Setibanya kami di rumah Hyeri , aku terus bergegas ke bilik Hyeri di tingkat atas . Aku terkejut melihat Hyeri yang terbaring lemah .
" Somi , angkat dia , jom bawak dia gi hospital " omma mengarahku . aku tanpa berlengah terus mengangkat Hyeri dan meletakkan nya di dalam kereta .
Di hospital , Hyeri dikejarkan ke wad kecemasan . Air mataku mengalir deras .
Kalau aku tak terlambat tadi , semua ni takkan terjadi .
Kalau aku tak terlambat tadi , mungkin Hyeri masih boleh diselamatkan .
Ni semua salah aku !
Tiba² , doktor yang merawat Hyeri keluar .
" siapa keluarga atau penjaga pesakit ? " doktor perempuan itu bertanya lembut .
Omma bangun dan berdiri menghadap doktor tersebut . Aku pun sama .
" kami jiran dia " kata omma .
Doktor tu tersenyum nipis . " nadi pesakit tidak berdenyut begitu juga dengan jantungnya , tidak berdegup . Berdasarkan rekod pesakit , dia mengalami paru-paru berlubang sudah lebih kurang dua tahun "
Luluh hati ku apabila mendengar berita tersebut . Aku lemah dan tak mampu berdiri . Omma yang berada di sebelahku juga kelihatan seperti tidak percaya . Tiba-tiba , pandangan ku gelap ..
Kenapa aku tak tau yang dia sakit ?
•••
Aku membuka mataku perlahan . Eh , aku kat mana ni ? Apsal tempat ni banyak sangat pokok bunga ? Setahu aku , aku tak pernah tahu kewujudan taman ni .
Aku decide untuk jenjalan . Indah betul tempat ni . Bersih je , udara segar . Sedang aku berjalan , aku tersadung batu dan terjatuh . Aku nak bangun , tapi ada tangan yang sedang menghulur . Aku mendongak ke atas .
H-hyeri ?
Hyeri memberikan ku senyuman manisnya . Dia melutut di sebelahku . Aku pandangnya dengan muka terkejut + happy . Bersinarnya muka dia .
Aku segera memeluknya . Dia membalas pelukan ku . Air mataku menitis diatas bajunya .
Aku melepaskan pelukanku untuk memandang wajahnya . Tetapi , dia dah hilang . Aku memandang ke sekeliling . Dia takde ..
" Hyeri ! Hyeri ! "
" oii oii Somi , bangun ! Bangun ! " omma menampar mukaku perlahan .
Aku terjaga . Nafasku sesak . Aku pandang omma . " omma , hyeri mana ? Somi nak jumpa dia . Dia kat mana omma ? "
Omma mengeluh . " Somi , hyeri dah takde . Dia dah meninggal 2 jam lepas "
" tak .. tak mungkin "
" sabarlah somi , mungkin ada hikmah " omma memelukku dan mengusap rambutku . Aku menangis semahu-mahunya didalam dakapan omma .
•••
Hari-hariku dah tak macam dulu . Aku selalu murung . Majlis pengebumian Hyeri pun aku tak pergi haritu . Aku takut aku bertindak di luar kawalan . Dan aku cuba untuk melupakan Hyeri .
Tapi , ianya susah . Hyeri kawan aku sejak darjah 1 lagi . Dia yang mula² tegur aku masa first day sekolah . Dan dia yang ajak aku duduk sebelah dia kat dalam kelas . Sampai sekarang , dia masih lagi sekelas dengan aku even dia tu lagi pndai dari aku . Tapi dia yang tawarkan diri untuk turun kelas . Hanya semata-mata untuk aku . Ya , untuk aku .
Dia kata dia takde kawan lain dah selain aku . Kawan² dia yang lain semua yang ada time dia senang je . So , aku rasa bersalah sangat sebab takde time dia susah tu . Time dia tengah kesakitan . Time dia sangat perlukan aku . Aku takde kat sisi dia time tu . Adakah aku ni sama je macam kengkawan dia yang lain tu ? Hm , mungkin ya .
Aku ingat lagi . Waktu tu aku umur 13 tahun . Syarikat ayah aku time tu memang macam nak drop dah . Hutang bertimbun , ayah aku tak mampu nak bayar . Aku pun tak pergi sekolah dua bulan sebab ayah aku takde duit nak tampung . Cikgu pun dah call banyak kali , and aku hampir nak kena buang sekolah . Nasib keluarga aku baik , sebab keluarga Hyeri tolong kami . Ayah Hyeri pinjamkan ayah aku sejumlah duit . Banyak jugak . And bila kewangan ayah aku dah okay , ayah aku nak ganti balik duit ayah Hyeri tu , tapi ayah dia tolak . Puas ayah aku pujuk , tapi keluarga diorang tetap tolak .
Keluarga dia sangat baik . Hyeri pun . Ya , terlampau baik ..
Aku lihat pergelangan tangan ku . Berdarah ") hasil torehan yang aku buat . Pisau dilepaskan . Hyeri , aku tau kau lihat dari atas . Jangan sedih kalau aku buat cemni , aku cuma nak rasa sakit macam yang kau alami . Kita kan bestfriend ")
_____
Ni nak tanya . Aku tak kisah lah korang nak kata aku baru keluar dari gua or what , tapi aku betul² nak tau .
Pekejadah apply fics tu ? Apa function dia ?
Dari dulu lagi daku tertanya-tanya sebab ramai sangat yang buat af ni .