12~Kisah lama

8.7K 59 0
                                    

Aldric menghela nafas perlahan. Dia memandang isterinya yang penuh pengharapan itu. Dia bangkit daripada duduknya dan mengajak Ayana duduk di bahagian luar yang menghadap laut. Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah ke tulang belikat mereka.

Ayana hanya menurut. Janji dia dapat tahu tentang kisah Aldric dan Cathrine dulu.

"Kisah abang dengan Cathrine buruklah. Abang ni kaki clubbing, mat rempit tau dulu. Keluar malam pagi baru pulang." Aldric sengih. Dia menggeleng kepalanya apabila terkenang balik kisah lama. Rasa teruknya dulu.

Ayana turut sama tersenyum.
"Tak apa.. Cerita lah lagi."

Aldric meramas lembut jemari halus isterinya.

"Dulu abang pakai motor RXZ. Abang tak minat sangat bawa kereta. Masa tu abang tengah belajar kat universiti. Masa itulah abang mula rosak. Abang kenal dunia motor. Abang tak salah kan Papa dan Mae, tapi semua ini terjadi dengan pilihan abang sendiri. Dulu abang seorang anak yang baiklah juga, abang anak tunggal. Abang ikut saja cakap Papa dan Mae. Tapi, bila abang duduk sendiri abang mula bercampur dengan geng-geng rempit semua ni.

"Abang kenal Cathrine masa kat universiti juga. Dia pun minat motor. Jadi, memang satu kepalalah. Abang ada kepakaran juga buat motor jadi lagu. Abang banyak buat motor budak-budak kolej. Barang curi ke halal ke semua abang rembat. Janji abang ada duit untuk hidup mewah. Masa tu Papa dan Mae tak tahu aktiviti abang ni. Bila dah pandai buat motor bagi laju orang mula tak puas hati dengan abang. Dia orang ajak buka game dan abang menang race tu.

"Tapi, lepas tu tak tahu macam mana Papa dan Mae tahu. Dia orang memang mengamuk gila sampai suruh abang berhenti belajar. Memang abang berhenti, tapi aktiviti abang tetap samalah. Keluar malam dengan Cathrine lepak dekat Club. Setiap malam jumpa Cathrine dekat club. Papa halau abang dari rumah kalau abang tak berhenti buat perkara tak senonoh ni. Tapi, abang ni jenis keras kepala. Abang cabar papa yang abang boleh hidup sendiri. Waktu tu, abang lupa dekat Mae. Abang tak pernah ambil tahu pasal mae. Abang tak peduli dekat mae." Aldric menarik nafas dalam lagi. Dia memejamkan matanya sebelum membuka kembali memandang wajah isterinya yang tekun mendengar kisahnya satu per satu.

"Masa tu memang abang susahlah. Papa tak bagi elaun langsung. Keluarga Cathrinelah jadi penyelamat abang masa tu. Satu hari orang yang pernah kalah dengan abang dulu tu ajak buka game lagi sekali. Dia orang tawarkan hadiah
RM3000 kalau menang. Tapi, kalau kalah Cathrine jadi taruhan. Dan abang masa tu hanya fikirkan tentang duit tu abang tu abang terimah walaupun Cathrine dah bermati-matian tak bagi sebab dia dengar dia orang nak balas dendam. Abang yakin yang abang menang.

"Tapi, tak. Dia orang main kotor. Abang accident dalam perlumbahan tu dan kalah. Cathrine hampir jadi taruhan. Sejak itu Cathrine tak boleh tengok muka abang lagi dan dia bawa diri ke luar negara." Aldric menghabiskan katanya dengan hembusan nafas panjang.

"Cathrine hampir jadi taruhan? Maksudnya?" soal Ayana tak pasti apa yang terjadi kepada Cathrine.

"Dia hampir menjadi mangsa rogol, tapi nasib baik masa tu polis serbu tempat tu. Tak sempat dia orang nak bawa lari Cathrine." Aldric membalas.

Ayana mengangguk. Dia lega mendengar jawapan itu. Walaupun dia tidak pernah kenal pun siapa Cathrine, tetapi sebagai wanita dia pasti Cathrine terlalu kecewa.

"Sampailah abang mendapat panggilan dari Papa yang Mae dah tak dah. Waktu tu abang rasa nyawa abang pun terbang sekali. Abang rasa bersalah kepada Mae. Abang berdosa. Abang abaikan Mae. Abang tak boleh tahan sebak. Abang menangis di depan semua keluarga abang." Aldric Melepaskan rasa hatinya yang masih rasa bersalah dengan apa yang terjadi.

Ayana mengusap lembut bahu suaminya. Faham apa yang dilalui oleh lelaki itu.

"Yana faham. Yana rasa apa yang abang rasa."

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now