"Chae, aku nervous." tangan aku dari tadi asyik bermain dengan tali beg sandang yang ada pada bahu. Chaeyeon yang tadi fokus menghadap skrin handphone mula memandang aku dengan dahi yang berkerut.
"Kenapa kau nervous?" soalnya hairan. Aku menggulingkan bebola mata aku lalu berdecit. Bahunya aku tolak perlahan.
"Hari ni kan hari pertama aku belajar buat cupcake. Aku takut aku tak dapat nak ikut rentak diorang nanti."
"Kau ni. Ingat kelas cupcake ni macam menari ke sampai nak ikut rentak bagai? Macamlah aku tak tahu kau tu nervous sebab kat situ nanti ada Minghao." selamba badak sahaja Chaeyeon berkata sebelum tersenyum nakal. Nama Minghao sengaja ditekan.
"Yah! Aku sumbat mulut kau dengan kasut baru tau." kata aku berbaur ugutan sambil mata aku merenungnya tajam namun hanya dibalas dengan tawa halusnya. Aku mengeluh berat lalu meraup kasar wajah aku. Aku tak boleh nervous!
"Chae, wish me luck."
"Okey, good luck tau. Jangan malukan diri kau kat depan Minghao." sekali lagi nama Minghao sengaja ditekankan membuatkan aku menjeling Chaeyeon tajam. Nasib baik aku ada mood hari ni kalau tak, memang dah lama aku sumbat kasut dalam mulut dia tu.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembus perlahan melalui mulut. Inilah salah satu tips yang aku ingin kongsikan untuk menenangkan diri dalam apa jua keadaan hahaha.
"Okey, Haeun. Fighting." gumam aku sendiri sambil kedua-dua tangan aku digenggam membentuk penumbuk. Inilah harinya. Hari yang aku nantikan sejak semalam lagi.
Kaki aku melangkah ke arah kelas pastri yang kini hanya terletak beberapa meter di hadapan. Sambil menyanyi kecil, aku menapak menghampiri pintu masuk dengan wajah yang tenang tidak lupa senyuman manis dipasang elok di bibir.
Tanpa berlengah, aku pun berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut. Sebaik sahaja loceng yang tergantung di atas pintu itu berbunyi, Nayeon pun muncul bersama sedulang cupcake yang sudah dihias cantik di tangannya.
"Haeun, awak rupanya. Awalnya awak sampai? Saya baru je habis hias cupcake ni." beritahu Nayeon sambil meletakkan dulang tadi di atas sebuah meja kecil yang terletak berhampiran pintu. Aku tersengih sendiri.
"Inikan hari pertama saya jadi saya mestilah datang awal." kata aku. Nayeon tergelak halus sebelum mencapai sebuah kotak bersaiz besar dari kabinet.
"Awak boleh duduk dulu sambil tunggu yang lain. Saya rasa tak lama lagi mereka akan sampai." beritahu Nayeon. Aku mengangguk tanda faham. Melihat Nayeon yang tekun melakukan kerja, aku pun menghampirinya.
"Cupcake tu untuk apa?" soal aku ingin tahu.
"Ah, cupcake ni untuk dijual. Kalau awak nak tahu, tempat ni bukan cuma untuk belajar buat pastri je. Awak boleh beli atau tempah pastri yang awak nak kat sini. Buat masa sekarang, cupcake lah yang paling popular." terang Nayeon panjang lebar sambil tangannya sibuk menyusun cupcake tadi ke dalam sebuah kotak.
Tengah leka aku memerhatikan cupcake yang disusun kemas di dalam kotak tersebut, loceng pintu masuk berbunyi sekali lagi menandakan ada orang datang. Serentak aku dan Nayeon menoleh ke arah pintu.
"Eo, hai Minghao." Nayeon menyapa terlebih dahulu. Bibir aku terus tersenyum lebar tatkala Minghao mula mengatur langkahnya ke arah kami.
"Hai, Nayeon. Haeun, dah lama sampai?" soal Minghao dengan senyuman yang manis pada bibirnya. Aku mengangguk perlahan dan hampir tersengih sumbing di hadapan Minghao. Nasib baik dapat control.
"Awak kenal dia ke?" soal Nayeon sambil memandang aku dan Minghao bergilir dengan mata yang berkedip. Aku dan Minghao serentak mengangguk lalu tergelak halus.
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Teen Fictionㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016