"Nak pergi mana?" Chan menyoal sebaik sahaja dia melihat aku yang tengah sibuk mengikat tali kasut. Aku memandangnya sekilas sebelum meneruskan tugas mengikat tali kasut aku tadi.
"Kelas pastri, belajar buat cupcake." jawab aku acuh tak acuh. Setelah mengemaskan ikatan, aku pun mengatur langkah menuju ke pintu. Langkah aku terhenti apabila Chan tiba-tiba sahaja menarik lengan aku."Kenapa?" soal aku. Chan melepaskan lengan aku lalu tersenyum sumbing. Dia mengeluarkan beberapa helai wang kertas dari poket sebelum wang tersebut dihulurkan kepada aku. Aku memandang wang tersebut dengan salah satu kening diangkat ke atas sebelum memandang wajah Chan semula.
"Nanti tolong belikan ramen banyak-banyak tau. Ramen dalam kabinet tu dah habis." kata Chan lalu memuncungkan mulutnya atau lebih kepada menunjukkan wajah minta simpatinya di hadapan aku. Perlu ke buat muka comel macam tu? Nasib baik dia adik aku.
"Okey, nanti noona beli." jawab aku lalu mengambil wang kertas yang dihulurkan.
"Kelas cupcake yang noona ikut tu percuma ke?" Chan tiba-tiba sahaja menyoal. Aku mengangguk tanda mengia. Pelik, kan? Aku pun terkejut jugak bila dapat tahu yang kelas tu percuma. Patutlah Minghao kata tempat tu bagus.
"Hm, Chan pernah terfikir." Chan mula merenung aku sambil bibirnya tersenyum senget. Jarinya diletakkan di bawah dagu sambil kepalanya dianggukkan perlahan. Okey, dah kenapa?
"Terfikir apa?" aku menyoal.
"Noona sekarang dah mula belajar cupcake. Minghao hyung pun selalu dapat cupcake. Tak mustahil kalau.." Chan menghentikan kata-katanya lalu memandang aku dengan pandangan yang mempunyai maksud tersendiri. Kedua-dua keningnya sudah diangkat ke atas secara berirama.
"Jadi sekarang ni Chan nak tuduh noona yang bagi dia cupcake tu? Macam tu?" teka aku. Walaupun aku tengah memandang Chan dengan wajah yang tenang namun hakikatnya aku memang nak sangat larikan diri sekarang sebelum Chan mengajukan lebih banyak soalan.
"Chan cuma cakap je. Lagipun noona kan dah ada Wen Junhui." Chan mula ketawa mengekek di hadapan aku. Serta-merta aku menggulingkan mata aku ke atas. Macamlah lawak sangat. Entah kenapa dia ni suka sangat nak satukan aku dengan Jun tu.
"Chi. Noona pergi dulu ya. Kalau nak keluar rumah nanti jangan lupa kunci pintu." beritahu aku. Chan mengangguk kepalanya tanda faham sebelum menepuk bahu aku pula.
"Noona pun jangan lupa beli ramen." katanya lalu tergelak halus sebelum berjalan ke ruang tamu semula. Ingat aku nyanyuk ke. Tanpa berlengah, aku pun melangkah keluar dari rumah.
Aku memandang ke arah langit yang tadinya cerah kini kian gelap. Barangkali hari nak hujan. Nasib baik aku ada bawa payung lipat. Jadilah macam Haeun yang sentiasa sediakan payung sebelum hujan, ya?
Aku selalu tengok dalam drama, waktu macam ni selalunya heroin akan terserempak dengan hero dalam perjalanan dan bermulalah drama cliche di situ hahaha. Kalau bertembung dengan Minghao ni, memang jodoh--
"Oi, Haeun!" bercakap pasal terserempak, orang yang aku harapkan bukanlah Minghao. Harapan aku untuk terserempak dengan Minghao tadi hancur berkecai apabila aku ditakdirkan untuk terserempak pula dengan Mingyu dan Hoshi. Oh, indah sungguh hari ini.
"Perempuan ni dah gila agaknya senyum sorang-sorang." kata Mingyu sambil kepalanya digelengkan ketika memandang aku. Hoshi yang berada di sisinya pula sekadar mengangguk setuju. Tak guna.
"Aku tahu. Kau mesti nak pergi date dengan Jun, kan?" Hoshi mula tersenyum nakal sambil menaik-naikkan keningnya ke atas. Ini lagi sorang suka sangat nak satukan aku dengan Jun. Memang sah dia ni lah yang mempengaruhi fikiran Chan. Kesian adik aku huhuhu.
"Kalau aku nak date dengan dia pun, apa masalahnya dengan kau?" jawab aku selamba lalu menyilangkan tangan di dada. Di pagi yang indah ni pun budak berdua ni nak cari gaduh dengan aku haih.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cupcake || The8
Ficção Adolescenteㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016