06 : Manis

1.7K 242 92
                                    

Aku dan Chaeyeon menghayunkan kaki menuju ke kantin sebaik sahaja loceng waktu rehat dibunyikan. Chaeyeon memaut bahu aku mesra sambil mulutnya membebel tentang Mingyu tanpa henti.

Kebelakangan ni Mingyu memang suka senyum dan kenyit mata kat Chaeyeon. Entah apa yang buat dia jadi berani tapi aku bangga sebab dia berusaha nak mengorat si Chaeyeon. Cuma kawan baik aku ni yang jual mahal sikit.

"Oh ya. Macam mana dengan cupcake semalam? Kau berjaya bagi kat dia kan?" dia menyoal setelah puas membebel. Aku mempamerkan senyuman bangga sambil menaik-naikkan kening aku ke atas.

"Ini Lee Haeun lah. Mestilah aku berjaya kalau tak, takkanlah aku tersenyum sekarang ni kan?" jawab aku. Chaeyeon menepuk-nepuk bahu aku sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Sebagai kawan baik, aku bangga dengan pencapaian kau. Tak sia-sia kau jadi kawan aku." giliran Chaeyeon tersenyum bangga. Tergelak kecil aku dibuatnya.

Aku dan Chaeyeon mengatur langkah memasuki ruang makan di kantin setelah mengambil dulang makanan. Masing-masing mula memerhatikan kawasan sekeliling untuk mencari tempat kosong sehinggalah pandangan aku jatuh pada satu tempat yang terletak bersebelahan dengan meja Mingyu dan kawan-kawan.

"Belakang sana ada tempat kosong tapi sebelah tu ada Mingyu." beritahu aku. Senyuman menyakat aku pamerkan. Chaeyeon melepaskan keluhan halus sebelum menggulingkan matanya ke atas.

"Kalau cuma tempat tu je yang ada, nak buat macam mana." Chaeyeon mula mengatur langkahnya dengan malas menuju ke tempat tersebut diikuti oleh aku di sisi.

"Haeun-ah."

Langkah aku terhenti apabila aku terdengar suara seseorang tengah memanggil nama aku. Aku menoleh ke kiri namun tiada sesiapa pun yang tengah memandang apatah lagi memanggil aku. Aku menoleh ke kanan pula dan ternampak Hoshi tengah melambai-lambai tangannya ke arah aku.

"Sini lah!" dia memanggil. Aku dan Chaeyeon bertukar pandangan. Tidak pasti sama ada kami perlu ke sana atau tidak memandangkan hanya kami berdua sahaja perempuan jika kami duduk di meja tersebut.

"Pergi je lah. Minghao kan ada." Chaeyeon menjuihkan bibirnya sedikit ke hadapan. Aku memandang ke arah Hoshi dan kawan-kawannya semula. Bibir aku automatik tersenyum apabila aku ternampak Minghao tengah menikmati makanannya di sebelah Jun.

Aku dan Chaeyeon pun melangkah menghampiri meja tersebut. Aku terpaksa duduk berhadapan dengan Jun memandangkan Chaeyeon dengan selamba badaknya melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di hadapan Minghao. Aku dah target nak duduk situ tadi ish!!

"Kau ni memang sengaja kan." bisikku geram. Chaeyeon yang berada di sebelah aku sekadar tersengih sebelum menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulutnya. Sabar je lah.

"Oh ya. Chan mana?" soal aku kepada Jun setelah menyedari bahawa Chan tiada bersama mereka. Walaupun aku tahu Jun ada hati dengan aku, aku tak pernah pun rasa kekok bila berborak dengan dia. Syukurlah, dia pun tidak begitu obses dengan aku hahahaha.

"Dia kata dia ada hal yang perlu diuruskan sebab tu dia tak ada kat sini." jawab Jun sebelum menyuapkan seketul kimbab ke dalam mulutnya. Aku mengangguk tanda faham. Mata aku beralih pula ke arah Minghao yang tengah mengunyah makanannya.

Dia tengah makan pun nampak comel.

Baru sahaja aku hendak menyuapkan makanan ke dalam mulut, Hoshi tiba-tiba menepuk kuat meja kami membuatkan semua pelajar yang tengah menikmati makanan tersentak. Hampir semua mata kini memandang ke meja kami.

"Kau ni kenapa?" bisik Chaeyeon sambil matanya merenung tajam mata 10:10 milik Hoshi itu. Hoshi tersengih sebelum menundukkan kepalanya kepada pelajar-pelajar tadi tanda maaf. Jun dan Minghao sekadar menggelengkan kepala melihat karenah Hoshi.

Cupcake || The8Where stories live. Discover now