"Haeun, awak ambil bahagian tak untuk pesta musim bunga kat sekolah minggu depan?" Minghao menyoal aku sambil memandang aku dengan matanya yang bersinar itu. Aku menjongketkan bahu aku perlahan sebelum tersengih sendiri.
"Belum tahu lagi tapi Chae suruh saya ikut. Dia suruh saya jual cupcake untuk pesta tu nanti." jawab aku sambil tangan aku bermain dengan tali beg sandang aku. Aku memang nak ikut cuma aku tak yakin aku dapat jual cupcake aku kepada orang lain.
"Wow. Saya pun jual cupcake jugak." kata-kata Minghao itu membuatkan bibir aku tersenyum lebar dalam sekelip mata. Aku pun memandang Minghao yang berada di sebelah aku dengan teruja.
"Jinjja? Awak pun nak jual cupcake?" soal aku meminta kepastian. Yelah, manalah tahu tadi aku tersalah dengar. Melihat Minghao yang mengangguk sebagai jawapan itu membuatkan aku rasa gembira tak terhingga.
"Apa kata kita jual di kedai yang sama? Lagipun saya ada persembahan untuk pesta tu nanti jadi awak dan Chaeyeon boleh tolong jagakan cupcake saya sekali." tambah Minghao sambil jarinya mengusap perlahan dagunya. Tanpa berfikir panjang, aku terus mengangguk. Syok punya pasal.
"Boleh! Saya tak kisah pun." aku tergelak suka walaupun hakikatnya aku nak menjerit sekarang ni. Semua ni macam mimpi tapi tak sangka pula ini semua realiti hoho. Minghao tersenyum puas mendengar jawapan aku.
Sebaik sahaja aku dan Minghao tiba di kelas tersebut, kelihatan Minhyuk tengah sibuk memukul telur di dalam mangkuk yang dipegang olehnya. Aku akui, dia nampak comel hahaha tapi Minghao lebih comellah.
"Minhyuk, tengah buat apa?" soal aku setelah aku melabuhkan punggung aku di tempat aku. Minghao pula berjalan menuju ke tempat duduknya yang terletak di hadapan aku sebelum mencapai apron yang tergantung di belakang kelas.
"Aku tengah pukul telurlah. Itu pun tak tahu." jawabnya acuh tak acuh sebelum berjalan menuju ke arah Kihyun yang tengah sibuk membaca buku resepi di meja yang terletak bersebelahan dengan meja aku. Aku mengetap bibir sebelum menjelingnya tajam.
Menyesal pulak aku pergi tanya tadi.
"Dia tengah cipta resepi baru." jawab Kihyun sebelum menoleh memandang aku sekilas. Minhyuk yang tengah berdiri di sebelahnya sekadar tergelak mengekek.
"Dia memang sekali seminggu cuba cipta resepi baru." tambah Minghao yang baru sahaja selesai menyarungkan apron di tubuhnya. Aku sekadar mengangguk perlahan sebelum mengambil apron milik aku pula.
"Aku kan bakal chef pastri, mestilah aku kena cipta resepi sendiri." katanya sambil tersenyum menayangkan giginya yang putih berseri itu. Jenama ubat gigi apa agaknya yang dia pakai? Putih betul gigi.
"Tapi setakat ni cuma satu resepi je yang berjaya." Mina yang baru sahaja berjalan masuk menyampuk membuatkan Minhyuk menjelingnya tajam.
"Selamat pagi!" ketika itu juga Nayeon muncul. Minhyuk yang sibuk memukul telur pantas melabuhkan punggungnya di kerusi dan meletakkan mangkuknya di atas meja.
"Minhyuk, awak tengah cipta resepi sendiri ke hari ni?" soal Nayeon setelah matanya terpandang mangkuk yang terletak di atas meja Minhyuk itu. Minhyuk sekadar tersengih sambil menggaru belakang tengkuknya. Aku yang memandang ni sekadar tergelak halus begitu juga dengan yang lain.
"Apa kata hari ni, korang cuba buat resepi sendiri macam Minhyuk?" cadang Nayeon sambil tersenyum suka di hadapan kami. Masing-masing mula bertukar pandangan setelah mendengar kata-kata Nayeon itu.
"Serius, Nayeon? Cipta resepi sendiri?" Mina yang duduk bersebelahan aku menyoal meminta kepastian. Nayeon mengangguk pantas kepalanya sambil tersenyum manis sebagai jawapan.
"Okey, korang boleh mulakan sekarang." kata Nayeon sambil menepuk tangannya, teruja tapi tak dapat mengalahkan keterujaan aku apabila aku berada di sisi Minghao hahaha.
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Teen Fictionㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016