"Chan, noona nak tanya boleh tak?" aku menghampiri Chan yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di kerusi, bersedia untuk bersarapan. Chan memandang aku dengan dahi yang berkerut.
"Noona nak tanya apa?" soalnya sebelum menyumbatkan sandwich ke dalam mulut. Berselera sungguh adik aku ni. Aku pun menarik kerusi yang berada di hadapannya lalu duduk."Minghao memang pandai buat cupcake eh?" soal aku. Mulut Chan yang tengah sibuk mengunyah makanannya tadi terus terhenti sebelum dia memandang ke arah aku dengan kening yang bertaut.
"Ya. Dia ni memang suka sangat nak buat cupcake kalau ada masa lapang sebab tu lah cupcake dia jadi sedap." beritahu Chan kepada aku sebelum menyambung aktiviti mengunyah makannya tadi. Aku menganggukkan kepala tanda faham.
"Dia belajar kat mana?"
"Entah. Tak ingat pulak nama tempat tu tapi yang pasti tempat tu ada dekat-dekat dengan sekolah kita."
"Sejak bila dia belajar?"
"Sejak dia--jap. Kenapa noona nak tahu ni?" Chan mula memandang aku dengan pandangan yang tajam seolah-olah pandangannya itu mampu menembusi kepala aku. Senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Eo, jangan-jangan noona ni--"
"Ey, jangan fikir benda lain eh? Noona cuma nak tahu je pun. Dah, lepas kamu makan ni tolong kemaskan meja. Kalau keluar rumah nanti jangan lupa kunci pintu ok? Bye." aku pun terus bangkit dari tempat duduk aku sebelum menapak ke pintu utama meninggalkan Chan yang sudah tersenyum sendiri di belakang.
"Okey, noona~" balas Chan.
--
"Chaeyeon!" aku terus berlari anak menghampiri Chaeyeon yang baru sahaja hendak berjalan masuk ke pintu pagar sekolah. Kepalanya menoleh memandang aku sebelum melambaikan tangannya.
"Yah, Chan mana?" soalnya sebaik sahaja tangannya dirangkul kemas pada lengan aku.
"Dia masih kat rumah. Nanti dia datanglah." kata aku. Chaeyeon sekadar mengangguk perlahan kepalanya tanda faham. Tanpa berlengah, kami pun berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah.
"Chae, aku nak minta pendapat kau ni." aku menarik lengan Chaeyeon agar dia lebih dekat dengan aku.
"Pendapat apa?" soal Chaeyeon dengan kening yang bertaut.
"Apa pendapat kau kalau aku belajar buat cupcake?" bisik aku. Mata Chaeyon terbeliak buat seketika sebelum dia tergelak halus sambil menggelengkan kepalanya. Apa yang kelakar pun aku tak tahu.
"Kau? Nak belajar buat cupcake? Sejak bila kau ada minat nak buat cupcake ni? Setahu aku, bab macam ni lah paling kau benci. Kau tu dah lah pemalas." sempat lagi dia perli aku sambil gelak bagai.
Tapi, memang betul pun.
"Itu dulu, bukan sekarang." kata aku lalu menggulingkan bebola mata. Aku minta pendapat, dia gelakkan aku pulak. Tak guna.
"Hm. Aku rasa okey je kalau kau belajar buat cupcake. Kalau cupcake kau sedap, aku nak jadi orang pertama yang rasa tau." katanya lalu menepuk lembut pipi aku. Tadi gelakkan aku, ni ada hati nak jadi orang pertama ceh.
"Sorrylah tapi kau tak boleh jadi orang pertama yang rasa cupcake tu." kata aku lalu tersenyum senget. Dia mencebikkan bibir sebelum memeluk tubuhnya. Acah merajuk.
"La, kenapa pulak? Aku kan kawan baik kau. Ke, kau nak suruh si Minghao tu rasa dulu?" bibirnya mula tersenyum suka sebelum dia menyiku kuat lengan aku berulang kali.
"Yah, janganlah sebut nama dia. Nanti ada orang dengar, lain pulak mereka fikir." kata aku. Dia ni bising betul.
"Sebenarnya, aku nak jadikan Chan orang pertama yang rasa cupcake aku. Well, dia kan adik aku. Takkanlah aku nak dahulukan orang lain sebelum keluarga aku, kan?" kata aku lagi. Sweet kan aku? Bertuah Chan ada kakak yang baik hati macam aku ni.
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Novela Juvenilㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016