' Kau tahu tak selama seminggu si Aisy tu ada dekat rumah aku. Macam macam benda berlaku. Aku pun aneh bin ajaib bin musykil bin tak tahu nak cakap apa. Kaki dah baik tetap nak duduk rumah aku. Traumalah. Takutlah. Orang tu masih perhatikan dia lah. Ada satu hari tu, kelmarin aku rasa ke tiga hari yang lalu. Dia ada balik rumah sebab Zarith suruh dia. Tapi dia tak nak, banyak kali kena pujuk dia pun balik.. Lepastu..'
'Ha.. ha.. lepastu.' potong Balqis Hasanah aka Aqish.
' Lepas tu, three.Cuba kau jangan potong cakap Tiya tu. Kau dari dulu.. Aduh.. hhahahaah dah lah sambung cerita Tiya. ' Sarah Alya.
' Hahahaha, curiosity kill the cat.. Lepastu malam tu dia datang balik rumah aku. Ingat baru nak berbaik baik dengan Zarith nak manja manja. Tiba tiba. tok tok tok. Terbantut niat...'
' Cop!!, kau tak berbaik lagi ke dengan Zarith pasal yang korang gaduh tu. Aisy juga lah kan puncanya. Apa masalah dia tu. ' Zirayan Tanina aka Yan. Minah ni lagi satu... Aku baru nak lupa kan benda tu.
' Dah.. Kak Yan.. Bagi aku cerita dulu boleh tak. Tahu dia kata apa. Orang yang pecah rumah dia tu datang balik kacau dia. Zarith suruh report polis tak nak kata inilah itulah. Aku malas nak ikut campur. Buat pening kepala aku. Jadi dia tinggallah dekat rumah aku sampai semalam. Itu pun sebab mak dia datang sebab risau.'
' Mak Aisy tu kira mak saudara Zarithlah kan.' Sarah.
'Aah, ada lagi satu hari tu kan aku punya sup masin. Masin sangat, terlalu dahsyat rasanya. Pada waktu yang sama dia ada masak juga. Katanya nak tolong. Aku pun iyakan. Aku pun tinggal kan dia. Waktu makan tu Zarith tegur kenapa masin sangat. Aku pun cakaplah tadi okay je, aku pun rasa dan rasanya macam yang aku cakap tadi masin gila. Lepastu datang lah si Aisy dia pun bagilah lauk dia dekat Zarith. Aku pun krik krik disitu dan tahu siapa punya kerja.'
'Tapikan Tiya.. Aku rasa aku pernah dengar nama Aisy Daliya ni. Tapi bila.. Aku rasa dah lama. Waktu zaman sekolah aku rasa. Eh tak tahula' Marsha Alianda aka Ecah.
'Itulah aku pun rasa macam pernah dengar nama dia. Mungkin zaman sekolah. Iya ke Cah. Aku tak pastilah. Pernah juga terlintas dekat otak aku nama Aisy Daliya ni. Aku fikir fikir memang nama ni selalu sangat dengar waktu zaman sekolah dulu.' Sarah.
'Tak apalah weyh kita makan dulu bila bila kita bincang balik pasal Aisy ni. Aku dah lapar.'Yan.
-------------------
'Mommy I'm home.. Mommy Soraya rindu mommy seminggu Soraya tak ada singgah rumahkan. Maklumlah sibuk ada tetamu dekat rumah. Tetamu tak di undang.' seminggu asyik menghadap muka orang tu naik meluat pun ada.
'Hisy kamu ni. Tak baik cakap macam tu. Hilang pahala kamu. Jaga perangai ingat baby dalam perut kamu tu. Dah berapa bulan? Tak salah mommy 4 bulan kan.'
'Mmy belum lagi 4 bulan. Tapi otw. Cepatnya mommy kira tak sabarlah tu. Mommy mommy lahirkan anak tu sakit tak. Lepastu kalau orang meninggal waktu lahirkan baby ni macam mana. Agak agak Zarith cari perempuan lain tak.' Manalah tahukan? ajal maut ditangan tuhan.
'Kamu ni. Nampak mesin jahit ni. Nak mommy jahit mulut kamu.. Cuba cakap yang baik baik. Tahu tak cakap tu boleh jadi doa. Jaga percakapan.'
'Terkejut soraya mari semangat.. Heheheehehe. Main main je. Jangan di bawa ke hati sangat. Ciya kan ada kalau Soraya tak ada.'
'Ha.. mulut tu. memang kena jahit jugalah mulut kamu tu . Nak. Kan mommy cakap jaga mulut.Sudahlah baik kamu balik manja manja dengan Zarith. Kan "tetamu tak diundang" tu dah balik.'
'Hahahahaah. Petang sikitlah Soraya balik. Soraya baru je sampai tak sampai 20 minit lalu dah kena halau. Mommy Soraya nak pergi swimming pool sat.'
' Sejak bila pula rumah kita ada swimming pool. Soraya kamu ni buat mommy risau lah.' Hahahahah sekali sekala melepaskan stres kacau mommy.
'hahahahah memainlah mmy. Soraya nak mandi kejap maksudnya. Soraya naik dulu tau.'
____________
Angkat telefon,angkat telefon!(nada dering)
'Alamak siapa pula yang call aku ni. Shafiq!! Kenapa tiba tiba call tak pernah pernah. Hello' sahut ku.
'Soraya, Zarith jatuh. Kau kena balik rumah sekarang.Teruk sangat dia tu.'
' Ya Allah, macam mana boleh jadi. Jatuh apa wey. Shafiq jatuh apa, macam mana. wui'. Dia end call. Teruk ke Ya Allah. Lindungilah suamiku.
' Mommy, Zarith jatuh. Soraya balik dulu ya. Katanya parah.' dalam keadaan tergesa-gesa Soraya mengambil kunci kereta yang di letakkan di atas meja.
' Baliklah. Memang parah pun Soraya tadi mama Zarith call mommy bagitahu Zarith jatuh. Baru 5 minit macam tu.' ujar mommy dengan reaksi muka yang mencemaskan.
' Soraya balik dulu ya mommy.' dengan perasaan terburu buru dan risau aku bergerak pulang ke rumah.
Dalam perjalanan
Angkat telefon! Angkat telefon!
'Hello Assalamualaikum. Siapa?' aku mengeluarkan hand phone dari beg tangan ku.
'Soraya cepat Zarith dah kritikal dah ni.'
'On the way.' panggil terputus.
' Deme ni buat aku cemas. Cuba sabar sikit. Jatuh apa sampai kritikal macam tu.'
Jatuh pula handphone ni. Biarlah dulu. Bahaya tengah memandu.
' Angkat telefon! Angkat telefon!'
'Sabar, aku tengah memandu. Kau diam dulu'
' Angkat telefon! Angkat telefon!'
' Ya sabar tengah cari ni. Mana pula hand phone ni.'
'Pinn...!!'
' Ya Allah!!! ' Soraya
*----------------------*
ps: Hai semua. Apa khabar sihat. Enjoy ya. Jangan lupa vote komen and share..
xoxo: nathirah**
YOU ARE READING
Astillah Soraya
אקראיHanya disebabkan sekeping gambar,Astillah Soraya kena berkahwin dengan Zarith Fahri. Apabila cinta mendatang, bahagia mengiringi. Datanglah Aisy Daliya untuk merosakkan kebahagian Astillah Soraya dan Zarith Fahri. Pelbagai cara yang dilakukan oleh A...