Aku memandang kotak yang berada di tangan aku sekarang dengan pandangan yang sayu. Cupcake yang sepatutnya aku berikan kepada Minghao untuk hari ini aku terpaksa bawa pulang bersama.
"Noona!" aku tersentak apabila Chan tiba-tiba sahaja mengetuk pintu bilik aku beberapa kali dengan kuat. Kotak cupcake yang aku pegang tadi terlepas dari tangan aku dan terjatuh ke lantai disebabkan terlalu terkejut.
"Apa?!" jerit aku setelah mengambil kotak cupcake yang berada di lantai tadi. Kesian kotak cupcake aku ni. Dalam sehari sudah dua kali kotak ni terjatuh ke lantai.
"Omma suruh makan. Dari petang tadi noona terperap dalam bilik ni." Chan bersuara di sebalik pintu tersebut. Aku mengerling jam loceng yang berada di atas laci bersebelahan kepala katil aku.
Eh, sejak bila jam pukul 8 malam?
"Noona masih kenyang sebab makan ayam goreng tadi. Nanti kalau noona lapar, noona keluar." beritahu aku walaupun aku tidaklah kenyang mana pun makan ayam goreng di kedai tu tadi. Ini hanyalah sekadar alasan aku untuk tidak keluar dari bilik.
"Okey. Eo, noona. Tadi Minghao beri cupcake sebagai hadiah untuk Chan. Noona nak rasa tak? Sedap tau cupcake tu!" kata Chan riang. Walaupun dia berada di luar bilik, aku tahu yang dia tengah tersenyum gembira sekarang sambil membayangkan cupcake yang telah diberikan oleh Minghao kepadanya tadi.
Cupcake Minghao.
"Tak apalah. Itu hadiah Chan jadi Chan makan je sorang-sorang. Noona tak kisah pun." balas aku walaupun hakikatnya aku teringin nak rasa air tangan Minghao tu tapi apakan daya, ego menguasai diri hahaha.
"Arasseo, jangan menyesal." balas Chan sebelum tergelak mengekek dan menapak pergi. Aku mengemam bibir sebelum mencapai bantalku.
Aku menyembamkan wajah aku pada bantal tersebut sebelum menjerit sekuat hati. Tiba-tiba aku rasa sedih sangat hari ini dan aku sendiri pun tak tahu kenapa. Okey, sebenarnya aku tahu tapi aku buat tak tahu sebab aku nak tenangkan diri aku dan lupakan apa yang berlaku hari ni.
Antara sebab-sebab aku bersedih adalah;
1. Aku tak berikan Minghao cupcake pun untuk hari ini.
2. Cheng apa entah nama dia tiba-tiba muncul dan peluk Minghao di hadapan mata aku.
Aku mengeluh halus sebelum berbaring di atas bantal tadi. Handphone yang berada di atas laci aku capai dan jari-jemari aku mula menari-nari di atas skrin. Nombor Chaeyeon aku dail.
"Yo Haeun--"
"Chaeyeon!! Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat malam ni jadi kau boleh tak tolong aku?!"
"Haeun, bertenang. Aku nak kau tarik nafas dan hembus." balas Chaeyeon dari hujung talian. Aku pun menarik nafas aku perlahan dan menghembusnya seperti yang diarahkan oleh Chaeyeon. Ada lah rasa tenang sedikit.
"Aku rasa Chengxiao tu mungkin sepupu dia kot."
"Kalau bukan sepupu dia macam mana?!" aku mula risau tak tentu pasal. Aku yakin 100% dia bukan sepupu Minghao.
"Kalau bukan sepupu, maknanya mulai hari ni kau kena bertarung secara sihat untuk dapatkan Minghao kau HAHAHA!" tawa Chaeyeon terburai menyebabkan aku menjauhkan sedikit handphone aku dari telinga. Kalau nak gelak pun, tak payahlah gelak kuat sangat ey.
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Teen Fictionㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016