BAB 18

624 9 3
                                    

Kelihatan seorang doktor wanita sedang berjalan ke arah ku yang baru keluar dari ruang pembedahan. Perlahan-lahan dia tiba ke tempat duduk ku. 

'Maaf Encik Zarith kami sudah melakukan yang terbaik untuk Puan Soraya dan anak yang berada di dalam kandungannya.Kami terpaksa membedah Puan Soraya untuk menyelamatkan bayi anda berdua dan tahniah anda telah menjadi seorang ayah. Maaf kerana membuat anda risau tentang keadaan isteri dan anak Encik Zarith.Mereka berdua dalam keadaan yang baik. Disebabkan anak anda lahir dalam keadaan pramatur, dia akan dirawat secara khusus selama beberapa hari. Walaupun kecederaan Puan Soraya tidak terlalu parah, dia perlu tinggal di hospital untuk beberapa hari supaya dia dapat dirawat dan diperiksa dengan baik. Kita tak tahukan manalah tahu ada perkara yang tidak diingin berlaku akibat kemalangan itu.' ujar Doktor Aliyah.

  'Alhamdulillah,terima kasih doktor.Boleh saya mengazankan anak saya, doktor? Dan isteri saya sudah sedar ke doktor?'tanyaku. Perasaan gembira bercampur risau mengenai keadaan isteri dan anak ku. Kawan-kawan Soraya tiba ke hospital dalam keadaan tergesa-gesa. Mereka terus ke hospital setelah mengemas pakaian milik soraya dan mengemaskan rumah kami yang agak berantakan akibat majlis kejutan yang tak jadi kerana Soraya kemalangan. Kawan Zarith pula belum tiba ke hospital kerana menjemput kedua-dua orang tua ku dan Soraya.

'In sha allah isteri anda akan sedar dalam masa 2 jam. Mestilah boleh Encik Zarith anda ayahnya tetapi saya menyarankan anda untuk mengazankan anak anda setelah isteri anda sudah menyedarkan diri dan ahli keluarga yang lain sampai.' Mereka hanya mengangguk faham atas keterangan doktor itu. Setelah itu doktor Aliyah meminta diri untuk pergi kerana ada hal yang perlu dia selesaikan.

--

 Tidak lama kemudian kedua orang tua mereka tiba disusuli teman-teman Zarith. Wajah kerisauan terpancar diwajah kedua-dua orang tua ku.

'Beritahu daddy apa yang berlaku. Macam mana dengan keadaan Soraya. Cucu daddy? Cucu daddy macam mana? Zarith kata nak buat surprise untuk Soraya. Surprise apa ni? Kami yang tersurpise.' ujar Encik Azhar kesal bercampur sedih. Mommy yang berada disebelah daddy hanya diam seribu bahasa. Hanya air mata yang mengalir dipipinya. Aku pula. Haha, serba salah nak menerangkan bagaimana keadaan soraya sekarang. Aku sahaja masih shock.

'Encik Azhar bawa bersabar kita di hospital ni. Zarith pun masih dalam keadaan terkejut. Saya pun terkejut.' terang Encik Mustapha. Mama ku duduk di sebelah mommy Soraya. Mama cuba menenangkan mommy.

'Soraya selamat daddy,mommy,papa,mama. Kandungan Soraya pun selamat dah lahir dah pun. Tapi, Zarith tak tahu lelaki atau perempuan. Lagi dua jam kita boleh jenguk Soraya sebab dia dah sedar.' aku menerangkan keadaan Soraya.

'Abang Zarith! Aunty, uncle!' 

'Hekeleh minah ni datang pulak.' bisik Balqis sambil mengeflip hijab. Fadhil ,Aniq ,Mirza, Shafiq,Ecah dan Sarah serentak melihat 'minah' yang diperkatakan itu. Tak disangka dan tak di duga Aisy Daliya is coming guys. 

'Weyh Sarah macam mana minah terjungkit ni boleh tahu Soraya masuk hospital.' tanya Mirza. Bulu keningnya terangkat sedikit ala ala Ziana Zain. Mereka semua tu mana suka Aisy Daliya tu. Kecuali Aniq, dia kan calon ustaz tu selalu berfikiran baik je.

'Manalah aku tahu Mirza ui.' jawab Sarah.

'Ada yang tak beres ni.' sampuk Fadhil. Mereka bertujuh dengan serta merta duduk membentuk bulatan .

'Aku rasa Minah terjungkit ni yang buat kemalangan ni. Cuba kau selidiki kes Soraya ni Mirza.' terang Shafiq.

'Baik bos Shafiq.' jawabnya.

--

'Woi apa korang buat ni. Soraya dah sedar.' tegur Aisy Daliya. Hujung rambut yang berwarna merah kecoklatan itu di pintal menggunakan jari telunjuknya. Mukanya yang menunjukkan riak tidak suka di tayang.

'Ngumpat kau lah minat terjungkit.' bisik Balqis.

'Weyh. Hello aku dengar okay. Zarith tanya korang nak melawat perempuan tu ke tak. Ops! melawat Soraya maksud aku.' Aisy menjeling tajam Balqis.

' Ehh tajamnya mata kau. Nak aku cucuk kan. Maksud aku cucuk dadah dekat kau biar sedar diri sikit kau tu. Jangan marah ahh,melawak.' bidas Balqis. Aniq yang melihat mereka bertengkar terus memotong supaya hospital tu tidak menjadi gelanggang WWE.

'Ahh cakap dekat Zarith kami semua balik dulu sebab ada hal dan tak kanlah kami semua masuk, meriahlah wad tu. Minta maaf ehh esok kami melawat cakap dekat Zarith tau Aisy.' terang Aniq. Mereka semua bergerak dari tempat mereka duduk.'Mamak seberang jalan weyh bincang balik tadi.' bisik Mirza. 'Aku belanja.'sampuk Fadhil

'Terserah. Tak paksa pun. Tapi korang hati-hati okay risau jadi magsa seterusnya.Haha,silap hari bulan bukan masuk hospital tapi masuk dalam kubur okay. Jangan cari pasal dengan Aisy Daliya. Si Soraya ni nasib je, selamat dari kemalangan tapi belum selamat di tangan aku haha. Selagi kau tak mati Zarith tak kan jadi milik aku. Jadi kau harus mati.' omel Aisy Daliya sendiri.

'Aisy buat apa tu jom masuk dalam. Mana kawan-kawan abang?'ujar Zarith. Mati! apa yang mati. Ada yang tak betul ni.

'Entah bang tak ada pun. Dah lah biar mereka tu jom masuk. Kesian kak So.' dia memegang tangan Zarith lalu menariknya masuk. 

-------------------

Mata perlahan-lahan terbuka. Dari gelap menjadi cerah. Tubuh yang tadinya hanya diam diperbaringan kini mulai bergerak. Mata meliar ke kiri kanan itu melihat keadaan disekeliling. Ergh! Soraya cuba duduk. Tangan kanannya diletakkan diperut.

'Dekat mana ni?' tanya Soraya pada diri sendiri.'Kenapa perut aku agak rata? Bayi aku?' bisiknya didalam hati. Zarith yang berada disebelahnya menjawab.

'Cinta ada dekat hospital. Mom,daddy,mama,papa Soraya dah sedar.' Zarith terus memeluk Soraya yang masih lagi tidak faham tentang situasi yang sedang dia lalui. Yang bermain difikirannya hanyalah anaknya. Mana anak aku. Pintu wad VIP itu di ketuk.

'Assalamualaikum, ini dia anak perempuan Encik Zarith dan Puan Soraya. Maaf kami lambat sedikit dan anak Puan tidak apa apa. Itu sahaja yang ingin saya sampaikan, saya dan jururawat saya minta diri dulu ya.'ujar doktor wanita itu.

' Alhamdulillah,comelnya. So mirip kamu kecillah.' terang ayah Soraya. Bibir kecil milik bayi kecil itu, jari jemarinya yang halus, hidung macung miliknya saling tak tumpah seperti kedua ibu dan bapanya yang cantik dan tampan. Aisy Daliya yang duduk dihujung kamar hanya mendengar dan diam membatu. Dia di abaikan dan tidak di pedulikan. Didalam hatinya penuh dengan kata-kata dengki.

' Tak apa Soraya, harini hari kau esok hari aku. Anak aku lagi cantik dan lagi sihat dari bayi kau, yang penting dia anak Zarith. Hahaha. Kita tunggu dan lihat, seorang pelakon terkenal tanah air telah ditangkap basah disebuah hotel 5 bintang. Mesti meletup satu Malaysia.' bisiknya sendiri.

' Aisy cakap apa tu marilah sini tengok anak abang Zarith.' panggil Zarith.

------

1 tahun kemudian.

' Ayra Najihah, come here to mama. Sinilah asyik dengan papa je. Oh, sekarang kamu di pihak papa ya. Nanti bila kamu nak susu pandai-pandailah kamu dengan papa cari mama. ' ujar Soraya yang berada di sebelah orang yang dia sayangi dan cintai.

Dia sudah pulih sepenuhnya dari kemalangan yang menimpanya. Pelaku yang melanggar kereta Soraya sudah di tangkap di hukum mengikut undang-undang. Aisy Daliya buat masa sekarang dia hanya mendiamkan diri but expect the unexpected,dia tu gila sikit. Kawan-kawan aku semua kata yang kemalangan tu dia yang rancang tapi tiada bukti yang mengatakan dia terlibat sekali. Apa boleh buat minah tu licik sikit, bukan sikit banyak. Yang penting sekarang kita happy.


Astillah SorayaWhere stories live. Discover now