18- chan roo

46K 77 18
                                    

"Ayana?"

Suara itu membuatkan Ayana terkejut. Dia menoleh dan bibirnya diketap apabila melihat Syah masih ada di sini.

"Encik, ada tunggu sesiapa ke kat sini?" soal Ayana. Manalah tahu kan.

"Ada. Tunggu you. Nak ajak you pergi minum kat kafe tu, and please.. Jangan panggil Encik. Panggil Syah, macam dulu. Okey?" Syah tersenyum manis.

Ayana menggeleng. "Maaf, Encik. Tak boleh. Saya dengan suami saya. Lagipun awak tahu kan, saya dah pun berkahwin. So please."

Ayana tidak teragak-agak untuk menolak.

"Yana please... Sekejap je.. Saya nak jumpa awak." Syah masih dengan rayuanya.

"Tak boleh. Suami saya dah tunggu. Saya harap awak faham Syah. Lagipun saya dah jadi isteri orang, tak elok." Ayana ingin melangkah, tetapi sekali lagi tangan Ayana ditarik oleh Syah.

Ayana merengus kasar. Apa msalah dengan mamat ni? Bukan main berani sekarang ni pegang tangan orang. Ayana menyentap kasar supaya pegangan itu dilepaskan.

"You ni jual mahal kan sekarang ni?. You dah lupa semua tentang kita? Kenangan kita?"

Ayana tergelak di buat-buat.
"saya rasa tak dah apa pun nak ingat kenangan or apa-apa pun. Sebab saya pun dah bahagia dengan suami saya, bahagia dengan kehidupan saya. Jadi saya mohon, merayu dekat awak.. Tolong jangan ganggu saya lagi."

"Ingat senang I nak lupakan semua tu? Sampai sekarang I masih berharap dengan You, masih menunggu you." Syah berkeras.

Ayana menggeleng laju. "Saya mintak maaf. Kita memang tiada apa-apa lagi. Past is past. Saya harap awak boleh faham dan terima semua ni. Saya harap lepas ni pun jangan ganggu saya lagi. Assalamualaikum."

Ayana mula mengangkat kaki, tetapi Syah lebih dahulu ke depan dan menghalang Ayana untuk melangkah lagi.

"I tak kan pernah berhenti untuk kejar you, Ayana. Sekarang you boleh lari. I pastikan sampai satu tahap you dah tak boleh lari daripada I. Ingat janji I ni."

Syah terus mengangkat kaki meninggalkan Ayana yang tercengang mendengar ugutan Syah itu. Hatinya kini mula dilanda kerisauan.

*********

Aldric memandang Ayana yang semakin menghampirinya. Ayana menarik kerusi lalu melabuhkan punggung bersebelahan suaminya. Aldric masih dengan renungan.

Ayana memandang Aldric. Lengan itu di sentuh. "Abang.? Kenapa ni?"

"Kenapa lambat sangat?"

Ayana mengawal gugupnya.
Dia tersenyum. Belum dia membuka suara sudah Aldric memotong.

"Sayang, tadi siapa lelaki yang dengan awak tu?" soal Aldric.

Ayana tersentak. Dia teringat pertemuannya dengan Syah tadi. Tapi macam mana Aldric tahu? Dia nampak ke?

"Lelaki? Ohh.. Yang tadi tu.."

"Siap pegang lengan awak lagi. Kalau bukan diikutkan ni tempat awam, dah lama abang kerjakan dia tau. Ingat dia siapa sesuka hati sentuh isteri orang. Dia siapa?" Suara Aldric mendatar padahal dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia cuba menahan rasa. Dia tidak mahu menuduh meluluh atau bertindak tanpa berfikir.

"Lelaki tu, bekas Bos saya dulu." Akhirnya, Ayana terpaksa jujur. Ingatkan Aldric tak nampak tadi. Jauh jugaklah rasanya jarak antara mereka tadi.

"Dia nak apa?" soal Aldric lagi.

"Tak dah apa. Sekadar bertanya khabar. Kebetulan saja tu kita orang berjumpa." Ayana menjelaskan situasi tadi.

Aldric mengangguk. "Okey. Tak apalah. Kali ni abang lepaskan dia. Kalau abang tahu dia berani sentuh sayang lagi. Pandai lah abang cari dia."

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now