BAB 15

329 13 2
                                    

Sehari sebelum hari kejadian.

'Haa!!!.. baguslah bagus, bagus sangat idea kau tu. Kau jangan jadi gilalah Aisy, kau sanggup buat macam tu di sebabkan kau nak si Zarith tu. Sudahlah, kau lupakan Zarith tu. Banyak lagi lelaki lain kenapa kau nak Zarith juga. Lagipun dia dah kahwin dengan orang lain. Kau sanggup jadi perampas,kau patut fikir dua kali. Bukan dua kali banyak kali. Rancangan kau nak buat rumah kau macam kena pecah masuk pun aku tak habis fikir. ' Shreena Yurika.

'Bukan orang lain tapi musuh aku sendiri. Jadi perampas pun perampaslah. Asal kan Zarith jadi milik aku. Kalau aku tak dapat Soraya pun tak boleh dapat.' Aisy Daliya.

'Kenapa kau benci sangat dengan Soraya tu. Aku rasa dia tak pernah kacau kau. Lagipun Soraya memang dah dapat Zarith dan dia mengandungkan anak Zarith. Kumbang bukan seekor Aisy.' Shreena Yurika.

'Tak pernah kacau aku,kau cakap. Yang dia rampas Zarith tu bukan kacau aku. Macam tak ada laki lain dia nak. Zarith aku tu juga dia nak.' Aisy Daliya.

'Suka hati jiwa raga mak nenek kau lah Aisy aku dah nasihat kalau jadi apa apa aku tak tolong. Sekarang aku nak makan. Kau belanja. Perut aku dari tadi dah berkeroncong lepas tu dengar pula idea tak berapa betul kau..' Shreena Yurika.

--------------

' Weyh perempuan, aku ingat kau orang baik baik perangainya. Rupanya sangkaan aku meleset. Kau tahukan aku tengah mengandung sempat juga kau nak menggatal dengan suami aku. Kalau kau nak menggatal lepas aku bersalin menggatal lah. Senang sikit aku nak belasah kau.' rambut panjangnya sudah berada di genggaman aku.

' Soraya kenapa Soraya buat macam Soraya.. Soraya' Zarith.

....

'Haa..' sempat pula aku  berkhayal dekat depan pintu ini. Sabar Soraya. Laki kau tak akan buat benda bodoh. Dia masih tahu halal haram dan dia tahu isteri dia tengah mengandung.

'Soraya kenapa termenung ni jom turun. Sebab itulah kan Soraya naik nak panggil abang.' ujarnya. 'Apa yang Cinta nampak tadi cuma salah faham' bisiknya, sambil memelukku.

' Dah jom Aisy abang tuntun kamu turun tangga.'

'Iyalah sayangku. Salah faham. Kalau dah beza 10 cm tu salah faham lagi lah. Cinta perlukan penjelasan dari abang malam nanti. Kalau tak abang tak dapat hadiah dari Soraya lagi.' luah aku di dalam benak. 

------------

' Cinta apa yang cinta fikirkan tu semua tak betul. Cinta dan salah faham.'

' Tidur dekat sofa jangan tidur atas katil dengan cinta. Cinta merajuk ni. Merajuk dengan abang  1440 minit. Jangan mendekat. Jangan menghampir. Nanti Cinta tendang biar jatuh katil' dengan nada yang dibuat buat marah. Alahai comelnya awak. Rasa terkam je. Kontrol Zarith.

' Aih hilanglah muka handsome abang ni kalau jatuh. Lepastu lamanya nak merajuk dengan abang convert pakai minit pulak tu macam mana abang nak kira. Kalkulator mana kalkulator.'

' Jangan mendekat Cinta cakap.'

' Oh mak kau. Sanggup cinta tendang abang tahu tak berdosa. Biar abang jelas kan hal yang sebenarnya. Abang terjatuh atas Aisy . Benda ni tak dirancang. Kalau abang nak buat benda yang bukan bukan tu, baik abang buat dekat tempat lain. Bukan dekat bilik yang kita kongsi. Abang belum gila. Abang masih fikir baik buruk Soraya.' suara ku agak sedikit tinggi dari yang sebelumnya. Mana taknya kena tendang kot, kalau tak sakit tak apa. Si Soraya ni dah lah tali pinggang hitam taek wan do. Jadi faham faham lah.

' Jadi berdua duaan dalam bilik, dan tertangkap basah abang dan Aisy dalam keadaan sebegitu tak dosa. ' air mata mula turun di pipi Soraya. Soraya bukan seorang wanita yang mudah menangis sebab apa. Dia kata air mata wanita berharga. Jadi dia tengah sakit hati sangat lah tu.

' Abang minta maaf Soraya. Janganlah menangis. Yang berdua duaan dalam bilik tu abang nak tunjuk barang dekat Aisy. Jangan lah menangis lagi ya.'

-------------------------

 'Abang terjatuh atas Aisy . Benda ni tak dirancang. Kalau abang nak buat benda yang bukan bukan tu, baik abang buat dekat tempat lain.' Satu panahan yang terlalu tajam dan berat. 'huh...' satu keluhan yang dapat aku gambarkan . tak tahu lah nak cakap apa rasa nak nangis je. Jangan Soraya jangan.

  ' Jadi berdua duaan dalam bilik, dan tertangkap basah abang dan Aisy dalam keadaan sebegitu tak dosa. '  haih air mata ni mengalir pula. Biarlah kali ni Soraya kau menangis, aku tahu kau begitu geram. Sakit rasanya. Aku tahu ini sikit saja. Aku tak ada niat untuk menangis pun tetapi kata kata Zarith membuat aku berasa kesal. Sudahlah Soraya engkau tidurlah bersama tangisan. Menangislah kau sepuas puasnya.

------------------------

' Gaduhlah tu, sebab tu bising bising. Tapi tak jelaslah apa yang meraka cakap. Eleh Soraya baru sikit je aku belum buat apa apa lagi. Tapi macam mana Soraya boleh datang tepat pada waktunya. Macam tahu tahu je aku sadung kaki laki dia. Kalau tuhan nak tolong semua benda jadi mudah. Jam pun nak masuk pukul 12 baik aku tidur.



ps: maafkan saya kerana lama tak update. wifi bermasalah dan saya baru habs cuti jadi saya pun berholiday lah ya jadi maafkan saya ya. In sha allah minggu depan saya akan update lagi. Sila vote,komen and share ya. Untuk tahu bagaimana lanjutan cerita ini teruskan membaca ya

xoxo nathirah_

Salam hangat dan manja. muah muah

Astillah SorayaWhere stories live. Discover now