandar di pintu mercedes hitamnya. Hedsem! dengan sunglass di pakainya tersangkut elok di hidung mancung nya.

"Boleh tak.. Please.. Saya dah berapa hari tak ada selera makan ni, tak pandang muka awak." adu Aldric lagi. Mengada je ko Al!.

"mengada aje awak ni. Kejap lagi saya keluar." akhirnya Ayana akur juga. Semakin lama semakin selesa bersama lelaki itu.
Walaupun perangai mengadanya itu semakin menjadi-jadi.
Sabar ajelah... Bakal suami den!

Sudahnya rancangan asal nak ke butik Jane terpaksa diubah. Ini semua disebabkan kehadiran Aldric yang langsung tidak disangka-sangka. Tiba-tiba saja munculkan diri. Petang semalam, Aldric ada memberitahunya bahawa dia harus ke Serawak ada kerja dekat sana. Tapi sekarang dah ada depan butik dia.. Hai Encik bakal suami.. Awak tak penat ke kehulu kehilir..

*****

Ayana memandang Aldric yang asyik menjamu selera bersama nasi kandarnya. Ayana perlahan menyisip cawan ke bibirnya lalu di letakkan semula.

Terasa kenyang sahaja melihat Encik tunang itu menjamu selera.

Terlalu drastik aku rasa semua ini.
Aku seakan tidak percaya lelaki yang berada di hadapanku ini bakal menjadi suamiku.
Walaupun kami bukan seperti pasangan lain, tetapi bila bersama tiada rasa janggal atau kekok antara kami. Seperti pasangan sudah lama bercinta. Pelik kan?.

"Bila awak sampai dari Serawak," tanya Ayana.

"Baru aje... Lepas sampai tadi terus pegi butik awak, nak ambik tunang saya, nak ajak makan sama. Sebab kat sana saya tak ada selera nak makan.." ujar Aldric. Seleranya bertambah melihat Wajah tunang kesayangan ada di depan mata.

"Tak ada selera? Kenapa pulak? Makanan kat sana tak sedap ke?" tanya Ayana. Pelik.

"Tak selera sebab, awak tak ada depan mata saya.." jawab Aldric lurus. Sambil menghenyit mata buat si tersayang.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now