Korang masih ingat lagi? Watak adik kepada Akmal Hariz dan Akmal Hafiz iaitu Ainul Syafa. Ingat tak? Dulu dia tujuh tahun kan. Sekarang dah 20 kalau tak silap. Hahah.. Author lupa. Ampun ya!
"Eh Ana, bukanke esok si Ainul Syafa balik ?" soal Puan Julia yang baru saja melabuhkan punggung di hadapan Puan Juliana. Puan Juliana tersenyum mesra dengan pertanyaan Puan Julia itu.
"Haah. Tapi mesti dia sedih. Sebab Angah Riz dia tak ada..." sayu saja suara Puan Juliana ketika menuturkan itu. Puan Julia sekadar senyum memberi semangat. Jika dia mempunyai kuasa, sudah lama dia membetulkan keadaan. Tapi kebolehan manusia terbatas. Tiada siapa dapat menandingi Allah s.w.t. yang Maha Kuasa itu.
"Kita berdoa saja lah ya,"
___________
"Mama..... Mama.... Lissa..." sejak dia dimasukkan hospital semalam, nama mama dan Lissa tak putus-putus meniti di bibir Izara yang dulunya hanya aktif dengan cacian, makian atau carutan.
Doktor masuk diiringi beberapa orang jururawat. Perlahan jururawat mengusap kepala Izara. Kasihan melihat pesakit yang tiada siapa melawat. Pantaslah tiada siapa mahu melawat. Hati seorang ibu sudah dilukai. Mempunyai adik yang berhati mulia dibunuh dengan kejam.
"Cik, mari saya tolong suapkan ubat," seorang jururawat yang bertanda nama 'Tira' itu menyuap ubat dengan penuh kasih sayang.
Tira merupakan seorang jururawat yang disegani. Mungkin disebabkan dia bersuamikan Doktor Nik Hafiz.
"Nurse, mana mama saya? Saya nak adik jugak!" Izara meraung. Doktor Hafiz kemudiannya mengarahkan isterinya dan beberapa rakan jururawat memegang tangan Izara yang sudah bagai dirasuk.
"Lepaskan aku! Aku nak mama!" Izara tsrus-terusan gelisah.
Jika keadaan begini di hospital, pastinya akhirnya akan disuntik ubat penenang. Sama seperti sekarang. Izara perlahan berhenti dan matanya terkatup rapat. Cepatnya kesan ubat tu...
Jururawat yang lain keluar mwninggalkan Doktor Hafiz bersama Tira. Tira berjalan perlahan mendekati suaminya dengan riak wajah masam atau kasihan?
"Abang, kesian pesakit ni. Mana mak dia eh? IC pun dia tak bawak," Tira mengomel perlahan.
"Hmmm. Kita doa jela sayang,"
_________
"Aigoo , mana semua orang ni? Angah Riz janji haritu nak ambil aku dekat sini. Aduhh mana ni?" Syafa mengomel sendirian. Sudahlah hujan, sakit hati betul!
Haritu janji bukan main. Sekarang mana kelibatnya? Bayang pun tak terlihat.
Pinnn!!! Tiba-tiba satu kereta berwarna merah membunyikan hon. Syafa meneliti orang di dalamnya. Angah Riz! Laju saja dia menarik beg nya ke kereta itu.
Pantas dia meloloskan diri ke dalam kereta dan duduk dengan selesanya.
"Lambatlah Angah Riz ni. Aik? Mana Kak Lissa?" Hariz mendengus perlahan.
Kenapa eh, dalam banyak-banyak soalan,soalan itu juga terpacul dari mulut Syafa.
"Sorry, jalan sesak. Kak Lissa dah pergi...."
Syafa terkedu. Takut dia hendak bersuara lagi. Melihatkan abangnya berkeadaan begitu, amat menggerunkan...
YOU ARE READING
Miss Comel VS Mr. Baran
LosoweAku mengharapkan cinta dari si adik tetapi malah si Abang pula mengharap cinta dari aku. Siapa harus ku pilih? Orang yang ikhlas mencintai aku atau orang yang aku ikhlas mencintai dia?