Hanya kedengaran bunyi radio yang memecah kesunyian di dalam kereta. Zarith hanya fokus dalam pemanduannya. ' kenapa Zarith cepat cepat je tadi. Tak sempat aku nak pilih emas dah tarik tangan. Sebab sepupu dia tu kot. Jangan membuat andaian terlalu awal. Kita ikut flow je okay.'..
' Awak kenapa kita balik awal sangat. Tak sempat cinta nak shopping lagi tadi.' aku membuat suara manja gitu.. Zarith kalau aku buat suara macam tu dia mood dia okay terus. Hehehehehe. Women power, wife power, kau tak hado.
' Aah lah Cinta kita balik awal sangat kan. Nak beli barang baby pun tak sempat. Tak apa cinta minggu depan kita pergi beli lagi okay.' tangan kirinya mengusap rambut ku dan tangan kanannya memegang stereng kereta. Amboi dia mengelak soalan aku tak apa tak apa cuba lagi. Malaslah tak pasal pasal nanti Zarith ni merajuk. Abaikan lah sepupu dia tu Aisy Daliya.
----------------------
' Korang Aisy dah muncul balik. Aku takutlah dia apa apa kan isteri aku.' ujar ku.
' Aik muncul balik.. Dia tak tahu ke kau dah kahwin. Isteri kau dah pregnant . Tak kan dia tak tahuuu... Mestilah mak long kau ada cerita punya.' ujar Shafiq sambil menyedut jus oren di sebelahnya.
' Tak ada apanyalah Zarith. Aku rasa dia tak kan apa apa kan Soraya. Cuba jangan bersangka buruk.' ujar Fad sambil menyua sesudu nasi ke mulutnya.
' Weyh entah enthah si Aisy tu nak goda kau balik. Macam dulu dulu.' Mirza. Dia ni kalau tak buat aku cemas memang tak sah. Aku dah ada Astillah Soraya. Lebih baik dan lebih sempurna dari Aisy Daliya tu.
'Haih. Tak payah nak buat keadaan makin teruk. Mirza kau ni satu kalau tak buat orang cemas memang tak sah' ujar ustaz kita Fad.
' Masalahnya boleh jadikan. Aku cakap ikut akal ... Bukan ikut sedap mulut aku je.' Mirza.
' Kau ada akal ke Mirza.. Sejak bila. hahahaah' gurau aniq.
' Amboi gurau kasar nampak. Nampak ni.. aku baling kang mendarat kat kepala kau karang' sudu yang berada di tangan Mirza hampir di lempar ke Aniq. Dah makin ganas dah ni.
' Hahaahh.. woi dah le tu. Senang cerita, kau Zarith ikut saja flow. Jangan kau pulak yang terikut. Kau ikut tapi hati hati.' Shafiq.
' Aku setuju, Shafiq.' Mirza. Dengar apa yang mereka cakap ada juga yang betulnya . Ikut saja flow. Buat je baik dengan si Aisy tu.
----------------------
' Mommy, hari tu kan Soraya ada jumpa sepupu Zarith. Waktu tu pun Zarith ada. Tapi ada satu perkara yang Soraya musykil. Waktu jumpa je sepupu Zarith . Zarith macam tak senang duduk. Dia terus tarik Soraya pergi tempat lain. Dia macam tak selesa atau kalau boleh tak payah jumpa minah ni. Itu yang Soraya musykil tu.' huh puas. Baik share dengan mommy. Dapat juga advice dari dia.
' Apa yang nak musykil sangat. Tak payah fikir pasal sepupu dia tu. Zarith bukannya tak senang duduk atau pun tak suka. Dah lama tak jumpa mestilah kita rasa janggal kan. Macam tu lah apa yang Zarith rasa. Tak payah fikir sangat. Jaga saja kandungan kamu tu.' ujar mommy.
' Betul jugakan mmy. Kenapalah Soraya tak terfikir. Okay Astillah Soraya jangan berfikiran buruk. Tak baik untuk kandungan kau. My little pie jangan fikir macam mommy tau.' Aku mengusap perut ku. Mommy cuma senyum melihat ku..
' Itulah, dalam perkahwinan ini kita kena saling mempercayai satu sama lain. Betul tak bang.'
' Betul tu anje. Dalam perkahwinan ni kena percaya satu sama lain. Jangan mudah percaya dengan buah mulut orang lain. Apa lagi suami kamu tu artis. mesti ada gossip kan. Jadi janganlah ambil hati dan terus percaya dengan suami kamu.' daddy. Cewayh. Anje. Sawit betul pasangan suami isteri yang sudah berumur ni.
' Amboi, bersemut meja makan ni ha. Daddy kalau sweet sweet dengan mommy macam dunia ni milik daddy. Habis lupa soraya dekat sini.' ujar ku.
' Jelez lah tu. Tengok daddy kamu, lagi sweet dari suami kamu tau.' ujr mommy.
'Eleh mommy Zarith tak nak tunjuk je. Kalau dia tunjuk mau kencing manis mommy, hahahah.' bukan selalu sembang dengan dia orang macam ni..
' Assalamualaikum.. Mommy Daddy. Zarith balik... Soraya... tak nak peluk abang ke. tangan dah lenguh dah ni.' Zarith mendepakan tangan nya mengharapkan aku membalas pelukan nya.
' Alolo lenguh ke. Dah llah tak payah nak menggedik sangat. ' ujar ku
' tengok mommy kita nak sweet sweet dengan dia. Dia boleh tolak.. Tak nak kawan lah. Nak kawan dengan mommy je.' ujar nya dengan nada manja. Hek eleh mamat ni pergilah tak kisah pun, kita ada daddy.
' Kita ada daddy.... Bwerk... ' aku menjelir lidah kepada Zarith.
' Haih ada ke,tengah mengandung jelir jelir lidah. Nanti baby kamu lahir dia jelir jelir lidah pulak dekat kamu. nak.' ujar mama.
' Hehehehe. Tak buat dah.' seriau pulak kita.
-------------------------
' Amboii sweet nya korang dekat instagram. Astillah Soraya kau tak kan boleh bahagia dengan Zarith. Zarith tu aku punya. Dari dulu pun Zarith tu aku punya. Kau yang rampas dia dari aku.' ujar aisy .
' Kau Soraya. Tengoklah, kau akan merana. Dari dulu memang aku langsung tak suka engkau. Dari zaman kita bersekolah, semua cikgu asyik kau kau. Senior pun asyik kau kau. Mungkin kau tak ingat aku kot. Iyalah aku ni cuma watak sampingan je dalam hidup kau. Tapi tengoklah. Kau tak kan bahagia...' Aisy Daliya.
------------------
ps: Maaf sebab setiap bab hambar termasuk bab ini. Please support kitew.. Jangan lupa vote dan bagi komen. Haa sharelah cerita ni dekat kawan kawan.
Kita manusia biasa, bila korang komen atau buat sesuatu kitew rasa seronok sampai idea tu mencurah curah. Jadi bantu kite w untuk selesai kan cerita ni cepat cepat. Author ni macam syok sendiri kan. Hahhahah. Jangan lupa vote.
xoxo Nathirah_
YOU ARE READING
Astillah Soraya
RandomHanya disebabkan sekeping gambar,Astillah Soraya kena berkahwin dengan Zarith Fahri. Apabila cinta mendatang, bahagia mengiringi. Datanglah Aisy Daliya untuk merosakkan kebahagian Astillah Soraya dan Zarith Fahri. Pelbagai cara yang dilakukan oleh A...