2~Malaysia

7.1K 89 0
                                    

Setelah tiba di KLIA pada pukul 7;35 pm waktu Malaysia, Aldric di sambut  oleh seorang lelaki dalam lingkungan 40-an dan dua orang lelaki berpakaian kot hitam serta memakai kaca mata hitam berjalan di belakang lelaki 40-an itu. Mereka bertukar senyuman sambil berjabat tangan.

"Hye Aldric," sapa Encik Nadem.

"Hye uncle.."balas Aldric dengan senyuman yang masih lekang di bibir merah nya.

Jabat tangan dilepaskan.Aldric mengamati lelaki di hadapannya. Walaupun sudah sedikit tua, tapi berpakaian kelihatan seperti anak muda.

"So, macam mana?..penat?" tanya Encik Nadem mesra.

"Penat  jugaklah Uncle, lenguh badan.." adu Aldric,sambil memicit lehernya yang kebas kerana tidur di dalam pesawat Air Asia.

Encik Nadem ketawa kecil sambil menepuk bahu Aldric.

"Masih muda lagi dah sakit-sakit badan, lain lah kalau macam uncle ni..tulang dah reput," usik Encik Nadem mengundang tawa Aldric.

Dia sangat terhibur dengan Encik Nadem walaupun baru berkenalan.

"Oh, ya! Datuk Ahmad apa khabar? Dia sihat?"

"Alhamdulillah..papa sihat uncle, papa kirim salam dekat uncle sekeluarga."

"Waalaikumsalm.. Cuma..uncle nak ucap takziah pada Datin Caitlyn. Maaf uncle tak sempat datang, anak uncle masuk hospital," jelas Encik Nadem.

Aldric mengangguk sambil tersenyum." Tak apa uncle, lagipun semua dah berlalu."

Encik Nadem senyum segaris. Dia tahu keadaan Aldric di sana.Dakut Ahmad ada juga menceritakan serba sedikit mengenai Aldric kepadanya. Dia tidak mahu bertanya lebih, bimbang Aldric akan bersedih.

"Okey lah, sebelum uncle bawak Al pergi rumah. Uncle nak bawak singgah rumah uncel, boleh terus makan malam sekali."cadang Encik Nadem sambil memandang Wajah yang seiras Datin Caitlyn itu.

"Eh,..segan pula saya uncle.." kata Aldric sambil tersengih.

"Nak segan apa pulak.. Dah jom!." Encik Nadem seraya menarik tubuh Aldric di sebelah nya lalu berjalan meninggal kan KLIA itu. Beg Aldric sudah pun di bawah oleh dua orang pemuda itu.

******

Aldric yang sedikit kekok itu sudah mula bertukar peramah, sikap orang rumah Encik Nadem membuat kan Aldric cepat selesa. Keadaan ruang makan itu menjadi riuh dengan kemunculan Aldric. Di tambah pula dengan celoteh cucu Encik Nadem, selama dia tinggal di Thailand, dia tidak pernah makan di rumah orang lain melainkan dirumahnya bersama Datuk Ahmad. Itu membuatkan dia sedikit malu.

"Eh! Al, tambah lagi lauk tu. Jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri." tegur Puan Mazna isteri kepada Encik Nadim.

"Ye auntie.. ni pun sudah cukup, nanti ambil banyak-banyak kang.. Niena mesti merajuk, Abang Al tengok, Niena ni kuat makan.. Tak takut gemuk eh?," usik Aldric.

Hatinya tercuit melihat wajah comel disebelahnya. Setibanya Aldric di rumah itu. Niena lah orang pertama menyapa Aldric.

Niena yang sedang mengigit ayam goreng di tanganya lantas menoleh kearah Suara itu. Matanya tajam melihat Aldric, lantas dihadiakan jelingan tajam pemuda itu. Pecah tawa melihat memek wajah Niena yang berusia 4 tahun itu.

"Ee... Niena tak kuat makan lah!. Abang Al tu yang kuat makan,tu sampai ayam goreng Niena pun abang ambil, abang tak takut gemuk eaa..." usik Niena semula sambil jari telunjuknya yang comot itu di goyang kiri ke kanan.

Bulat mata Aldric melihat ayam goreng di atas pinggan nya. Tak pasal-pasal kena balik dengan budak comel 4 tahun ni. Aldric..Aldric..

"Eh? Niena...macam mana ayam goreng Niena ni ada kat sini?" tanya Aldric sambil melihat pelik ayam goreng di atas pinggan nya.

Niena berdiri di atas kerusi makan itu sambil membongkok melihat ke dalam pinggan Aldric. Aldric memandang Niena dengan memek  wajah pelik.

"Ni mesti abang Al yang curi kan..?"

"Eh tak lah! Ni mesti ayam ni ada kaki lari daripada Niena. Dia tak nak Niena makan dia.." Angguk Aldric dengan ceritanya.

Niena ketawa kuat.

"Eee.... Abang tipu la... " ketawa Niena lalu diikuti Aldric.

Aldric berperasan apabila melayan keletah Niena dari tadi.Bercerita dengan budak kecil boleh menghilang kan masalah. Mendengar tawanya sudah cukup menenangkan hati.

"Comel aje tengok dua orang ni. Perangai sama, Sekepala!" bisik Puan Mazna kepada suaminya.

Encik Nadem dan puan Mazna yang dari tadi jadi pemerhati kepada keletah Aldric dan juga Niena itu turun menggelang kepala.

"Hmm, Niena ni... tak cepat rapat dengan orang lelaki selain papanya, dan Abang. Tapi bila dengan Aldric, macam- macam perangainya. Ajak tengok tv, tengok buku colour, main dengan kucing, mintak dukung. Nasib jugak lah Aldric ni suka kan budak-budak.lepas ni mesti Niena nak selalu Aldric datang sini. "

Sambil Encik Nadem menyuap ulam ke dalam mulutnya.
Puan Mazna tersenyum melihat Aldric. Sikap Aldric yang peramah itu dan pandai mengambil hati orang tua membuat kan hatinya senang dengan kehadiran tetamu Siam itu.

*****

Aldric merebahkan badan sasanya di atas katil bersaiz king itu. Encik Nadem baru sahaja pergi meninggal kan Aldric di rumah banglo milik Datuk Ahmad. Rumah itu juga sudah dilengkapi serba serbi. Dari pembantu rumah hingga ke tukang kebun. Kereta Mercedes juga Datuk Ahmad sediakan untuk kegunaan Aldric nanti. Cuma dia terlalu penat untuk melihat setiap pelusuk dalam rumah itu. Matanya yang bundar  mulai tertutup rapat sambil merehat kan seluruh badannya.

*****

Aldric yang baru selesai mandi itu mencapai Iphone nya di atas katil. Nombor Datuk Ahmad di cari lalu di tekan butang hijau.

"Helo, pa..."

"Helo Al.. Macam mana rumah kat sana selesa tak?" tanya Datuk Ahmad di hujung talian.

"Everything ok... thanks papa, dah susah payah buat semua ni. Al da susah kan papa lagi." kata Aldric pula sambil duduk di pinggir katil.

"It's Okey laa.. Yang penting Al baik-baik kat sana. Jaga diri baik-baik." pesan suara di hujung talian

"Okey pa.. Papa jangan risau. Al da besar laa..." ingat Aldric.

Lantas Datuk Ahmad ketawa, membuat kan Aldric juga turut ketawa.Maklum lah anak tunggal, berhijrah pulak di tanah air orang.

*****

Aldric yang mula bergerak turun ke bawah melihat ruang makan yang sedikit riuh mendengar suara orang bersembang menarik dia ke situ. Aldric tarik kerusi lalu duduk depan meja makan. Senyuman diberi kan kepada seorang lelaki tua dalam lingkungan 50-an dan seorang wanita tua juga dalam lingkungan umur yanh sama. Senyuman Aldric dibalas mesra.

"Apa khabar Pakcik, makcik?" sapa Aldric sopan.

"khabar baik tuan" balas kedua insan dihadapan pintu dapur.

"Tak payah lah nak bertuan dengan saya makcik,pakcik.. Panggil saja Al, saya pun tak segan juga nanti." ucap Aldric sopan dengan senyuman tak lekang dibibinya.hingga melihatkan lesung pipit di pipi kanannya.

Kedua insan tersenyum kepada anak majikannya. Siapa sangka baru jumpa sudah sejuk mata memandang.

"Marilah, kita serapan sama-sama." jemput Aldric. Lalu menarik kerusi kosang kebelakang sebagai isyarat.

"Tak palah Al.. Makcik dengan pakcik makan belakang nanti. Al makan dulu ye." tolak Mak Yah.

"Eh, jangan lah macam tu.. Makan sama-sama lebih seronok. Kalau tak nak juga...Potong gaji!" usik Aldric sambil berpeluk tubuh.






My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now