'Morning my love. Letih sangat ke malam tadi. Sorrylah sebab buatkan cinta letih.' ujar ku. Soraya yang tadi masih mamai terus tersedar bila ku menyebut malam tadi. hahahah. Aku menghalakan dulang yang terisi dengan susu, air putih dan roti bakar kepada Soraya.
'Pagi pagi nak mengusik cinta. Tak nak bagi hadiah lagi baru tau.' ujar Soraya. Dulang tadi di ambil lalu di letakkan dia atas ribanya.
' Ni breakfast untuk cinta ke?. Wah roti ni bentuk love. Comel lah. Kalau lah hari hari encik suami buat macam ni,kan best.' dia mengambil gambar dan memuat naik ke Instagram. ' Sikit lagi berbunyi lah handphone tu sebab kena tag' gumam ku di dalam hati. Ting. Kan dah cakap. Hahahhaahha amboi caption, Encik Suami buat, bukan selalu boleh dapat..
'Encik suami boleh je buat hari hari macam ni tapi hadiah pun kena selalu lah hahahahaahah.' usik ku.
'Amboi,ingat cinta ni patung. Tak naklah makan. Rahsuah.'ujar Soraya sambil membuat muka.
' Sanggup kata sayang rahsiah cinta, sayang ikhlas lah. Bukannya rahsuah. Kalau tak meh balik. Biar sayang yang makan' Macam manalah boleh terlintas di fikiran nya mengenai rahsuah.
' Okaylah di sebabkan memang cinta tengah lapar. Cinta terima rahsuah sayang harini' ujar nya.
'Kalau macam tu esok , sayang nak hadiah. hahahahaahah' mukanya bertukar warna kepada merah kerana menahan malu dan geram. Soraya Soraya. Aku berharap hubungan kita akan kekal seperti ini.
----------------------------
Hari demi hari telah ku lewati. Semakin lama aku mengenali mu, aku semakin jatuh cinta dan tidak ingin berjauhan dengan mu. Suamiku Zarith Fahri, aku tahu aku tidak sempurna, banyak.songeh tapi kau menjaga ku dengan penuh tanggungjawab dan kasih sayang. Perasaan yang dulunya suka menjadi cinta. Kau menjadikan aku sebagai seorang permaisuri di hati mu. Engkaulah segalanya dalam hidupku ini. Cewah. Hahahhahh.
xoxo_Astillah SorayaAku menutup buku diary yang berada di hadapan ku. Entah kenapa sejak berkahwin dengan Zarith ni aku boleh terjebak dengan diary. Dulu pernahlah juga nak cuba tapi tak jadi. Haahahhaha. Sumpah tak ada idea.
' Cinta, marilah baring sebelah sayang. Sayang dah tunggu lama tau. ' ujar Zarith yang sudah berada di atas katil. Aku melangkah ke arahnya. Aku menepuk nepuk bantal dan berbaring di sebelahnya dan menhadap dia.
Tangan besar Zarith mengelus elus kepala ku. Satu senyuman terukir di bibirnya. Kucupan hangat dari Zarith singgah di dahi ku. Allahuakbar, nyaman dan selesa apabila diperlakukan seperti itu.
Lama kelamaan, mata ku mula layu. Zarith menarik selimut dan menyelimuti diriku. Akhirnya aku tertidur di pelukannya.
-------------------
Sebulan kemudian
' Mama ada lagi ke yang boleh Soraya tolong?' soal ku. Hari ini mama membuat doa selamat secara kecil kecilan dengan menjemput saudara mara terdekat. Sedikit sebanyak aku boleh mengenali lagi saudara mara Zarith. Lagipun, waktu aku kahwin tak semua saudara mara Zarith ada. Jadi masa ni lah nak kenal kenal, nak rapatkan lagi hubungan.
' Tak apalah dah nak siap. Lagipun tadi Soraya banyak tolong mama. Kamu pergi bersiap, rasanya Zarith ada dekat bilik suruh dia bersiap juga. Lagi 2 jam tetamu dengan saudara mama dan papa akan sampai. Pakai cantik cantik tau.' jawab mama.
'Okay, Soraya naik dulu. Assalamualaikum'
---------------
Pintu bilikku dibuka.
' Sayang mama suruh bersiap. Lagi dua jam kenduri doa selamat start.' Ujar Soraya. Kelihatan mukanya yang lesu, mungkin letih kot.
'Okay, Cinta meh sini. Kenapa muka ni lesu je. Tak sihat ke, ataupun letih tolong mama tadi?' Tanya ku. Bukan apa dia selalunya ceria, segar ni macam tak bermaya. Risau aku di buatnya.
' Eh mana adalah. Sihat je ni. Perasaan sayang je tu. Tadi elok je Cinta tolong mama. Cuma letih sikit, sebab kurang tidur harini. Biasanya pukul 2 sampai 5 cinta tidur. Mungkin sebab tu kot' jawab nya. Aku cuma mengiakan saja.
2 Jam kemudian
'Cinta cepat sikit Sayang tetamu ada yang dah sampai.' ujar ku sambil menyembur minyak wangi di baju ku. Keluarlah Si Soraya dengan memakai baju kurung yang sama warna dengan baju melayu ku.
' Sayang busuklah minyak wangi awak tu cer jangan spray banyak banyak rasa nak muntah.' ujarnya .
'Aik bukan dulu awak suka bau minyak wangi sayang ke. Kenapa tak suka tiba tiba je ni. Peliklah awak .' jawab ku.
' Entah saya rasa nak muntah bila bau minyak wangi awak tu. Dah lah jangan spray banyak banyak.' Soraya.
Setelah siap. Aku dan Soraya menuruni tangga untuk ke ruang tamu. Terlihat beberapa orang tetamu sudah duduk di sofa. Lama kelamaan tetamu yang di jemput kebanyakkannya sudah tiba. Imam pun sudah sampai, kami memulakanlah majlis.
Selesai sudah bacaan yassin dan doa selamat. Yassin pun sudah di kutip. Tetamu mela menjamu selera. Aku bergerak ke Soraya. Dengan pantasnya dia berlari ke tandas.
' Uwekk..' Soraya. Aik muntah ke. Tetiba je. Semua tetamu tengok kot. Dia keluar daripada tandas dengan muka kurang sihat.
' Kan saya dah kata jangan spray minyak wangi banyak sangat. Dah lama saya tahan dengan bau awak tu. Sorry.' katanya.
'Kenapa Soraya, tiba tiba saja lari ke tandas?' soal mama.
' Tak ada apalah ma. Soraya okey je.' jawabnya.
'Mana ada okay ma, Si Soraya ni muntah sebab bau minyak wangi Zarith. Entah kenapa dengan Cinta Zarith ni. Risau Zarith di buatnya.' Suami mana tak risau isterinya tiba tiba menciung lari ke tandas. Lepas tu muntah. Risau.
'Okay.......' mama mengangguk beberapa kali seperti sedang menghadam apa yang aku kata kan.
------------------
' Assalamualaikum Maya, saya rasakan anak kita Sorayakan mengandunglah.' ujar Mama nya Zarith kepada Mommy nya Soraya. Waktu doa selamat tu juga dia menyempatkan diri untuk mengabarkan berita yang tak tahu betul atau tidak kesahihannya.
'Apa? biar betul awak ni baru sebulan cepatnya. hahahahahaha. Kalau iya,kita diam saja tunggu khabarnya dari diorang. Kita buat bodoh saje. Lepastu kita nasihatlah Soraya, macam bagi bagi hint dekat dia. Setuju tak. Tak sabarnya saya nak menimang cucu.' ujar mommy Soraya.
' Hahahhahaah betullah tadi dia muntah sebab bau minyak wangi si Zarith lepas tu dia macam cepat letih. Sorayakan aktif orangnya ceria. Harini dia agak kurang sikit. Saya rasa baru seminggu nak masuk dua minggu, baik kita rahsiakan sebab apa risau perkara yang kita tak nak terjadi, terjadi. Better kita diam bagi tahu dekat sang suami je. Lagi satu kita kena selalu melawat mereka. Okay tak idea saya.'
'Saya okay je Reza. Saya harap tak adalah perkara yang tidak di ingini berlaku. Aamin. Okaylah Reza saya letak dulu ya. Tolong jagakan Soraya dan cucu kita ya. Assalamualaikum. Bye.'
'Waalaikumussalam.'
'Mama. Sembang dengan siapa tadi rancak je nampaknya. Ke ada story yang mama tak cerita dekat Zarith.'
' Hisy kamu ni terkejut mama. Tak ada apa apa lah sibuk hal orang tua. pergi jaga isteri kamu tu.' jawab mama.
Iyalah ma.
---------------------
Ps: Sorrylah sebb hakak dah lama tak update. Tak ada idea nak buat ayat. Jadi terimalah seadanya cerita hakak ya.
Maafkan segala ketypoan dan kesalahan tatabahasa hakak. Hakak tak minta pun benda tu jadi salah hahahaha. Jangan lupa vote dan komen.
Share le dekat kawan kawan. Pada siapa yang menyokong hakak (masuk bakul tak terangkat) terima kasih, sebab andalah hakak ada idea secara tiba tiba... Jeng jeng jeng.
xoxo Nathirah_
YOU ARE READING
Astillah Soraya
RandomHanya disebabkan sekeping gambar,Astillah Soraya kena berkahwin dengan Zarith Fahri. Apabila cinta mendatang, bahagia mengiringi. Datanglah Aisy Daliya untuk merosakkan kebahagian Astillah Soraya dan Zarith Fahri. Pelbagai cara yang dilakukan oleh A...