Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Langit biru yang luas terbentang di luar tingkap kelas aku renung seketika. Hanya dengan melihat langit ini sahaja aku dapat lupakan apa yang baru sahaja berlaku kepada aku tadi.
"Oi. Termenung jauh nampak." bahu aku ditepuk kuat oleh Chaeyeon yang baru sahaja selesai menukar pakaiannya. Sepanjang kelas PE tadi, aku memang asyik termenung dan tak fokus dengan apa yang dibebelkan oleh cikgu.
"Kau masih marah ke sebab aku tak tunggu kau tadi? Ala, sorrylah. Aku ingat kau terus pergi padang tadi." kata Chaeyeon sambil meletakkan kedua tapak tangannya bersama tanda minta maaf. Aku sekadar memandangnya sekilas sebelum melepaskan satu keluhan halus.
"Bukan pasal tu, Chae. Ini pasal nyawa aku." gumam aku perlahan namun cukup jelas untuk didengari oleh Chaeyeon. Mata Chaeyeon membulat sebelum tangannya menggoncang kedua-dua bahu aku dengan kuat.
"Nyawa kau?! Kenapa?! Kau ada penyakit kronik ke, Haeun?! Apa yang kau tengah sorokkan dari aku ni?!" tangan Chaeyeon yang sudah pun menggoncang bahu aku tanpa henti dan suaranya yang sedikit kuat itu membuatkan beberapa orang pelajar yang berada di kelas mula memandang pelik ke arah kami.
"Penyakit kronik?!" Sunyoul yang duduk di belakang aku tiba-tiba menyampuk sambil tangannya menekup mulut seperti terkejut. Wooshin yang duduk di sebelahnya pula sudah pun membulatkan mata.
"Aku masih sihat okey? Chaeyeon ni saja nak buat kecoh." kata aku sebelum menjeling tajam ke arah Sunyoul yang masih lagi menayangkan ekspresi wajah terkejut beruknya. Chaeyeon yang berada di sebelah aku pula sudah pun tersengih.
"Aku terkejut do bila kau cakap pasal nyawa sebab tu semua benda yang muncul dalam kepala otak aku tadi terkeluar dari mulut." ujarnya sebelum mengedipkan matanya. Nak sangat aku cucuk mata dia dengan pen atas meja ni.
"But seriously, apa yang kau tengah menungkan dari tadi?" soal Chaeyeon lagi sambil menongkat dagunya dengan tangan. Wajah aku direnung untuk menunggu jawapan. Aku sekadar mengeluh halus sebelum menekup wajah aku dengan tangan.
"Balik nanti aku cerita kat kau." kata aku. Chaeyeon sekadar mengangguk faham tanpa menyoal banyak. Agaknya dia fahamlah yang aku tengah serabut sekarang ni. Semuanya disebabkan ugutan Mingyu. Walaupun ugutan itu tidak berapa menakutkan, tapi aku tetap risau.
Kenapa dia sanggup ugut aku?! Huhu tak guna betul. Menyesal aku suruh dia ambil buku teks kat dalam desk aku tadi kalau tak, semuanya takkan jadi macam ni.
---
Loceng waktu balik akhirnya berbunyi. Setelah mengemas beg masing-masing, aku dan Chaeyeon pun melangkah keluar dari kelas tersebut. Chaeyeon memaut mesra bahu aku.
"Eun, kau tak bagi cupcake yang kau bawa tadi kat Minghao ke?" soal Chaeyeon ingin tahu. Kali ini aku melepaskan satu keluhan yang berat.
"Aku dah bagi." jawab aku senada. Dahi Chaeyeon berkerut seribu mendengar jawapan aku itu. Sambil kaki kami melangkah menuju ke pagar sekolah, Chaeyeon menyoal aku lagi seolah-olah tidak puas hati dengan jawapan tersebut.
"Bila masa pulak kau--"
"Mingyu yang tolong."
Chaeyeon kelihatan agak terkejut mendengar apa yang baru sahaja aku katakan. Mulutnya sudah pun ternganga luas sampaikan boleh memuatkan buku lima aku ni. Perlahan-lahan tangan kanannya menekup mulut.
"Mingyu? Kim Mingyu?" soalnya meminta kepastian. Aku memuncungkan mulut sedikit sebelum menganggukkan kepala aku perlahan. Tangan Chaeyeon yang memaut bahu aku tadi kini beralih pada lengan aku. Lengan aku dipeluknya erat.
"Macam mana dia--maksud aku, dia kan tak tahu tapi macam mana--"
"Dia dah tahu sebab dia nampak nama Minghao kat kotak tu." jawab aku sebelum meraup wajah aku. Bila teringatkan Mingyu ambil kotak tadi dan sebut nama Minghao yang aku tulis dengan penuh kasih sayang itu, aku rasa nak terjun dalam Sungai Han pula. Malu punya pasal.
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Teen Fictionㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016