(klik lagu di atas)😍😍😍
Suasana pembelajaran pada hari itu amat membosankan bagi mereka. Bosan bukan kerana malas tapi bosan kerana tiada semangat. Semangat mereka cuma Fara. Selama ini Fara lah menjadi pencetus kelas juga penceria hidup mereka. Kini? Siapa yang mahu ceriakan.
Loceng berbunyi menandakan waktu pulang. Perlahan mereka mengemas beg seperti tidak bermaya. Lagi-lagi Nadia dan Rina. Dah macam mayat hidup dari segi luaran. Tapi mayat hidup pun tetap disayangi si Arif dan Irfan.
Rina yang sudah siap mengemas beg meluru ke arah Irfan, Arif dan Akmal yang sedang menunggu Nadia.
"Mal, kau rindu Fara tak?" Soal Rina tiba-tiba. Hujung tudungnya dipintal-pintal. Eh Rina ni. Tahulah dah balik sekolah. Tak payah lah nak memintal-mintal tudung yang tak bersalah tu. Akmal mengusap belakang kepala. Wajahnya merah bak tomato. Jelas dia malu untuk menjawab soalan itu. Dia berfikir sejenak.'Kalau aku malu nak jawab, rosak imej aku nanti, tapi dia tanya pasal Fara,'getus hatinya.
"Rinduuuu jugakla. Nape?" Soalnya acuh tak acuh. Nadia yang sudah siap mengemas mengunci pintu dan membuang sampah sambil dibantu oleh Irfan yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Nadia.
Rina mula bertanya lebih lanjut.
"Weyh kau bukan ke ada adik sekolah situ? Akmal Hariz?" Tiba-tiba saja soalan itu terpacul dari mulut Rina. Ini nak kena penampar laju-laju ni.
"Haahlah. Riz tu Dahla hensem. Mesti dia suka Riz kan?" Akmal wajahnya sugul saja. Kau la ni Rina rosakkan mood dia kenapa? Rina serba salah.
"Alaaa Mal. Jangan camni. Moga-moga kita dapat ke sana lawat Fara sama-sama,"pujuk Rina cuba menceriakan Akmal. Arif sudah mencebir tidak dilayan seperti Akmal. Akhirnya mereka pulang ke rumah dengan perasaan yang bercampur-baur.
__________________
Sesampainya di rumah, Akmal terus merebahkan diri ke atas katil empuk miliknya. Bukan main selesa lagi. Jealous author tau! Dalam fikirannya cuma Fara . Tapi Zira? Telefon bimbit dicapai. Ah rasa nak mesej Fara tapi tak ada nombor dia. Tak apalah baik aku settlekan masalah dengan Zira. Ujar hatinya.
Nama Zira dicari. Tangannya laju menaip sesuatu sebelum menekan butang send.
Zira Qalesya
Wei Zira!
Langsung tak ada salahnya main terjah je anak dara orang. Kena diberi kaunseling ni.
Kenapa you?😊
Aku nak putus!😙
Why babe?😭😭😭😭
Sebab aku benci kau la,😎
Babe , I love you😭
Bla ah dengan love kau tu. Macam aku tak tahu kau suka dengan aku sebab harta je kan?
Weh sekarang syarikat bapak aku muflis.😶👍Oh yea? Okey kita putus😘😊
Dasar perempuan mata duitan. Baru diuji sikit dah mengalah. Terus je setuju nak putus. Akmal tersenyum riang. Yeah, nanti boleh la dia jadikan Fara tu Mrs.Akmal.
"Haaa senyum-senyum. Bagi tau ayah,"Tiba-tiba seorang gadis dalam lingkungan 7 tahun datang ke arah Akmal.
"Alaa Syafa ni. Macam abang takut, haa ni kenapa Syafa datang bilik abang ni?"
"Tuu ayah panggil abang,"
Tanpa berlengah Akmal terus menuju ke bilik ayahnya. Kelihatan wajah ayahnya runsing tatkala itu. Akmal tidak terus menyapa tapi bertanya dahulu.
"Ayah nampak stress je, kenapa ni?" Ayah Akmal menggeleng dan memberi senyuman buat Akmal. Tapi Akmal tahu itu senyuman plastik!
"Ni semalam Riz call ayah. Dia suruh ayah hantarkan baju Melayu dia untuk pertandingan kompang. Mal hantar boleh?"
Yeah, ini peluang bagus! Bolehlah Akmal berjumpa dengan Fara nanti.
"Boleh ayah, boleh! Bila nak hantar?"
"Esok? Sabtu kan?"
"Yepz,"
***
YOU ARE READING
Miss Comel VS Mr. Baran
RandomAku mengharapkan cinta dari si adik tetapi malah si Abang pula mengharap cinta dari aku. Siapa harus ku pilih? Orang yang ikhlas mencintai aku atau orang yang aku ikhlas mencintai dia?