10 : Kekasih

1.5K 241 37
                                    

Loceng yang tergantung berbunyi sebaik sahaja aku melangkah masuk. Ya, hari ini aku pergi ke akademi tu lagi untuk belajar buat cupcake. Dan hari ini aku juga datang lebih awal dari kebiasaan.

"Awak memang suka datang awal, kan?" Nayeon yang tengah sibuk mengemaskan barang di ruang kaunter menegur aku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam. Aku tersengih sebelum melabuhkan punggung aku di kerusi yang berdekatan.

"Saya cuma tak suka datang lambat je." jawab aku. Nayeon sekadar menggeleng sebelum meneruskan kerjanya. Tidak lama kemudian, Minghao muncul di muka pintu. Automatik bibir aku tersenyum melihatnya.

"Hai. Awalnya sampai." dia menghampiri aku sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak di hadapan aku. Aku pun membetulkan posisi duduk aku untuk menghadap Minghao.

"Awak pun awal jugak." kata aku sebelum tergelak. Aku pun tak tahu kenapa aku tiba-tiba tergelak hahaha ok.

"Awak berdua, boleh tolong tak?" Nayeon tiba-tiba menghampiri kami sambil membawa kertas atau lebih tepat lagi check-list di tangannya. Check-list itu diserahkan kepada Minghao.

"Tolong belikan barang-barang ni. Nah, ini duitnya." kata Nayeon lalu mengeluarkan beberapa helai wang kertas dari dompetnya dan dihulurkan kepada aku. Setelah mengambil wang tersebut, Nayeon menepuk bahu aku dan Minghao.

"Baki tu nanti korang ambil ya?" katanya sebelum berlalu pergi. Aku dan Minghao bertukar pandangan sebelum memandaag figura Nayeon yang sudah menghilang ke ruang dapur.

"Jom Haeun. Kita pergi sekarang." kata Minghao sebelum mengatur langkahnya menuju ke pintu. Aku pun tanpa berlengah mengikut rapat Minghao dari belakang. Melihat aku yang berjalan di belakangnya, Minghao tergelak sendiri.

"Haeun, bahaya kalau awak jalan kat belakang tu." kata Minghao lalu menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. Aku tersenyum dalam diam sebelum menyamakan langkah aku dengan langkah Minghao. Kami kini berjalan secara seiringan.

Sepanjang perjalanan yang terasa sedikit janggal itu, aku dihiburkan dengan suara Minghao yang menyanyi kecil berlatarkan bunyi kicauan burung. Sesekali aku tersenyum sendiri mendengar suara Minghao. Oh indahnya.

--

"Tepung, telur, serbuk penaik, vanilla essence. Apa lagi yang belum ada ni?" gumam aku setelah memeriksa barangan yang kini sudah pun berada dalam bakul. Minghao yang berdiri di sebelah aku meneliti check-list di tangannya pula.

"Oh ya. Awak lupa mentega." kata Minghao lalu menepuk bahu aku lembut sambil tergelak halus. Terkejut aku dibuatnya haih. Melihat beberapa orang pelanggan mula memandang kami sambil tersenyum, aku pun memandang ke arah Minghao.

"B-biar saya ambilkan mentega tu." beritahu aku sebelum melangkah pergi dari Minghao yang masih tergelak di situ. Entah apalah yang pelanggan lain fikirkan sampai tersenyum macam tu sekali bila pandang kami.

"Mentega mentega mentega--ha! Ini pun dia!" aku pun menghampiri sebuah rak lalu mengambil beberapa kotak mentega di tangan aku. Setelah berpuas hati, aku pun mengangkat kaki dari rak tersebut.

Dalam perjalanan aku hendak ke tempat Minghao menunggu, aku ternampak seorang budak lelaki tengah berusaha untuk mengambil sebuku roti dari rak yang agak tinggi darinya. Aku pun menghampiri budak lelaki tersebut.

"Nak ambil roti ni ke?" soal aku sambil merendahkan sedikit badan aku untuk memandang budak lelaki itu. Dia tertunduk malu sebelum mengangguk perlahan. Teringat pula waktu Chan masih sebaya dengan budak ni. Akulah yang selalu bantu dia ambil benda dari tempat tinggi macam ni dulu.

"Jja. Ini dia." aku pun menghulurkan sebuku roti tadi kepada budak lelaki tersebut. Dia tersenyum gembira apabila roti itu bertukar tangan. Comel betul.

Cupcake || The8Where stories live. Discover now