02 : Coklat

2.3K 343 93
                                    

"Chan!" aku lantas menghampiri Chan yang baru sahaja menuruni anak tangga. Chan memandang aku dengan salah satu keningnya diangkat ke atas. Hairan mungkin melihat perangai aku yang tidak biasa dilihat.

"Noona ni kenapa? Dari balik sekolah tadi perangai pelik semacam. Sakit ke?" dia menyoal sebelum mengatur langkahnya menuju ke pintu utama. Aku membuat muka di belakangnya. Sukahati dia je cakap yang aku ni sakit.

"Chan, balik nanti noona jemput Chan eh?" pinta aku sambil menarik beg galasnya. Chan mengeluh halus sebelum memegang kedua belah bahu aku dengan ekspresi yang sukar ditafsirkan dipasang pada wajahnya.

"Noona, apa yang noona nak sebenarnya? Sebelum ni, noona tak pernah nak datang jemput Chan. Mesti ada apa-apa kan?" dia menyoal sambil memandang aku dengan pandangan yang aku sendiri sukar untuk tafsirkan. Aku berdehem sebelum tersenyum manis.

"Salah ke kalau noona nak jemput adik sendiri?" soal aku. Tangan Chan yang berada pada bahu aku tadi diturunkan.

"Chan tak cakap pun salah tapi--"

"Dah jangan banyak soal. Cepat pergi nanti lambat padan muka." aku memotong percakapannya. Chan sekadar menggulingkan bebola mata sebelum menapak keluar dari rumah. Sempat juga dia melambai ke arah aku ketika melangkah keluar ke pintu pagar.

Setelah menutup semula pintu utama, aku pun menapak menuju ke ruang tamu. Aku melabuhkan punggungku pada sofa yang lembut itu lalu mencapai alat kawalan jauh untuk menonton televisyen.

Kebetulan drama kegemaran aku tengah dimainkan di kaca tv, aku pun mula melayan dengan penuh khusyuk. Namun bunyi deringan handphone aku yang terletak di atas meja kecil bersebelahan dengan sofa pula yang mengganggu.

Aku mencapai handphone tersebut dengan malas sebelum menjawab panggilan yang datangnya daripada Chaeyeon.

"Hey, Chae! Kau nak apa?"

"Eun-ah, esok aku nak pinjam nota sejarah kau boleh? Tadi aku tak sempat salin sampai habis." pintanya. Aku dapat rasakan dia tengah mencebik di hujung talian sekarang.

"Okey. Esok aku pinjamkan dekat kau. Kau kat rumah ke sekarang ni?"

"Ya, aku dah balik dari perjumpaan tu. Yah, kau tahu tak tadi Mingyu tiba-tiba nak hantarkan aku." dia memberitahu. Aku tergelak halus mendengarnya. Dia ni takkan tak tahu si Mingyu tu suka kat dia?

"Apa salahnya? Kau kan perempuan. Mestilah dia risaukan keselamatan kau."

"Memanglah tapi kan, dia ni peliklah. Asyik senyum je bila cakap dengan aku."

"Kau buta ke? Dia kan suka kat kau."

"Tapi aku tak ada perasaan macam tu kat dia!"

"Lama-kelamaan pun mesti ada punya. Lagipun kau dengan dia cun apa?"

"Apa-apa je lah. Aku nak buat homework ni. Bye!"

Cupcake || The8Where stories live. Discover now