Sebaik sampai saja di rumah, Fara terus naik ke bilik. Minggu depan dah nak hadap peperiksaan besar. Baik study daripada fikir hal-hal yang tak berkaitan. Puan Julia menggeleng melihat kerenah anak bongsunya itu. Dia mula ke dapur menyiapkan makan malam. Fariz menghantar pemergian Fara dengan pandangan.
Di bilik, Fara menghempas kan badan ke atas katil empuk miliknya. Dekat asrama mana ada macam ini. Jadi sekarang dia juga terpaksa hadap perangai Akmal Hafiz pula! Tak apa kot sebab dia nak juga lupakan Hariz.
"Hoi dik! Pergi mandi cepat!" Arah Kak Liya.
"Sabo jap,"
Kak Liya menggeleng. Ada aje Alasannya.
"Weyh adik. Kau ni daripada tidur kan baik pergi belajar jadi isteri orang,"
"Eh akak laa.. adik pulak! Akak yang nak kahwin kan?"
"Engkau la dik!"
______________
Usai makan, Fara memasang niat untuk membaca surat yang dihantar Hariz.
From:Akmal Hariz Ahmad
To: Fara Alissa ShukorAssalamualaikum Fara! Maafkan aku kalau ada buat kau tersinggung. Harap kau happy je dengan abang aku tu. Jangan pernah sedihkan dia tau,... Dah lama dia sukakan kau. Okey tu je. Bye...
Akmal suka aku? Fara bingung. Akmal suka dia ? Fuhh ajaib. Patutlah asyik nak merajuk je. Macam budak perempuan.
___________
Sebulan berlalu. Para pelajar tingkatan lima telah pun menjadi pelajar lepasan SPM. Suka lah mereka kerana tidak perlu berjaga malam lagi. Fara juga gembira. Mereka keluar dari dewan peperiksaan dan terus ke warung Kak Tiha. Itu semua rancangan Akmal. Nak celebrate lah sangat!
"Kitorg jalan kaki, korang naik motor eh," kata Nadia kepada tiga jejaka di hadapannya. Rina dan Fara mengangguk. Tetapi jejaka-jejaka ini malah membuat muka sedih pula.
"Tapi korang ni perempuan. Nanti kena ngorat macam mana?" IRFAN menunduk.
"Ooh selama ni korang ngorat perempuan lain tu apa?!" Nadia bercekak pinggang. Fara dan Rina juga.
"Fara, jom naik motor dengan aku!" Akmal menjeling Arif dan Irfan. Fara terkejut dan memandang Rina dan Nadia.
"Tapi-"
"No tapi-tapi. Awak tu perempuan! Ikut saya!" Akmal terus menarik tangan Fara yang berlapikkan baju kurung ke motornya. Yang lain memandang mereka pelik.
"Korang pun naik motor kitorang ah. Jom!"
"Taknak! Pinjam moto satu. Kitorang nak naik dua orang. Korang tumpangla," kata Rina. Tak kuasa dia mahu berapat-rapat dengan lelaki.
________
Warung Kak Tiha.
Mereka menikmati cendol dengan khusyuknya. Akmal yang sudah habis makan hanya memerhati Fara. Comotla awak ni Fara! Kalau awak ni dah halal buat saya, dah lama saya lapkan pipi awak tu dengan tangansaya sendiri tau! No tisu-tisu.
Senyuman terukir di bibir tatkala Fara memandangnya.
"Kau pehal ha? Kena rasuk ke?"
"Esh! Malam ni free tak?"
"Free!" Yang lain sudah tersenyum-senyum. Mereka yang rancang, . mereka tahulah. Ibu bapa Fara juga turut serta.
"Nanti aku ambik kau kat rumah. Kita ke kafe Zharina. Pukul 8;00 tau!" Fara memgangguk. Teringat pula dia pada Lissa. Ah, pasti Hariz sudah menjaganya dengan baik. Tak perlulah dia nak risau.
_________________
Kafe Zharina.
Semua sudah siap sedia menyorok di balik langsir kafe itu. Ada juga yang merakam. Akmal berpura-pura tidak tahu apa-apa dan terus mengajak Fara duduk di salah sebuah meja yang berdekatan dengan 'mereka'.
"Awak pesanlah apa-apa,"
Fara serba salah.
"Sorry awak. Dah kenyang la!" Fara menunduk. Akmal tersenyum. 'inilah masanya,'
Kotak baldu berwarna merah diambil dan disuakan ke Fara. Fara mengangkat kening meminta penjelasan. Karang kalau prank buat malu je.
"Awak, sudi tak jadi peneman hidup saya dan jadi yang halal buat saya?" Akmal membuka penutup kotak itu dan terdapat sebentuk cincin yang cantik mutiaranya.Fara menutup mulut. Benar kata Hariz. Akmal menyukainya.
"Say Yes say Yes Fara!" Terdengar sorakan yang gemuruh. Fara berpaling. Keluarganya dan rakan-rakan juga ada?
"Yes Akmal. Saya sudi," awww malunya Fara ketika itu. Akmal tersenyum lebar.
"Berani betul awak melamar saya depan orang ramai kan?""Well, Akmal Hafiz kan,"
YOU ARE READING
Miss Comel VS Mr. Baran
AcakAku mengharapkan cinta dari si adik tetapi malah si Abang pula mengharap cinta dari aku. Siapa harus ku pilih? Orang yang ikhlas mencintai aku atau orang yang aku ikhlas mencintai dia?