08 : Strawberi

1.5K 223 53
                                    

Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Masih ada 30 minit sahaja lagi sebelum kelas bermula. Inilah kebaikannya bila rumah terletak berdekatan dengan sekolah. Hari ini, aku akan ke sekolah seorang diri memandangkan Chan bertekad nak jauhkan diri dari aku selama satu hari. Nak tahu sebabnya?

Semalam, aku lupa beli ramen dia hoho.

Lagipun bukannya aku sengaja tak belikan ramen dia cuma aku lupa. Yelah, semalam aku terlalu asyik melayan perasaan cemburu dan kecewa aku sampaikan ramen yang Chan pesan aku langsung tidak ingat. Kesian Chan.

"Haeun!" Chaeyeon yang entah dari mana muncul menepuk bahu aku dengan kuat membuatkan aku menoleh memandangnya yang kini sudah pun berdiri di sebelah aku sambil tersenyum penuh makna.

"Kau kenapa?" soal aku sambil salah satu kening aku dinaikkan ke atas. Chaeyeon tidak menjawab malah hanya menggerakkan sedikit kepalanya sebagai isyarat untuk aku memandang ke belakang. Aku yang mula hairan terus menoleh ke belakang.

Apa yang aku nampak ialah Xu Minghao dan Hoshi yang berada hanya beberapa meter sahaja dari kami tengah berjalan sambil berborak sakan.

"Rezeki di pagi hari." bisik Chaeyeon ke telinga aku sebelum tergelak halus. Dengan pantas aku memandang ke hadapan semula. Bayangan Minghao dan Nayeon yang tengah bergurau senda mula bermain di fikiran aku. Tak guna, kenapa aku teringatkan perkara tu pulak?

"Kenapa kau jalan makin cepat ni?" soal Chaeyeon sambil kakinya cuba untuk menyamakan kelajuan antara aku dan dia. Aku hanya buat tidak dengar dan meneruskan langkah aku ke hadapan secepat yang mungkin namun usaha aku gagal disebabkan satu suara mula memanggil nama aku.

"Haeun!"

ugh suara anak kwon.

"Yah, Hoshi panggil kau tu." bisik Chaeyeon kepada aku sambil menyiku lengan aku lembut. Pada mulanya ya, memang aku tak nak toleh pun tapi apakan daya, aku terpaksa menoleh disebabkan aku tidak mahu Hoshi asyik menjerit di belakang sana sambil memanggil aku seperti orang gila.

"Chan mana?" soal Hoshi sebaik sahaja aku menoleh.

"Dia tak ikut. Mungkin dia pergi dengan Jun kot." jawab aku senada. Mata aku beralih kepada Minghao yang tengah memandang aku. Setelah mata aku bertembung dengan mata miliknya selama tiga saat, akhirnya dia menghadiahkan aku satu senyuman. Hoho dia senyumlah!!

"Oh, okey." Hoshi pun mula mengatur langkahnya menuju ke pagar sekolah diikuti oleh Minghao di sisi. Sempat juga aku membalas senyuman Minghao tadi walaupun hanya untuk beberapa saat.

"Eee gatal." kata Chaeyeon lalu mencubit lengan aku dengan lembut sambil tersenyum nakal. Aku tersengih sendiri sebelum memaut bahunya pula. Tiba-tiba rasa gembira pula bila tengok senyuman Minghao tadi.

"Ala, aku gatal dengan dia sorang je." kata aku lalu tergelak sendiri. Chaeyeon pula sudah menggulingkan matanya ke atas sambil membuat riak wajah meluat. Sejujurnya, aku pun rasa meluat yang teramat dengan ayat aku tadi.

Perjalanan aku dan Chaeyeon menuju ke kelas itu hanya dipenuhi dengan isi perbualan yang kosong.

"Hari ini cupcake apa pulak?" soal Chaeyeon sebaik sahaja kami berjalan masuk ke kelas dan melabuhkan punggung di tempat duduk. Aku berdehem sebelum berbisik ke telinganya.

"Hari ni strawberi. Aku harap rasa strawberi ni dapat buatkan dia sentiasa ingat rasa air tangan aku ni." kata aku lalu tersenyum sendiri.

"Tabahlah, Haeun sayang. Minghao tengah sedap-sedap makan cupcake tapi dia langsung tak fikirkan kau sebab dia tak tahu siapa yang bagi cupcake tu. Yang dia tahu, cuma makan cupcake kau." kata Chaeyeon sebelum menggelengkan kepalanya lalu tergelak. Eleh nak ejek aku. Tunggulah bila aku buat kau jatuh hati dengan Mingyu nanti.

Cupcake || The8Where stories live. Discover now