(klik lagu di atas farisah_fba dayani_z. niaroslan
Pagi Sabtu yang amat tenang, Lissa dan Fara sedang sibuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu mereka di perpustakaan bersama Hariz. Hariz ni pun berkali-kali di amemujuk baru diizinkan turut serta.
"Yow Riz! Aku nak tunaikan janji aku! " Kata Fara.
"Janji apa weyh? Janji masuk meminang hang ka?" Seloroh Hariz. Amboi SPM pun tak hidu lagi dah nak main pinang-pinang. Fara memutar bola mata ke atas. Sakat orang je kerja.
"Janji malam tadi,"
Tanpa amaran terus diketuk kepala Hariz menggunakan pensel 2B milik Fara. Fara dan Lissa tergelak sakan melihat Hariz mengaduh kesakitan.
"Riz awak okey? Kesian awak," Lissa yang prihatin terus bertanya kepada Hariz. Dia kan seorang yang berpengetahuan luas. Hariz mengangguk.
"Mestilah tak okey wak, dia pukul kepala titew," kata Hariz disertakan dengan irama yang mendayu-dayu. Dasar budak gedik! Alissa ketawa kecil. Fara pula menjeling menyampah. Sedang mereka mula belajar , Azman masuk dan menuju ke arah mereka
"Riz, ada orang nak jumpa kau tu. Pergi kat pondok. " Pesan Azman. Hariz memandang mereka.
"Lissa, Fara jom!" Fara dan Lissa menurut saja. Bukan apa. Asyik belajar je stress pula. Nak keluar.
*****
"Riz nah baju Melayu kau ni," kata Akmal sebelum dia terpaku memandang Fara yang sedang bergelak ketawa bersama Lissa. Terasa masa bagai terhenti. Lagu-lagu cinta mula berkumandang. Fara semakin dekat dan mata mereka bertembung.
"Mal?"sapa Fara.
"Eh Fara?" Akmal tersenyum. Akhirnya doanya dimakbulkan Allah. Dapat juga dia melihat cinta hatinya.
"Weh Fara nanti titew belikan Fara botol air tau,"kata Hariz selamba. Senyuman Akmal terus mati. Haris sebenarnya sengaja. Bukannya dia tak tau Akmal ni menyimpan perasaan terhadap Fara. Haiss..
"Apa kau ni Riz😂" Fara tergelak. Alissa juga. Kemudian Akmal berpaling. Wajahnya merah menahan marah. 'Siap kau Riz!'
******
Sabtu yang cukup indah buat si penghuni-penghuni asrama. Mestilah indah, nak balik bertemu ayah dan bonda..... Fara , Alissa dan Hariz sedang menikmati juadah yang disediakan sebelum pulang.
"Riz, ada number Mal tak?" Soal Fara tiba-tiba. Sejak Akmal datang hari itu hatinya rasa tak sedap. Rasa macam Akmal merajuk. Tapi kenapa nak merajuk? Dia suka Fara ke? Hariz tersedak mendengar pertanyaan itu. Senyuman nakal terukir di bibir. Fara mengangkat kening.
"Kenapa kau nak nombor dia? Suka dia eh?"
"Eh, diakan ex-classmate aku. Suka hati aku la," Fara membuka penutup botol dan minum air kosong yang diisinya. Fara dah ada botol baru. Siapa lagi yang bagi. Mestilah Hariz.
"Emm Riz, thanks tau pasal botol air ni. I love it! Memang taste aku," sambung Fara lagi. Hariz tersenyum hambar kerana .... Bukan dia yang membelinya, tapi Akmal. Bukan dia yang tahu semua benda tentang Fara, tapi Akmal.
Mereka sambung makan selepas mendapat anggukan daripada Hariz. Alissa macam biasa. Diam je. Mulut macam ada emas. Gara khusyuk menikmati makanan. Alissa matanya tertancap pada wajah Hariz. Hariz yang sedar kan itu berasa malu.
"Lissa, kenapa pandang macam tu?" Wajah Lissa makin mendekat. Dada Hariz berombak. Apa Lissa nak buat ni? Kemudian dia tertawa.
"Haahhahaahhahhahahahahahhahahahahah Riz ada jerawat dekat dahi," kata Alissa kemudian dia menyambung tawanya. Fra yang tak tahu apa-apa turut gelak bersama. Hariz tak marah sebaliknya tersenyum.
'Kau ni buat aku berdebar je Lissa. Sentiasa, gadis macam kau ni aku suka sangat sebb kau tak macam perempuan lain. Kau masih belum dianggap air musta'mal. Senyuman kau buat aku gembira walau ia menyakitkan hati aku. Daj aku mula perasan, aku jatuh hati pada kau, Alissa Aliya,' kata-kata itu hanya mampu terucap dalam hati saja.
YOU ARE READING
Miss Comel VS Mr. Baran
RandomAku mengharapkan cinta dari si adik tetapi malah si Abang pula mengharap cinta dari aku. Siapa harus ku pilih? Orang yang ikhlas mencintai aku atau orang yang aku ikhlas mencintai dia?