Prang...!!! barang barang yang tersusun rapi tadi telah jatuh ke lantai. Seluruh barang di ruang tamu,barang bilik-bilik di jatuhkan di selerakkan supaya kelihatan rumah nya baru di pecah masuk dan di geledah.. Bukan semua barang dijatuhkan. Susah pula nanti si Aisy ni nak kemas. Di rumah tamu hanya beberapa barang di usik dan dia memecahkan sebuah pasu supaya rancangannya kelihatan real. di dalam biliknya, dia menyelerakkan almari pakaiannya dengan membawa keluar baju bajunya dan anda bayangkan sendiri bagaimana keadaannya.
' Hahahahahhaha... mission pertama.. Siap...' nombor Zarith di cari dan di telefon..
' Abang....' dengan nada ketakutan .
' Aa..aa aisy, rumah Aisy ada orang pecah masuk.. Aaa..aaisy takut... tolong Aisy bang.' terketar ketar suaranya.
' Ha!!!! pecah masuk.... abang datang... tunggu dekat situ. jangan buat apa apa.... Tunggu situ diam diam...' muka yang tadinyaa tenang kelihatan cemas.
Tutttt... panggilan ditutup.
'Hahahahaha, Zarith is mine.'
----------------------
' Tunggu situ diam diam' ayat yang hanya aku dengar separuh membuat aku ingin tahu. Aku baru sahaja keluar dari bilik air kelihatan Zarith keluar tergesa gesa. Kenapa dengan suami aku ni tak pernah macam ni sebelumnya.
'Abang... abang nak pergi mana.' aku menjerit. Mau bergegar rumah ni.. Hhahahahah memain je.
' Nanti abang call tunggu abang balik okay.' Zarith membalas.
Mungkin ada hal kecemasan kot.
--------------
'Ya Allah Aisy macam mana boleh jadi macam ni. Kaki sampai berdarah.' ujar Zarith.
' Pasu bunga tu pecah Aisy tak nampak serpihan kaca pasu lepas tu terpijak.. Sa..sakit bang.. ' ujarku. ' Siapa yang dengki sangat dengan Aisy. Aisy tak pernah kacau orang pun. Rumah kena pecah masuk tapi tak ada barang hilang.. nampak sangat orang tu sengaja... Abang Aisy ta.. takut.. Aisy takut nanti mereka datang nak bunuh Aisy pula..' aku memeluk Zarith.. Pelukan ku di balas..
' Dah sudah, malam ni Aisy tidur dekat rumah abang. Esok abang report polis pasal kes pecah masuk ni. Aisy jangan risau. Dah dah berhenti menangis..'
'Abang Aisy rasa tak payah report polis.. Sebab Aisy risau nanti orang yang buat semua ni semakin tak puas hati. Please bang jangan..'
'Mana boleh macam ni kita kena report polis juga.'
'Abang talonglah. Aisy takut orang tu apa apa kan Aisy.. Ssttt.. aduh pedihnya..'
' Nanti kita bincang biar abang cuci luka kamu ni.. Bagitahu abang dekat mana first aid.' tanya Zarith
' Dekat dapur bang..'
---------------------
Lama lagi ke suami aku ni.. Dah nak pukul 11:45 malam dah ni. Drama yang aku tengok pun nak dekat habis.
Ting...!
'Cinta abang mungkin sampai rumah pukul 12, Cinta tidurlah dulu ya. jangan lupa minum susu. Lagi satu Aisy tidur rumah kita ya. Rumah dia kena pecah masuk. Lepastu kaki dia luka sebab kena serpihan kaca. Sorry Cinta sebab tadi abang keluar tak cakap apa apa dulu. '
Zarith My Suami
Owh patutlah keluar mendadak. Aku naiklah dulu... Televisyen di matikan. Susu yang masih suam aku minum dengan pantas. Jam di dinding menunjukkan angka dua belas.. ' Mana Zarith ni? Masih lama lagi ke.. Sabar Soraya sikit lagi dia balik lah tu..'
Selangkah demi selangkah anak tangga aku naiki. Hanya beberapa anak tangga lagi tiba di tingkat dua tapi kedengaran pintu rumah ku di buka, aku menuruni tangga . Kelihatan muka Aisy yang agak pucat di bawa masuk ke rumah dengan kakinya yang berbalut.'Aisy!!!' Tegurku.
'Ya kak' senyuman manis di lemparkan sama ada ikhlas atau pun tidak hanya Aisy saja yang tahu. Aisy yang masih di sisi Zarith di bawa ke bilik tetamu yang berada di bawah.
'Aisy duduklah rumah kami ni beberapa hari. Kak Soraya tak kisah' ujar ku sambil mengeluarkan selimut dari almari di dalam bilik tetamu.
'Nah ini selimutnya. Kalau ada apa apa panggil abang atau kakak ya. Kakak naik dulu ya selamat malam' . Aku menutup pintu. Dan naik ke atas. Zarith sudah naik terlebih dahulu kerana keletihan.
-------------------Pintu bilik di buka oleh ku. Terlihat Zarith sudah tertidur tanpa menukar baju tidur. Maklum lah sudah 12:45 malam. Aku menuju ke meja untuk menulis diary.
Hai diary, malam ini sepupu Zarith tidur di rumah kami. Mungkin dia akan tidur di sini beberapa hari. Aku berharap tiada apa apa yang berlaku. Sekarang jam menunjukkan 12:50 malam, tetapi aku masih tidak mengantuk. Dari meja ku menulis terlihat satu sosok yang sudah tidur lena di tilam empuk. Entah kenapa hanya dengan melihatnya aku tenang dan selamat. Apalagi bila dia berbual dengan ku menemaniku , aku begitu seronok dan gembira. Dengan kehamilan ku ini aku berharap keluarga kecil ku ini akan hidup dengan sihat,gembira dan sentiasa di rahmati Allah. Untuk bayi kecil kami yang bakal lahir ini, jadilah anak yang soleh dan solehah
Aamin..Soraya.
Buku diary ku di tutup. Aku mengambil wudhuk dan bergerak ke sebelah Zarith. Baru saja mata ku ingin terlelap Zarith memeluk pinggang ku.
------♡------
'Cinta bangun dah pukul 6 pagi dah ni. Solat Subuh.' Aku menggerakkan Soraya dari tidur lenanya. Entah kenapa malam tadi aku bermimpi buruk. Dalam mimpiku aku melihat Soraya meninggalkan ku sewaktu melahirkan anak sulung kami.. aku berharap ia tidak berlaku seperti di mimpiku. Aku cintakannya, dan aku sayangkannya. Kami solat berjemaah dan turun untuk membuat sarapan. Maklumlah ada tetamu.
'Aduh' rengek Aiys Daliya yang sudah terjatuh di dapur.
'Ya Allah Aisy, apa yang Aisy nak buat ni? Kan boleh panggil abang atau kakak kalau nak buat apa apa. Kaki Aisy kan cedera' ujar ku risau.
'Ingatkan Aisy nak buat sarapan untuk abang dengan kakak. Aisy kan tumpang rumah kakak dan abang. Aisy kena buat cara menumpanglah. Tapi boleh pula terjatuh dekat sini.' Aisy.
'Hisy, kamu ni. Kamu tu tetamu kami. Patutnya kami yang buatkan sarapan untuk Aisy. Bukan Aisy yang buat kan untuk kami.' Ujar Soraya.
'Sudah abang bawa Aisy ke depan, biar Cinta buat kan sarapan.'
'Eh kak, biar Aisy tolong. Tak kan Aisy nak duduk saja. Apalagi kakak tengah mengandung.'
'Tak apa pergi duduk depan je dengan abang Zarith. Lagi setengah jam siap.' Ujar Soraya.
----○----
30 minit pun berlalu
'Aih senyap je dia orang ni. Buat apa?' Ujar ku di dalam hati. Aku bergerak ke ruang tamu tetapi kelibat mereka berdua tidak kelihatan. 'Manalah dia orang ni?' Ujar ku lagi. Aku naik ke atas untuk mencari mereka berdua.
'Abang!' Tegurku dalam keadaan terkejut .Kelihatan mereka di dalam bilik dalam keadaan muka Zarith dan Aisy begitu rapat. Tenang Soraya tenang....
Ps: Saya sebab dah lama tak update. Maafkan saya jika ada typo atau kesalahn tatabahasa atau apa apa pun.
Vote,komen dan share tau guys.
Enjoy...♡♡♡♥
YOU ARE READING
Astillah Soraya
RandomHanya disebabkan sekeping gambar,Astillah Soraya kena berkahwin dengan Zarith Fahri. Apabila cinta mendatang, bahagia mengiringi. Datanglah Aisy Daliya untuk merosakkan kebahagian Astillah Soraya dan Zarith Fahri. Pelbagai cara yang dilakukan oleh A...