16 - stop Abang...🔞

30.9K 118 1
                                    

Lagu 'Anugerah Terindah' dendangan penyanyi Black berkumandang di radio kereta Aldric. Ayana memandang sisi melihat Aldric yang fokus pada pemanduannya, kepalanya kembali memandang hadapan.

Fikirannya dari tadi terganggu dengan kehadiran Syah yang tiba-tiba menelefonnya pagi tadi. Dia berasa berbelah hati untuk menceritakan hal itu kepada suaminya. Takut nanti kerana itu timbul pula hal didalam rumah tangga mereka. Tapi, kalau disorok bermakna dia tidak jujur terhadap suami sendiri. Pasti Aldric akan kecewa terhadapnya. Tapi, aku takut, Ya Allah..

Sentuhan jari kasar di dagunya membuatkan Ayana sedikit terkejut. Pantas menoleh sisi. Aldric memandangnya sebelum matanya memandang semula ke atas jalan raya.

"Ayana Adreena.. are you okey?" Aldric sudah memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia membuka safebelt lalu mengiring memandang Ayana.

"Yana okey tak? Asal muka pucat ni?
Sayang tak sihat?" Aldric menyoal sambil tapak tangannya melekap di dahi dan pipi isterinya.

Ayana memegang tangan suaminya di dahi. Dia tersenyum. "Yana okeyla.. Cuma rasa badan ni letih sikit. Penat sangat kot.."

"Laa.. Kenapa tak bagitau abang awal-awal? Jom, abang bawa pergi klinik." Aldric sudah menarik semula safebelt tetapi Ayana menahan.

"Kenapa?" tanya Aldric.

"Tak payahlah pergi klinik, Yana lenguh badan je, Yana nak balik rumah.. Abang hantar Yana balik boleh?" pinta Ayana. Tangannya menarik-narik lengan baju Aldric. Persis budak kecil nak gula-gula!.

"Sebelum balik rumah, kita pergi klinik dulu okey?" arah Aldric. Sedikit tegas.

"Tak nak... Yana nak balik je.." bantah Ayana dengan gelengan laju. Aldric melihat perangai Ayana mengeluh kecil.

"Yela, kita balik rumah." Akhirnya Aldric mengalah dengan sikap isterinya. Takut nak paksa-paksa, kang merajuk nanti.

Safebelt di pasang semula. Signal lampu kanan di hidupkan. Aldric memasukkan gear dan menekan pedal minyak. Kereta Aldric meluncur pergi.

*****

Aldric yang baru selesai solat Asar bangun dari tikar sejadah melangkah menghampiri Ayana lalu duduk di birai katil berdekatan isterinya. Kepala di rendahkan. Kucupan cinta melekat di dahi isterinya. Jemarinya mengusap lembut rambut isterinya yang menutupi dahi licin itu. Dia merenung segenap inci wajah yang sedang lena. Kepala di rendahkan semula, dan di sengetkan lalu bibir mengucup lama bibir lembut itu.

Ayana yang terasa tidurnya di ganggu sudah mengeliat kekiri dan kekanan. Matannya di buka sedkit. Lama menegenal pasti wajah yang begitu dekat di matanya. Bau minyak wangi pada tubuh di hadapannya sudah memberi jawapan.

"Abang?" Ayana menaikkan tangannya di atas bahu suaminya.

"Ye." jawab Aldric dengan ciuman singgah di pipinya lagi.

"Boleh tak bibir tu, duduk diam-diam.. Orang tidur pun tak senang.." perli Ayana dengan suara serak.

Aldric sudah ketawa lepas. Aldric tersenyum. Lesung pipi di pipi kanan Aldric timbul, laju tangan Ayana mencubit pipi itu. Kacak sungguh! Geram tengok.

"Sebab sayang abang ni cantik sangat, geram tengok." rambut Ayana di atas dahi diselak ke belakang telinga.

Ayana mengambil peluang meniliti seraut wajah putih bersih Aldric. Kulit memang dah putih, mata yang redup, hidung mancung cantik je terletak. Bibir. Bibir ni yang asyik melekat pada tubuh aku hari-hari. Sentuhan dia pula, boleh buat aku yang jadi marah ni terus jadi sejuk. Suami siam aku ni be...

"Sayang..? Lama lagi ke nak tenung muka abang ni." bisik Aldric perlahan. Matanya dikecilkan memandang Ayana.

Ayana sudah menelan liur. Kacau je!. Dada suaminya di usap perlahan.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now