7~Pengantin baru

10.5K 89 0
                                    

Hari sudah menginjak malam. Majlis resepsi sudah lama tamat. Kerja-kerja membersihkan kawasan rumah pun sudah hampir selesai. Yang tinggal hanya kerja-kerja mengembalikan susun atur perabot di bahagian dalam rumah. Ayana baru bercadang hendak membantu lily menolak sofa kembali ke ruang asalnya bila terdengar si Ibu saudara Aldric memanggilnya.

"Ya auntie?"

"Dahlah tu, Yana. Rehatlah. Dari petang tadi auntie tengok tak sudah-sudah buat kerja." tegur si Ibu saudara Aldric.

"Eh, tak apalah auntie. Sikit aje lagi ni."

"Sebab tinggal sikit, biar kami aje yang buat. Akak pergilah rehat. Mesti badan tu dah kurang tenaga." Lily pula bersuara, menyokong kata ibunya.

"Haa... betul tu, Yana. Pergilah naik. Sekarang ni dah sampai masa nak bermesra dengan suami dah. Lagi afdal buat yang itu..." usik mak long, lagi.

Ayana dah sengih kelat.

Adui, bahagian inilah yang paling dia tak larat nak layan. Usikan untuk pengantin baru! Memang dah kewajipan setiap pengantin baru kena diusik tentang hal 'bermesra' ini agaknya.

Selepas disuruh berkali-kali, akhirnya Ayana beralah juga. Masuk sahaja ke dalam bilik, dia nampak kelibat suami baru keluar dari bilik air.

"Eh, bila abang naik?"

Setahu dia, Aldric ada di luar membantu kaum lelaki mengemas kawasan taman.

"Lama dah. Tak tahan, berlengas sangat badan abang. Itu yang abang naik mandi tu. Lagipun kerja kat luar tu dah habis. Yana dah solat?" tanya Aldric sambil mengelap rambutnya yang basah.

Yana mengangguk sambil tunduk mengutip pakaian kotor si suami yang ditinggalkan merata di atas lantai. Baru sehari bergelar isteri kepada Aldric Ahmad, dia dah tahu satu bad habit si suami. Tak tahu hendak kumpul pakaian kotor satu tempat dan tak reti hendak bersihkan hatta sebiji muk pun!

Ayana tersenyum sendiri mengingatkan kejadian di dapur rumah Mak su siang tadi.

"Ehem!"

Langkah Aldric terhenti. Kepala ditoleh pandang Ayana. Kening diangkat tanda bertanya, apa?

Ayana pandang singki kemudian pandangan dihala semula ke arah Aldric.

Isyarat mata diberi, dengan harapan encik abang di hadapan dia akan faham.

"Apa?"

Aldric angkat kening. Nampak sangat memang tak faham. Ayana angkat tangan, give up!

"Muk tu bukan boleh cuci badan sendiri, abang." Ayana sound Aldric selamba.

Di sebelah Mak su tarik nafas terkejut. Mata membulat pandang anak saudaranya.

"Bertuah punya anak!" Suara Mak su dah naik. Muka dah merah padam tahan geram.

Ayana kerut dahi tak faham.

Apa? Salah ke apa yang dia cakap? Dia pandang Encik suami yang dah ketawa besar.

Tak pasal-pasal, pagi tadi dia dapat tazkirah percuma daripada Mak su. Kata mak su, tak elok seorang isteri bercakap begitu kepada suami. Memang dah jadi tanggungjawab isteri jaga suami.

Ayana hanya mengangguk melayan bebelan mak su sedangkan dalam hati tak henti-henti mengomel. Bukankah jadi tugas suami juga membantu si isteri? Setakat sebiji muk, tak salah kan kalau si suami basuh sendiri?

"Sayang!" panggilan daripada Aldric
Mengejutkan Ayana.

"Ya!?"

"Ya Allah, mengelamun lagi? Sayang ni kan, abang dah ada depan mata pun berangan lagi ke?" komplen si suami.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now