BAB 12

384 13 2
                                    

Pejam celik pejam celik dah masuk 3 bulan aku mengandung, perut ni dah makin memboyot. Hahahaha. Aku bersyukur dengan aku mengandung aku semakin dekat dengan Allah. Dulu solat 5 waktu kadang kadang berlubang sekarang penuh di iringi dengan solat solat sunat, dan bacaan ayat Al Quran. Sebelum tidur Zarith akan menyempatkan diri untuk mengusap usap perut ku. Bersembang sembang dengannya. Tengok karenah mamat sorang ni kadang kadang boleh buat orang tergelak sendiri kalau teringat balik. Okaylah Puan Astillah Soraya jaga kandungan, jaga kesihatan dan yang paling penting jaga Encik suami. Cari lain karang dia, baru nak terconggok. Okay lah cukuplah untuk hari ini katil pun sudah memanggil manggil.Assalamualaikum. Peace

xoxo Soraya

Pap! buku diary ku di tutup. Zarith sudah berdengkor dari jam 10:30 malam tadi. Lepas saja solat Isyak berjemaah, Zarith turun sekejap untuk membancuh susu untuk di berikan kepada ku. Dia naik semula dan terus tidur. Sekarang ni dia tengah sibuk shooting. Balik balik rumah terus terkapar. Demi mencari sesuap nasi lah katakan. Aku pula menolong mama di spa miliknya. Sementara tunggu nak bersalin ni tolonglah mama, belajar tinggi tinggi dalam bidang tersebut tapi tak di gunakan buat apa belajar betul tak. Back to the story. Aku bergerak ke arah katil dan membaringkan badan ku di sebelah Zarith.

-----------

' Cinta cepatlah.' tangan ku di tarik ke sebuah butik pakaian wanita yang mengandung.

' Awak ingat kan yang sayang kena belanja awak shopping. Ingat kan.' Zarith mengaggukkan kepalanya kepadaku. 

' Ada ke. Tak ingat pun.' sumpah aku tak ingat. Korang bila. Korang ingat tak ke Zarith sorang je ingat. Hahahahha Encik suami nak belanja kita ambil lah. rezeki jangan di tolak ya.

' Adalah awak ni. Lepas ni kita pergi barang baby pulak. Awak yang dalam perut tu tunggu tau, jangan cemburu dengan mommy awak pula ya.' Zarith ni ada ke pula dia buat depan ramai orang, dah lah ramai orang tengok. Awak sedar tak diri awak tu pelakon cer buat perangai elok sikit. Aku hanya ketawa melihat aksi nya. Save dalam otak Soraya, ini moment bahagia kau. Simpan dalam lubuk fikiran kau dan hati kau.

' Awak orang tengoklah cuba buat perangai elok sikit.' dia hanya ketawa.

' Dah jom. Pilih mana yang awak nak. ' Aku memilih beberapa helai baju.

' Itu je!. Pilihlah lagi cinta. Cukup ke ni.'

' Awak saya mengandung 9 bulan 10 hari je itu pun mungkin terlahir awal.'

' Apa lah awak ni. Lahir awal pula.'

' Iyalah. Manalah tahu,awak yang dalam perut ni nak keluar awal sebab nak tengok mommy and daddy dia awal. Benda boleh jadi kan aku mengangkat bahu .

' Okay.. dah awak pergi duduk dekat sana nanti saya datang. Saya nak bayar' Aku hanya mengikuti arahan nya.

------------------------

Terlihat dari jauh Soraya sedang duduk di kerusi itu seorang diri.

' Encik. Jumlah semuanya RM123.90.' ujar juru wang yang berda di hadapan ku.

' Okay ini dia.' aku menghulurkan wang kepada nya.

' Ini bakinya. Terima kasih kerana berbelanja di sini. Semoga Encik mendapat seorang cahaya mata yang sihat. Aamin. Sila datang lagi ya.'

' Sama sama. Saya harap awak pun begitu.' aku membalas senyuman nya yang tak pernah lekang di bibirnya.

Aku berjalan ke arah Soraya..

' Aih lamanya sayang. Awak buat baju ke kat sana. Ke awak menggatal dengan cik tu tadi' ujarnya dengan mukanya di buat buat marah.

' Mana ada sayang menggatal. Cuma bermiang je tadi. Hahhahahah' sengaja aku mengusiknya.

' Tak kan lah saya nak menggatal dengan isteri orang.'

'Isteri orang, macam mana awak tahu. Awak sempat ngorat dia kan?'

'Hai yoo cinta hatiku. Cik yang awak kata tadi tu dah puan. Awak tak nampak ke perut dia dah memboyot macam awak. Lagipun buat apa saya nak ngorat orang lain sedangkan saya ada seorang isteri yang cantik mengalahkan bidadari.' ujar ku. Tau risau suami dia menggatal. Ingatkan tak risau.

' Ha ha ha.. nak ambil hati orang lah tu. Saya memang tahu lama saya cantik . Jom kita beli barang baby pulak. Tapi kan tak terlalu awal ke. Nantilah kita beli. Baik kita pergi beli emas okay.' dia memegang tangan ku dari membawa ku kedai emas berhampiran. Berjalan dan terus berjalan akhir nya tertera HABIBah.

' Sampai pun. wah cantiknya. Jap eh awak saya tanya harga emas sekejap.' amboi amboi. Dia pilih emas. Tak apalah demi Isteri tercinta.

Tiba tiba satu tangan hinggap di bahuku.

' Abang Zarith. Abang buat apa dekat sini. Abang sorang sorang ke.' jumpa pula minah sorang ni.

' Abang nak beli emas. Abang pergi dengan isteri abang. Perkenalkan Soraya.. Astillah Soraya.'

'Cinta ini sepupu abang. Dia baru sampai Malaysia. betul kan Aisy?' inilah dia Aisy Daliya. Sepupu aku. Sepupu yang suka sangat dengan aku, tetapi aku tak layan sebab aku dah ada Soraya dalam hati aku sejak dulu lagi. Soraya hanya memberikan senyuman dan bersalaman dengan nya.

' Saya Aisy Daliya. Saya panggil Soraya kakak ya. Boleh kan.'

' Boleh tak salah pun.'

' Okaylah kami balik dulu ya Aisy. Jumpa lain hari tau. Bye.' aku memegang tangan Soraya dan membawanya jauh dar Aisy. Malas lama lama dengan minah sewel tu..

----------

Ps: Sorry sebab kali ni pendek je.( author memang cenggitu) Saya mengantuk sayang sayang semua. Esok kalu rajin saya update lagi. Baca dan vote. Ha.. jangan lupa komen ya. Enjoy Astillah Soraya

xoxo Nathirah_

Astillah SorayaWhere stories live. Discover now