BAB 17

336 10 4
                                    


'Saya sedang bercakap dengan Encik Zarith Fahri ke?'tanya seorang wanita melalui telefon Soraya. Dalam keadaan yang aku sendiri tak faham aku mengiyakan kata wanita dihujung panggilan.

'Iya saya Zarith Fahri. Macam mana handphone isteri saya boleh ada dekat awak dan awak siapa?' tanyaku. Rancangan aku untuk membuat kejutan untuk Soraya tidak menjadi ke. Sesuatu berlaku ke. Cinta, jangan macam-macam.

'Isteri Encik ada dekat hospital Sinar Rembulan dia terlibat dalam sebuah kemalangan.Saya minta encik dan keluarga sila datang ke hospital dengan segera.' 

'Baiklah.Saya akan ke sana.' panggilan telefon aku matikan.

--

'Korang Soraya accident dalam perjalanan ke sini.'ujar ku dalam keadaan tidak bermaya. Separuh nyawaku pergi bila mendengar berita itu. Macam mana dengan bayi yang di kandung oleh Soraya. Ya allah selamatkanlah anak ku dan isteri ku ya allah.

'Apa!' teriak Balqis,Zirayan,Sarah,Aisyah,Fad,Aniq,Mirza dan Shafiq secara serentak. Mereka smua berada dirumah Soraya untuk membuat kejutan.Tapi malangnya mereka semua yang terkejut apabila mengetahui Soraya di masukan ke hospital.

'Yang korang tercegat dekat sini kenapa jom lah gerak.Soraya accident kot.' ujar Sarah sambil mengeluarkan kunci keretanya dari tas tangannya. Mereka yang masih terkejut bergerak apabila disergah oleh Soraya.

'Shafiq kau bawa Zarith,Fad,Aniq dengan Mirza. Yang lain ikut aku. Hospital mana Zarith?' atur Sarah. 

'Hospital Sinar Rembulan,kau gunalah waze nanti sesat. Shaf biar aku memandu.' ujar ku.

'Tak ada maknanya kau yang memandu.Biar Shafiq je.'ujar Mirza dengan nada yang agak tegang.

--------------------

'Aku dekat mana.Kenapa kabur? kenapa ramai orang kerumun aku?' darah pekat mengalir dari kepalanya.

'Call ambulance cepat.'jerit seorang pemuda. 

'Apa yang terjadi sebenarnya. Kenapa aku tak boleh bangun,kenapa tangan tak boleh nak gerak,berat.' orang ramai masih mengerumuni aku. Tolong. Mata aku kenapa berat,aku mengantuk,jangan tidur Soraya buka mata kau.

'Apa yang berlaku?'tanya seorang lelaki berseragam polis. Penglihatan aku mula kabur,aku pening tapi aku masih boleh mendengar apa yang berlaku. Kepala,badan dan semuanya sakit.Tolong aku ya allah selamatkan kandungan aku.

'Kereta dia tersenggol sebuah lori dari simpang tu.' tunjuk lelaki tersebut.Dia kembali menerangkan apa yang berlaku.'Lori itu dibawa dengan laju dan hilang keseimbangan lalu tersenggol kereta Cik tu. Lori tersebut melarikan diri.'ujarnya dengan teliti.

'Apa aku kena langgar dengan lori. Anak aku. Anak aku..' perlahan lahan mataku terpejam.



Astillah SorayaWhere stories live. Discover now