( Minghao's pov )
"Pst. Ingat tak plan kita semalam?" Hoshi berbisik kepada aku dan Jun. Kami menganggukkan kepala sebagai jawapan. Memandangkan sekarang tiada guru yang masuk untuk mengajar, kami bertiga sibuk berbual mengenai rancangan yang telah dirancang malam tadi di group chat kami.
"Pastikan dia tak syak apa-apa." tambah Hoshi lagi sambil tergelak sinis. Aku dan Jun bertukar pandangan sebelum kami tergelak seperti Hoshi.
"Kalau dia merajuk nanti macam mana?" soal Jun sambil merenung aku dan Hoshi bergilir. Hoshi menggigit hujung pennya sebelum berdecit halus. Pen yang digigitnya tadi diletakkan di atas meja.
"Ala, pandai-pandailah kita pujuk dia nanti. Lagipun, niat kita kan baik jadi aku yakin yang Chan takkan merajuk lama." kata Hoshi sambil mengangguk mengia-iakan kata-katanya. Yakin betul rancangan dia akan berjaya.
Aku memandang kotak yang terletak di meja aku. Di dalam itu terdapat hadiah yang aku sediakan khas untuk Chan sempena hari jadinya. Ya, hari ini hari jadi Lee Chan dan kami bertiga sudah sediakan satu rancangan yang semestinya akan membuatkan Chan semakin sayangkan kami hahaha.
"Aku rasa, mesti Chan akan menangis sebab terharu sangat nanti." kata Jun sebelum tergelak mengekek bersama Hoshi. Aku sekadar menggelengkan kepala aku. Kebanyakan idea untuk rancangan ni datang dari Hoshi dan Jun sebenarnya. Aku cuma tambah sikit-sikit je.
"Sebab tu aku dah belikan tisu poket ni khas untuk dia." kata Hoshi lalu mengeluarkan tisu poket yang baru dibelinya di kedai berdekatan semalam kepada kami. Aku tergelak melihat terdapat satu sticker berbentuk hati dilekatkan di atas paket tisu tersebut. Sayang betul Hoshi dengan Chan ni.
"Okey, kita buat pada waktu rehat nanti." kata aku dan kedua-duanya terus menganggukkan kepala dengan teruja. Tisu poket tadi Hoshi letakkan semula ke dalam poket blazernya.
"Korang dah sediakan hadiah, kan?" soal Hoshi sambil memandang wajah aku dan Jun bergilir. Jun mengeluarkan sebuah kotak kecil dari poketnya dan ditunjukkan kepada kami.
"Pen MJ limited edition." beritahu Jun ringkas sambil tersenyum bangga. Aku dan Hoshi memandang kotak di tangannya dengan mata yang terbeliak. Mesti mahal benda ni.
"Dari mana kau dapat pen tu?" soal Hoshi dalam nada berbisik. Dia seakan tidak menyangka Jun akan memberikan pen tersebut kepada Chan. Jun menyimpan kotak tersebut ke dalam poket blazernya semula sebelum bersuara.
"Yang tu rahsia. Ada lah caranya." jawab Jun membuatkan aku dan Hoshi bertukar pandangan. Nak berahsia pulak budak ni haih.
"Kau pulak?" Hoshi menyoal aku sambil menongkat dagu, menanti jawapan. Aku pun mengeluarkan kotak yang bersaiz sederhana besar tadi kepada mereka. Di dalam kotak tersebut terdapat enam cupcake semuanya.
"Aku ada buatkan cupcake yang istimewa untuk dia. Resepi baru ni khas untuk Chan seorang je tau." beritahu aku. Kotak tersebut aku letakan ke dalam meja semula sebelum Hoshi pula bersuara.
"Wow, daebak. Aku belikan headphone keluaran terkini untuk dia. Bulan lepas dia pernah beritahu aku yang dia nak sangat headphone tu jadi aku pun kumpulkan duit dan yeah, aku berjaya beli headphone tu."
Dan kami pun mula rancak berbual dan membayangkan agaknya macam manalah reaksi Chan nanti hahaha. Aku pasti, Chan akan gembira dengan kejutan kami ni. Harap-harap macam tu lah.
--
Sebaik sahaja loceng waktu rehat berbunyi, kami bertiga bergegas keluar dari kelas untuk ke kantin. Masing-masing sudah tersenyum penuh makna memikirkan rancangan yang bakal dijayakan selepas ini.
"Okey, aku pergi jumpa Chan."
Aku pun mengatur langkah aku menuju ke kelas Chan manakala Jun dan Hoshi pula mula menjalankan tugas mereka untuk membeli makanan kami bertiga di kantin. Makanan untuk Chan kami sengaja tak belikan.
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Teen Fictionㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016