Dua minggu kemudian
' Uwek... uwek'
Aku tersedar dari tidur lena ku. Haih muntah. Si Soraya ni keracunan makanan ke? bukan apa semalam kita orang makan dekat luar. Tempatnya okay tapi waktu dah nak habis makan, waktu si Soraya kuis kuis di punya mihun sup terconggok pula satu encik lalat ni. Waktu dah nak habis pula munculnya. Mungkin kot, mungkin sebab tu lah dia muntah. Aku menelefon mama.
' Mama Soraya muntah muntah, semalam semalam elok je. Last muntah pun waktu dekat rumah mama itu pun sekali je. Zarith rasa dia keracunan makanan. Sebab apa semalam kami makan dekat luar tempat okey semua okey, tapi waktu dah nak habis makan dekat mangkuk Soraya ada lalat, mungkin sebab tu kot. Nak buat apa ni?' soal ku. dengan tergesa gesa.
' Jangan risau lalat kecil saja tu, kamu ambil air putih dengan jus oren. Kalau boleh air putih suam tau. Jus oren tu untuk tenaga sebab dia dah muntah muntah. Okey bye bye..' tit..... mama ni main tutup je.
'Uwek...'
Ya Allah tak habis lagi ke. Okay okay, relax turun bawah. Okay dah sampai, pergi ke dapur ambil gelas. Tuang air putih suam okay. Siap. Tuang jus oren. Siap. Haa, kurma kan ada bagi je dia makan. Okay. Letak dekat dulang bawa naik atas. Okay naik atas. Waktu aku masih di dapur untuk naik ke atas tiba tiba..
' Sayang....!!!!!!!!' jerit Soraya.
' Iya Cinta, sayang ada dekat bawah ni. Tunggu kejap sayang naik ni.' jawab ku separuh menjerit. Dengan pantasnya aku menaiki tangga untuk ke bilik. Terlihat Soraya sudah terduduk di atas katil dengan lemah.
' Nah minum ni. Minum perlahan lahan. Makan kurma.' ujar ku. Belum sempat dia menjamah kurma dia berlari ke bilik mandi. ' Uwek uwek.' haih parah ni. Siang sikit bawa pergi klinik risau melarat. Aku mengikutinya. Aku memimpinnya ke katil.
'Cinta okay tak ni. Nak sayang urut ke masak ke. Cinta nak makan apa biar sayang masak. Iya.' ujar. Soraya memeluk ku. Terasa basah di bahuku. Menangis ke Soraya ni. Tak boleh jadi ni. Minah ni jarang menangis.
' Cinta tak larat nak muntah muntah. Nak pergi klinik sekarang.' ujarnya. Alahai cinta menangis sebab tak larat muntah. Bukannya cirit birit. Kalau cirit birit lagi letih. Nak tanggal seluar dan sebagainya. Faham fahamlah ya.
'Okay okay jom kita pergi klinik ya cinta,biar sayang tukar baju gosok gigi dulu ya. Lepas tu kita pergi rumah mommy' mana nak sempat gosok giginya kalau pagi pagi dah dengar isteri uwek uwek, risau le. Okay aku dah siap.Aiyayayaya , Cinta belum siap lagi. Aku bergerak ke almari dan mengambil long dress miliknya.
------------------------
' Doktor bagaimana keadaan isteri saya. Dia keracunan makanan ke. Sebab semalam kami makan dekat luar lepastu ada lalat dalam mangkuk isteri saya. Sebab itu ke isteri saya muntah muntah.' ujarku. Kesian doktor tu baru nak buka mulut aku dah potong.
' Encik Zarith, Isteri encik bukannya keracunan makanan. Puan Astillah Soraya ni sudah hamil 3 minggu. Dia muntah muntah tu disebab kan morning sickness. Harap Encik Zarith bolehlah faham kalau isteri Encik muntah sebab bau minyak wangi ke, nak makan makanan yang dia tak pernah makan dalam istilah lain ngidamlah ya. Selain itu, Encik kena jaga Puan Soraya dengan teliti buat masa in kerana kandungannya masih baru. Lagi satu, kalau Puan Soraya mengalami pendarahan yang banyak di sertai dengan krem di perut yang terlalu sakit, segera ke hospital yang berdekatan .' Ujar Doktor Maria..
Aku dan Soraya hanya menganggukkan kepala. Tanda faham.
-------------------------------
Keretaku dipandu laju menuju ke rumah mommy. Di sebelah tempat duduk ku terlihat Soraya yang sedang nyenyak tidur sambil memegang perutnya. Hahahahaha macam manalah boleh terfikir Si Soraya ni keracunan makanan. Tak terfikir langsung dia mengandung. Mati mati ingat dia keracunan makanan. Alhamdulillah Allah memberi aku rezeki yang paling terbaik dalam hidup ku.
' Assalamualaikum..... mommy o mommy' laungku sambil menekan nekan loceng rumah yang di sediakan. Pintu pagar terbuka luas menerima kedatangan kami. Aku memarkir kereta di halaman rumah mommy.
' Waalaikumussalam Zarith mana Soraya, dia sihat tak?' ujar mommy.
' Ada tu dekat dalam kereta, sihat je mommy. Mommy masuklah dulu. Biar Zarith bawa masuk Soraya.' aku bergerak ke kereta dan membangunkan nya.
'Cinta kita dah sampai rumah mommy, bangun cinta.' mata yang terpejam rapat akhirnya terbuka perlahan lahan. Aku memimpin tangannya masuk ke dalam rumah. Aku dan Soraya menyalami Mommy.
' Mommy, sikit lagi mama dan papa datang juga. Daddy mana?' sebelum aku ke sini. Aku telah menghubungi mama dan papa supaya datang ke rumah mommy. Ada berita gembiralah katakan.
' Daddy tidur sekejap letih berkebun lah katakan. Kebun dalam bandar hahahha. Kenapa datang tiba tiba ni.'
' Ada berita gembira yang Soraya nak bagitahu.' dengan muka gembiranya Soraya bergerak ke mommy.
' Soraya...... pregnant 3 minggu. Yeay yeay.' sambil melompat lompat. Woi kak ingat dalam perut kau tu dah ada isi. Terkeluar kang.
' Cinta jangan lah lompat lompat, ingat yang dalam perut awak tu. Bahaya tau.' ujar ku.
' Mommy dah tau dah, mama Zarith ada cerita.'
' Aik mommy dah tau. Kita orang belum bagitau mama pun. Baik cerita dekat Soraya apa yang dah berlaku.' soraya.
' Hahahaah waktu majlis doa selamat, mama Zarith bagitau. Soraya kan muntah sebab minyak wangi Zarith itu di kira tandalah. Lepas itu Soraya ada perubahan emosi sikit, cepat letih. Kami dah ada pengalaman. Betul tak Soraya apa yang mommy cakap.'
' Haah betul lah.. macam mana Soraya tak perasan. Lagi satukan Soraya kuat makan kebelakangan ni. Perut soraya pun macam besar sikit, sikit je.' ujarnya. hahahah memang kuat makan semua benda dia nak try.
' Assalamualaikum Puan Maya kami dah sampai.' teriak Puan Reza.
' Waalaikumsalam.. anak kita dah mengandung Reza.'
' Ha.. kan saya dah cakap' sambil berjalan masuk ke dalam rumah. Aiyoo. Masuklah rumah dulu ini depan pintu pun jadi. Papa yang sudah masuk kerumah memeluk ku dan Soraya.
' Tahniah, papa jadi atuklah ni.' papa.
' Bukan awak sorang je jadi atuk saya pun juga Mustapha oi.' daddy. Meriah sungguh hari ini. Kebetulan mommy masak makanan kegemaran Soraya spagetti bolognese . Moh le kita makan.
--------------------------
Aaaa.. mulut di buka.. belum sempat di telan aku merasa mual. Cover cover telan dulu yang ini. Okay cun.
' Mommy Soraya tak larat, rasa mual.' huhuhu nak makan spageti. Kenapa rasa mual. Dulu sampai berebut dengan Ciya.
' Tak apa tak apa. Biar mommy masak lain ya.' mommy
' Biasa lah tu Soraya.' mama.
--------------
ps: Maafkan saya kawan kawan kalau saya tertypo atau tercliche ke.
Mohon vote dan komen. Ajak kawan kawan baca cerita ni tau. Muah sayang sayang nathirah hahahah.
xoxo: Nathirah_
YOU ARE READING
Astillah Soraya
عشوائيHanya disebabkan sekeping gambar,Astillah Soraya kena berkahwin dengan Zarith Fahri. Apabila cinta mendatang, bahagia mengiringi. Datanglah Aisy Daliya untuk merosakkan kebahagian Astillah Soraya dan Zarith Fahri. Pelbagai cara yang dilakukan oleh A...