"Oi, kau pergi mana tadi hah?" soal Chaeyeon sebaik sahaja aku meluru masuk ke kelas dan melabuhkan punggungku di tempat duduk. Termengah-mengah aku jadinya disebabkan nak selamatkan diri dari kes di perpustakaan tadi.
"Kau tahu tak, tadi kan aku pergi library sebab aku nak cari buku rujukan sejarah lepas tu tiba-tiba Minghao muncul dan ambil buku tu." kata aku pantas. Chaeyeon mengerutkan dahinya sebelum mengangguk faham.
"Dan kau jugak satu, Chae. Kenapa hilangkan barang Jihoon?" soal aku apabila teringatkan amaran Jihoon tadi. Serius, Lee Jihoon nampak comel bila senyum tapi menyeramkan bila tengah marah.
"Aku tak hilangkan, okey? Aku letak kat tempat asal lah. Manalah aku tahu pemetik gitar kesayangan dia tu boleh hilang." jawab Chaeyeon sambil menjungkitkan bahunya seperti tidak kisah. Haih, dia ni.
"Oh, lupa pulak. Aku nak beri sesuatu." aku menarik lengan Chaeyeon ke sisi aku supaya dia berada lebih dekat dengan aku. Chaeyeon yang mula mengerutkan dahinya hanya menurut.
"Beri apa--"
Ppap!
"Yah! Kenapa pukul aku?" lengannya digosok berulang kali. Sakit agaknya. Aku tersenyum puas sambil menaik-naikkan bulu kening aku ke atas secara berirama. Chaeyeon pula sudah menjeling aku tajam.
"Itu dari Seungkwan. Nak marah, marahkan dia okey?" jawab aku acuh tak acuh. Sempat juga aku melihat Chaeyeon menggulingkan bebola matanya sambil mulutnya terkumat-kamit mengata Seungkwan.
"Chae, balik nanti temankan aku tau." kata aku sambil menepuk-nepuk lembut bahu milik Chaeyeon. Chaeyeon yang baru sahaja selesai mengata Seungkwan dalam diam tadi memandang aku dengan salah satu kening diangkat ke atas.
"Pergi mana?" soalnya. Aku tersenyum lebar sambil merehatkan kedua tapak tangan aku pada dagu.
"Aku nak pergi mendaftar kat kelas pastri tu."
Mata Chaeyeon membulat seketika ditambah lagi dengan mulutnya yang hampir ternganga luas. Dia menggeleng perlahan sambil menekup mulutnya.
"Janganlah terkejut sangat." kata aku, menggulingkan bebola mata melihat ekspresi terkejutnya yang berlebihan itu. Dia tersengih halus sebelum menyiku lengan aku.
"Kau serius? Aku tahulah kau suka Minghao tapi takkanlah sampai nak ekori dia ke situ sekali?" kata Chaeyeon yang sudah tersenyum senget di sisi aku. Aku mengeluh halus sebelum memulakan bicara.
"Aku pun teringin jugak nak buat cupcake sendiri. Kalau kau nak tahu, masa aku masih umur lapan tahun dulu aku pernah bercita-cita nak jadi chef pastri dan buat cupcake sendiri. Tapi aku pun tak tahulah sejak bila impian tu padam dengan sendiri." terang aku panjang lebar namun Chaeyeon hanya membalasnya dengan tawa kecil sebelum bersuara.
"Eleh. Yelah tu."
Inilah kawan, kan?
"Kau tak nak percaya sudah. Temankan aku tau?"
"Okey, bos!" dia menunjukkan kedua-dua ibu jarinya ke arah aku. Dalam bab macam ni dia masih boleh setuju lagi tapi kalau bab lain, susah nak cakap.
---
Sebaik sahaja loceng waktu balik dibunyikan, aku dan Chaeyeon pun berjalan keluar dari kelas dan tujuan kami sekarang adalah untuk ke kelas pastri itu.
"Haeun, kau nak pergi mana berebut sangat nak keluar dari kelas dengan si Chaeyeon ni?" soal Hoshi yang kebetulan baru sahaja berjalan keluar dari kelasnya bersama Jun. Jun yang ketika itu tengah memandang aku sekadar tersenyum.
"Jangan nak sibuk sangatlah, muka tupai. Ini hal kitorang." jawab Chaeyeon bagi pihak aku. Mulut dia ni memang laser sikit. Hoshi yang sudah pun membesarkan matanya di situ terus ditarik oleh Jun.
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Teen Fictionㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016