6~Majlis

5.9K 76 2
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Aldric mengambil songkok yang diletakkan di atas meja itu lalu disarungkan ke kepala. Dia kelihatan nampak segak. Dia berharap agar semua berjalan dengan lancar.

"Al dah siap?" soal Datuk Ahmad yang baru masuk ke dalam bilik Aldric.

"Pa.. Okey tak?"  Aldric bertanya pada Papanya tentang penampilannya.

Datuk Ahmad memerhati atas bawah lalu kepalanya diangguk perlahan sambil tersenyum mesra. Ibu jari dinaikkan 👍.

"Amboi.. Segaknya kau." puji Izwan yang berdiri dihadapan pintu. Mereka berdua pantas menoleh empunya suara itu. Aldric menaikkan keningnya sambil tersenyum bangga. Izwan menghampiri Aldric lalu dipeluk tubuh sahabat baiknya itu. Aldric menepuk lembut belakang Izwan.

Pelukan dileraikan. Datuk Ahmad hanya jadi pemerhati. Izwan adalah kawan Aldric dari kecil lagi. ke sekolah, belajar , bermain, makan, tidur semua bersama-sama.

"Al,Wan.. Papa turun bawah duluh okey" Aldric dan Izwan tersenyum kepada Datuk Ahmad.

"Okey pa.."

Datuk Ahmad berlalu meninggalkan mereka berdua di situ.

"terima kasih sebab kau sudi datang." Izwan berkata ceria dengan kehadiran kawan baiknya di Majlis perkahwinannya.

"Aku mesti datang. Lain lah kalau kau kahwin senyap-senyap.." seloroh Izwan.

"Aku tak nak susah kan kau. Dari UK ke Malaysia kan jauh."

"Tak dah susahnya pun. Bukanya aku yang jadi pilot kapal terbang tu pun. Aku just tidur aje.."

Aldric ketawa lepas.

"Kau dah bersedia ni nak genggam tangan tok kadi? Kau dah praktis belum? Tanya Izwan lagi.

Aldric kembali dengan wajah serius.berlakon!

"Aku terima nikahnya Ayana Adreena binti Ajmal dengan mas kahwin 1000 ringgit hutang..." Aldric berseloroh. Tak sabar rasanya nak pergi berjumpa dengan Ayana.

"Kau ni main-mainlah, Al. Sekali cukuplah ya. Malu kalau lebih dari sekali," ujar Izwan. Dia tengok Aldric gembira macam ni dia pun gembira.

"Kau rasa aku buat pilihan yang betul ke?" soal Aldric tiba-tiba. Izwan sudah tahu serba sedikit mengenai perkahwinan Aldric.

"Kau ni Al kenapa tanya macam tu? Hari ini dah nak nikah pun. Jangan nak ragu-ragu lagi. Kau dah mula sukakan bakal isteri kau kan?" Izwan sedikit terkejut mendengar soalan daripada Aldric itu.

Aldric senyum. "Memang aku dah mula sukakan dia. Dia perempuan yang boleh membimbing aku. Bila aku pandang aje wajah dia, aku terus teringat pada Mae. Perangai dia, senyuman dia, semua macam Mae."

Izwan tersenyum memandang, Alhamdulillah kalau itu pengakuan jujur Aldric.

*****

"Pengantin lelaki ada kat mana dah Yana?" soal Fina sepupu Ayana selepas melihat Ayana yang
melihat Iphonenya.

Dia ditugaskan untuk menjadi jurusolek untuk Ayana sambil memastikan semuanya cantik. Lagipun memang Fina pandai memekapkan orang. Lebih baik upah Sepupunya.

"On the way dah katanya. Nervous ni hanya Tuhan saja tau. Aku rasa macam nak terkeluar aje jantung ni," adu Ayana sambil memegang dadanya.

"Nervous sangat ke rasanya?" Fina bertanya lagi.

Ayana mengganguk.
"Boleh tahanlah. Kau pun tak lama lagi akan rasa hal yang sama juga, Fina. Mungkin kau kurang nervous sebab kau dan Danish kan bercinta lama. Jadi, perasaan ragu-ragu tu mungkin kurang sikit kut." memandang kan Fina sepupu paling rapat Yana. Serba sedikit diceritakan kepada Fina pasal Aldric. Kongsi rahsia.

My Hubby, Orang ThailandWhere stories live. Discover now