12 : Soalan

1.4K 216 60
                                    

Aku menoleh ke kiri dan kananku sambil kaki aku mengatur langkah menuju ke arah Chaeyeon yang tengah duduk di sebuah meja yang terletak di sudut perpustakaan tersebut.

"Chae-ah!" aku menjerit kecil sebelum melabuhkan punggung aku di kerusi kosong yang terletak di sebelahnya. Chaeyeon yang ketika itu tengah khusyuk membuat ulangkaji mengangkat wajahnya untuk memandang aku.

"Kenapa kau lambat sangat? Aku dah 10 minit tunggu kat sini tau!" kata Chaeyeon sambil menjeling aku tajam. Aku mengeluh halus sebelum menyembamkan wajah aku pada permukaan meja.

"Yah! Kau pergi ke mana tadi hah? Kau pergi makan tanpa aku kan? Sebab tu kau sengaja suruh aku pergi ke sini dulu tadi kan?" soal Chaeyeon sambil mengetuk kepala aku menggunakan pen yang dipegangnya. Kepala aku yang diketuk dengan pen tadi aku gosok perlahan.

"Yah. Aku kan dah janji dengan kau nak belajar kat perpustakaan pada waktu rehat ni, takkanlah aku nak pergi makan pulak." tegas aku setelah mengangkat wajah aku untuk memandangnya. Penat-penat aku lari ke sini, terus kena bebel dengan kawan baik sendiri haih.

"Habis tu, kenapa lama sangat?" soalnya tidak puas hati. Tiba-tiba aku rasa nak lempang dia dengan kamus pula sekarang ni.

"Tadi aku memang dah nak sampai tapi tiba-tiba aku patah balik sebab nak ambil kotak cupcake aku--"

"Kau bawa cupcake tu masuk ke sini?!" soal Chaeyeon lalu menekup mulutnya dengan tangan. Aku pantas meletakkan jari telunjuk pada bibirku dengan panik. Kenapalah suara dia ni kuat sangat?

"Shh! Nanti Jisoo sunbae dengar." kata aku lalu menoleh sekilas ke arah Jisoo, ketua pengawas perpustakaan yang tengah duduk di kaunter peminjaman bersama rakan setugasnya, Jeonghan.

"Kenapa kau bawa cupcake masuk ke perpustakaan ni? Lapar sangat ke kau sampai cupcake yang kau nak beri kat Minghao pun kau nak kebas?" Chaeyeon memandang aku dengan wajah kesal sambil menggelengkan kepalanya bagai ibu yang kecewa akan anaknya. Aku mendengus sebelum bersuara.

"Bukan macam tu lah. Ingat tak tentang aku kantoi dengan Mingyu dan Hansol tu? Aku tak nak benda yang sama berlaku lagi. Kalau ada budak lain yang nampak cupcake ni, terbongkarlah rahsia aku." ujar aku. Cuba bayangkan kalau Seungkwan yang nampak cupcake tu, aku pula yang menjadi gossip terhangat kat sekolah nanti.

"Tapi tadi kan, rahsia aku memang hampir-hampir nak terbongkar." aku pun memulakan kisahku yang sadis itu. Chaeyeon mendekatkan dirinya ke arah aku untuk mendengar. Benda macam ni memang dia nombor satu.

"Kenapa? Apa yang berlaku?" soalnya ingin tahu. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan untuk memastikan tiada sesiapa yang aku kenali berada berdekatan sebelum membisikkan sesuatu ke telinga Chaeyeon.

"Dalam perjalanan aku ke sini tadi, aku terlanggar Minghao dan kau nak tahu tak, dia dah nampak kotak cupcake ni!" kata aku separuh menjerit. Chaeyeon menekup mulutnya yang ternganga itu dengan tangan, matanya pula sudah membulat memandang aku.

"Jinjjayo? Dia nampak?!" dia menyoal dengan matanya yang masih terbeliak itu. Aku mengangguk perlahan sebelum mengeluh berat.

"Aku pun tak tahu apa nak buat. Kotak tu jatuh kat depan mata dia dan dia sempat ambil kotak tu tadi dan aku rasa dia mungkin nampak nama dia dan--"

"Kalau nak berborak pun, jangan bising sangat." aku terus terdiam sebaik sahaja bahu aku terasa ditepuk dengan lembut oleh seseorang dari belakang. Hanya dengan mendengar suaranya, aku sudah dapat agak siapakah dia.

"Eo mianhae, J-jeonghan sunbae." aku menunduk sedikit kepala aku setelah Jeonghan muncul di sebelah aku sambil tersenyum ke arah aku. Walaupun dia murah dengan senyuman, khabar angin sering mengatakan bahawa dia kelihatan begitu menyeramkan apabila tengah marah.

Cupcake || The8Where stories live. Discover now