' Sayang apa kata kita balik rumah dulu. Boleh tak. Cinta nak check barang apa yang tak ada. Okay'
' Okay.' Balas Zarith.
Sebelum ini Zarith sudah menunjukkan rumahnya kepadaku. Terlalu besar untuk kami berdua dan untuk mengemas. Kuruslah aku macam ni. Suasana di dalam kereta terlalu senyap. Bila aku pasang radio di tutupnya. Dia kata dia pening dengar radio waktu memandu. Sebagai seorang isteri yang mithali aku pun akur dengan luahan perasaannya. Hahahaha. Zarith Zarith.
' Sayang, kenapa sayang nak kahwin dengan cinta. Sebenarnya bukan sebab gambar yang tersebar itu kan. Ke sayang dah suka lama dekat cinta. Sejak zaman sekolah dulu. Entah entah sayang yang bagi surat cinta dekat cinta. Cepat mengaku..' soal ku dengan nada yang genit. Satu senyuman terbit di bibirnya. Aiyayayayaya. Teringat pulak pagi tadi punya cerita. Morning kiss lah sangat. Buat merah muka saja.
' Sebenarnya sayang dah masuk meminang lama dah. Yang haritu mama dan papa datang waktu cinta dah ada dekat Malaysia tu acah acah je. Sebenarnya dah bincang lama. Sayang rasa mama dah cerita sebenarnya kan. Jadi cinta percaya je lah cakap mama tu. Yang pasal gambar tu pula memang pihak media yang ambil dan dengan kesempatan itu sayang masuk line. Kalau tak sayang buat cara lain. Itu lah ceritanya. Tapi yang pasal surat cinta tu kan bukan sayang yang hantar,mungkin secret admire cinta kot.' Ujar Zarith.
Jadi siapa yang hantar surat tu. Setiap minggu mesti dapat satu tak pernah tak ada. Biarlah aku kan dah Encik Abang Sayang buah hati intan payung. Hal yang lama jangan di kenang.
' Okay okay oleh di sebabkan abang dah tipu cinta. Abang kena bawa cinta shopping okay. Sekurang kurangnya 1000 ringgit. Hahahahaha Cinta boleh beli banyak barang. Seronoknya. Ingat abang kena juga. Lepastu kan abang kan ada cakap yang stylist abang dah tak ada, biar cintalah yang ganti. Boleh teman abang shelaluuu.. hehehehe'
' Pokailah abang. Okaylah, demi cinta hati abang seorang ini, abang rela. Lepas tu yang pasal stylist abang tu Cinta ambil alih je lah.. Jimat duit abang.. '
' Aih pelakon terkenal pun kedekut tahi hidung masin. Suka hati lah abang.' Jawabku.
------------- :-) ------------
Aku memasuki kawasan perumahan ku. Akhirnya tibalah di rumah. Pintu pagar rumahku di buka aku memarkir kereta ku di halaman rumah.
' Aih tadi bukan main lagi berceloteh. Tertidur rupanya cinta . Cinta bangun, dah sampai rumah nak abang dukung?.' Tiada sebarang reaksi daripada Soraya. Pintu pagar yang terbuka tadi sudah tertutup. Aku membuka pintu runah dan memberi salam.Setelah membawa masuk beg pakaian ke rumah. Aku mengangkat Soraya masuk ke dalam rumah.
Aku meletakkan Soraya ke atas sofa. Aku mengunci pintu rumah. Jam di dinding menunjukan pukul 11:30 pagi. Kami bergerak dari hotel lewat sedikit. Sempat juga singgah di kedai makan berhampiran untuk mengisi perut. Sebab itu lah kami tiba dirumah lambat sedikit target sampai rumah pukul 10:30 macam tu kalau tak singgah mana mana.
Nampaknya Soraya terlalu nyenyak tidur. Apa lagi kena angkat lah bawa masuk bilik. Selangkah demi selangkah aku atur supaya tidak terjatuh menimpa tangga. Berat jugalah si Soraya. Tibalah aku di depan bilik tidur ku. Aku membuka pintu dan meletakkannya diatas tilam. Aircond di pasang supaya Soraya lebih selesa.
' Seronok betul tengok Cinta I ni tidur.' Badan pun sudah melengas aku pun bergerak ke bilik mandi. Rasa nak berendam.dalam bath tub. Nanti malam je lah. Mandi je dulu lepas itu nak tidur Qailullah biar malam nanti boleh buat solat tahajud.
Selesai sudah aku membersihkan diri. Aku bergerak ke almari untuk mengambil baju. Soraya masih lagi tidur. Aku menyarungkan pakaian ke badan ku dan bergerak ke sebelah Soraya. Aku memeluknya dan perlahan lahan mataku tertutup dan di buai mimpi indah.
YOU ARE READING
Astillah Soraya
RandomHanya disebabkan sekeping gambar,Astillah Soraya kena berkahwin dengan Zarith Fahri. Apabila cinta mendatang, bahagia mengiringi. Datanglah Aisy Daliya untuk merosakkan kebahagian Astillah Soraya dan Zarith Fahri. Pelbagai cara yang dilakukan oleh A...