13-Anak

8K 59 0
                                    

"Anak?"

Perlahan Ayana sebut semula perkataan itu. Entah kenapa tiba-tiba ada rasa bahagia menyerap dalam diri bila mendengar perkataan itu.

"Ya. Anak. Err.. You do want kids, right?" tanya Aldric. Jangan cakap isteri dia bercadang nak merancang pula!

"Of course I do!" jawab Ayana tanpa ragu.

"Cuma terkejut aje sebab kita tak pernah bincang pun tentang ini, kan?"

"Abang selalu pun cakap dekat sayang kan,?"

"Itu lain.. Abang kat situ time mode miang, tak sama.." Ayana perli Aldric.

Aldric ketawa lalu senyum lega mendengar jawapan si isteri.

"How many do you want?" tanya Ayana. Wajah dia jadi ceria tiba-tiba.

"Abang tak ada adik-beradik. Sayang pun sama. Sunyi juga masa membesar dulu, kan? Tumpang bermesra dengan sepupu-sepupu sahaja. Mujur ada Izwan, Izwan dah macam saudara abang dah. Jadi kurang sikit rasa sunyi tu. So, I want to have a lot!" Aldric sengih tayang gigi.

"A lot?"

Ayana dah angkat kening. Dia bangun lalu duduk bercelapak di atas paha Aldric.

"Yup." tangan Aldric dah rangkul pinggang Ayana.

"How many exactly?"

"Hmmm..."

Aldric dah ketuk-ketuk dagu, buat gaya orang tengah berfikir masalah berat.

"Berapa?" tanya Ayana tidak sabar.

"Dua?" Ayana angkat dua jari, bila melihat Aldric lambat sangat memberi jawapan.

"No.."

Laju Aldric turunkan jari si isteri.
"Dua tu bukan a lot!"

"lebih dari satu tu a lot, la..."

Aldric menggeleng laju. "No.. Dua tu sikit."

"Hmm.. Tiga?" Ayana angkat tiga jari.

"No!" Aldric gigit jari si isteri geram.

"Auch! Habis tu berapa?" Ayana dah tarik muncung.

Aldric ketawa kecil, badan diangkat sedikit, curi cium bibir isteri laju-laju sebelum dia angkat kembali tiga jari yang ditunjukkan Ayana tadi.

"Enam...." balas Aldric lembut sambil merenung jauh ke dalam mata Ayana.

"Enam?"

Ayana dah bulat mata. Larat ke jaga sampai enam? Dia dah telan liur. Gerun.

"Tiga team papa..."

Aldric angkat tiga jari miliknya.

"Tiga team mama..."

Jari dia dan Ayana dicantum bersama.

"Baru fair and square..." jari-jemari mereka dirapatkan ke bibir sebelum dicium satu persatu.

Ayana dah senyum panjang. Tiba-tiba dah tak terasa gerun sangat macam tadi. Enam? Hmmm... Interesting.

"But I don't really mind, sayang. Abang terima saja rezeki yang Allah berikan. Asalkan keluarga kita bahagia, itu dah cukup bagi abang."

Ayana tersenyum bahagia. Wajah si suami dipandang dengan penuh rasa sayang. Cinta di dalam hati makin bercambah untuk si suami.

Maaf kali chapter pendek je..
Bab pun lari2.. Pening.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now