24 - ugut

11.1K 38 0
                                    


Syah yang masih duduk disofa memerhatikan Ayana yang sedikit kaget melihat kehadiran. Tangan kanannya menunjuk sofa didepan nya.

"Duduk lah.. I nak sembang je dengan you." Pelawa Syah. Tapi tak dihiraukan oleh Ayana.

"Awak datang sini nak apa sebenarnya?. just stright to the point. Kalau setakat nak cakap benda-benda lepas. Forget it. Saya takde masa nak sembang." Tegas Ayana.

Syah ketawa perlahan. Matanya masih tak lepas memandang figura wanita yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dahulu.

"You tak pernah berubah, muka marah pun tetap nampak cantik."

"Stop it!. Cakap apa yang awak nak cakap sekarang. Saya bagi awak ten minutes, kalau awak masih nak bermain macam ni, Saya call sekuriti." ugut Ayana. Dia tidak boleh tunjuk lemah dihdapan lelaki itu.

"Sekuriti?? Kenapa bukan suami awak saje?. Senang sikit saya nak berkenalan dengan suami awak." Syah berdiri sambil memasukkan tangan kedalam kocek seluarnya.

Ayana mengerutkan dahi. Tak faham maksud yang cuba di sampaikan oleh Syah.

"Syah. Jangan libatkan suami saya dalam hal awak ni. Sekarang ni, awak tu yang bermasalah. Apa masalah awak sebenarnya? Kenapa tak habis-habis nak ganggu hidup saya!?" Suara Ayana naik satu oktaf.

"I want you!. I tak kira apa cara sekali pun I tetap usaha dapatkan you."

"Awak dah gila ke apa??. Awak tak puas lagi ke nak sengsara kan hidup saya? Awak dah lupa apa yang awak dah buat dulu? And for you information, Sampai sekarang saya takkan maaf awak. Satu lagi, Saya tak suka awak call saya. Tolong hentikan. "

"Ayana. Selama 7 tahun ni I cari you nak mintak maaf dekat you, I nak perbetulkan yang silap. And you maafkan I, and I yakin I akan jaga you dan boleh bahagiakan you." Yakin Syah serius. Tapi mengundang tawa bagi Ayana. sedikit kelakar bila didengar.

"Saya dah kawin. And I love my husband, Dan saya dah cukup-cukup bahagia. Dia dah beri sepenuhnya kebahagiaan yang Saya nak. Saya dah jumpa seorang lelaki yang ikhlas terima saya dan tak pernah sedikit pun ungkit kekurangan saya. Dan saya tak perlukan apa-apa selain Suami saya." terang Ayana.

"ohhhh... Suami You orang siam tu kan? Bila dengar cerita you ni teringin pula nak kenal dengan dia. Orang yang dah rampas kebahagian I." Syah melangkah perlahan mendekati Ayana.

"Awak jangan nak buat bukan-bukan Syah. Jangan nak buat kerja gila!! Jangan ganggu rumah tangga saya."

"Kerja gila?? I memang tak pernah tak buat kerja gila, apalagi pasal You. Remember Ayana. Selagi I tak dapat you semula, I takkan duduk diam." ugut Syah.

Ayana menelan liur. Kakinya rasa longlai, tiba-tiba saja dia akan rebah namun tangannya memmengang kuat kerusi disebelahnya. Dia harus kuat bila berdepan lelaki itu.

"Jangan buat Saya bencikan awak seumur hidup saya. Kalau awak cuba berani nak ganggu rumah tangga saya, Saya takkan teragak-agak ambil tindakkan. Cukup sekali awak dah hancurkan hidup saya. Kali saya takkan biarkan." Kedengaran suara Ayana yang begetar kerana menahan marah.

Kali ini Syah pula yang diam. Ayana menunjuk pintu keluar butik sebagai isyarat.

"Tolong keluar."

Syah membuat muka sinis. Dia memakai kaca mata hitam dan membiarkan elok tersangkut di hidung mancungnya.

"Okay, I boleh keluar dari sini. Tapi I nak you ingat sampai bila-bila yang I takkan lepaskan you Ayana. I akan guna apa cara sekalipun." Sehabis Syah berkata terus dia melangkah keluar meninggalkan butik Ayana.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now