13 : Siapa?

1.3K 212 101
                                    

Berbalik kepada kisah Minghao menyoal aku okey.

Aku memandang Minghao dengan mata yang tidak berkedip untuk beberapa saat. Mulut aku juga hampir ternganga namun syukur kerana aku masih dapat berfikir dengan waras.

"Haeun?" Minghao melambai tangannya di hadapan wajah aku membuatkan mata aku serta-merta berkedip beberapa kali. Aku memegang pipi aku sebelum tersenyum kekok di hadapan Minghao. Dah macam orang gila aku sekarang.

"Awak tanya apa tadi?" soal aku meminta kepastian walaupun soalan yang diajukannya sebentar tadi cukup jelas aku dengari. Dahi Minghao berkerut sebelum menggeleng perlahan.

"Tak ada apalah. Lupakan soalan tu. Mungkin saya yang salah tengok." ujarnya sebelum tersenyum ke arah aku. Entah kenapa, adakah aku pekak atau pun aku yang tersalah dengar sekarang. Dia suruh aku lupakan soalan tu?

MANSE!! AKHIRNYA AKU TERSELAMAT!

Mudahnya dia suruh aku lupakan hahaha tak sia-sia lakonan aku yang acah tak dengar apa-apa tadi. Nampaknya nasib lebih menyebelahi aku kali ini. Kepada sesiapa yang berharap Minghao akan tahu, sorry but the day is not today hahaha.

"Haeun?" terasa bahu aku digoncang lembut oleh Minghao. Sekali lagi mata aku berkedip beberapa kali memandangnya.

"Apa yang awak tengah fikirkan sebenarnya? Dari tadi saya panggil awak tak dengar langsung." ujarnya hairan. Aku tersengih kekok sebelum menggeleng perlahan. Mungkin aku terlalu gembira sebab Minghao suruh aku lupakan soalan tu kot.

"Ani. Jomlah kita cari Hoshi dan yang lain. Kata nak pergi kedai ayam goreng, kan?" kata aku dengan kening yang sengaja dijongketkan. Entah kenapa tiba-tiba aku terasa bagai orang tidak siuman sekarang ni hahaha.

"Hm, kaja." Minghao pun mula mengatur langkahnya ke arah pagar sekolah manakala aku yang mengikutnya rapat di belakang sudah mengutuk diri sendiri. Kenapalah kau tiba-tiba buat perangai hodoh macam tu kat depan Minghao tadi ey.

Langkah kami atur menuju ke arah sebuah perhentian bas yang terletak beberapa meter sahaja dari sekolah kami. Kelihatan Chaeyeon dan yang lain sudah pun berdiri di situ semestinya tengah menanti aku dan Minghao.

"Lambatnya korang." kata Jun sambil merenung kami dengan pandangan yang tajam. Chaeyeon yang berdiri di sisinya sekadar menggeleng namun sempat menghadiahkan aku satu senyuman menyakat yang sememangnya membuatkan aku nak koyakkan bibir dia sekarang.

"Mian." ucap aku dan Minghao serentak sebelum tergelak. Ha, ada jodoh ni.

"Hyung, jahatlah!" entah dari mana Chan muncul di antara aku dan Minghao sambil berpeluk tubuh. Kalau nak muncul pun, perlu ke muncul kat tengah-tengah ni ey.

"Chan dah tahu lah ni?" soal Minghao kepada Chan namun Chan sekadar membalasnya dengan satu jelingan maut. Hoshi, Jun dan Minghao serentak mentertawakan Chan yang kini sudah memasang mimik muka seperti hendak menangis.

"Janganlah nangis, Chan. Kami buat semua ni sebab kami sayangkan kau." ujar Hoshi sebelum menumbuk bahu Chan dengan lembut. Minghao memaut bahu milik Chan sebelum mengusutkan rambut milik Chan pula.

Sementara mereka sibuk menyakat Chan, aku berjalan menghampiri Chaeyeon yang kini tengah berdiri seperti tidak ambil kisah dengan kehadiran aku. Amboi, buat tak tahu ya?

"Yah!" satu tamparan hinggap di bahunya membuatkan dia mengaduh sakit. Melihat wajahnya yang terkejut dan menahan sakit itu, aku tersenyum puas. Sambil tangannya menggosok bahu yang ditampar oleh aku tadi, dia mencebik.

"Ala, aku cuma tak nak kacau daun je sebab tu aku tinggalkan korang tadi." ujarnya. Aku berdecit sebelum menggulingkan mata ke atas.

"Macamlah aku baru kenal kau semalam, Chae." omel aku membuatkan dia tersengih bagai kerang wangi. Bahagia betul bila ada kawan yang gila betul tak?

"Assa! Jom kita pergi makan ayam goreng!" Hoshi yang bersorak riang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan kami membuatkan aku dan Chaeyeon hampir sahaja terkena serangan jantung. Kalau Minghao tak ada kat sini, dah lama aku belasah kawan dia yang seorang ni.

"Jom!"

---

Setibanya kami di hadapan kedai ayam goreng tersebut, keempat-empat mereka berlari bagai kanak-kanak yang riang menuju ke dalam kedai. Aku dan Chaeyeon bertukar pandangan sebelum melangkah ke dalam bersama.

Disebabkan promosi yang diadakan, kedai ayam goreng ini dipenuhi dengan begitu ramai pelanggan dari kebiasaan. Nasib baik budak berempat tu sudah jumpa tempat duduk.

"Sempena hari jadi Chan, kita bagi Chan pesan apa je yang dia nak!" cadang Jun. Chan yang kelihatan begitu terharu mengangguk teruja begitu juga dengan Hoshi dan Minghao.

"Gomawo hyung. Terharu ni." Chan mengipaskan wajahnya dengan tangan manakala yang lain sudah pun ketawa melihat karenahnya itu. Tengah leka aku memerhatikan mereka, Chaeyeon menyiku lengan aku.

"Pst, macam mana tadi?" soal Chaeyeon dalam nada berbisik membuatkan aku menoleh memandangnya dengan dahi yang berkerut seribu.

"Macam mana apa?" soal aku hairan. Tiba-tiba tanya macam mana apa.

"Ey, Minghao tahu tak pasal kotak cupcake kau?" soalnya lagi. Ingatkan nak tanya apa tadi. Aku mengalihkan pandangan dari Chaeyeon sebelum bibirku tersenyum senget.

"Nope. Dia tak tahu lagi." balas aku selamba sebelum menoleh memandang riak wajah Chaeyeon. Dia kelihatan seperti tidak percaya sekarang ni. Hoho, lantak dia lah nak percaya ke tidak.

"Omo! Minghao!!"

Serentak kami menoleh ke satu arah apabila nama Minghao kedengaran dipanggil oleh seseorang. Kelihatan seorang gadis berambut keperangan meluru ke arah kami atau lebih kepada Minghao sebelum memeluknya erat.

Dia peluk Minghao?! Siapa perempuan ni?!

Kami semua kaku seketika melihat kelakuan gadis itu termasuklah Minghao yang ketika ini kelihatan begitu terkejut. Aku dapat rasakan mata aku berapi-api memandang gadis tersebut yang sesuka hatinya memeluk crush aku di hadapan mata aku sendiri.

"Em.." Minghao kelihatan teragak-agak untuk menolak gadis tersebut namun belum sempat Minghao menolaknya, gadis tersebut meleraikan pelukan terlebih dahulu. Aku pun dengan serta-merta memerhatikan raut wajahnya. Aku betul-betul tak percaya apa yang aku nampak sekarang ini.

Dia lebih cantik dari aku huhuhu.

"Eo, maaflah tiba-tiba ganggu tapi saya teruja sangat bila nampak Minghao tadi." gadis itu menundukkan kepalanya berulang kali sebagai tanda maaf sambil tersenyum segan. Dia nampak sangat baik walaupun tadi aku ingatkan dia ni sasaeng sesat.

Minghao memerhatikan raut wajah gadis tersebut sebelum bibirnya tersenyum gembira. Kenapa dia nampak gembira do? Hati aku sakit bila tengok dia senyum macam tu kat perempuan ni huhuhu.

Yang paling mengejutkan, Minghao tiba-tiba sahaja berbual dalam bahasa cina dengan gadis tersebut. Jun yang terdengar perbualan mereka kelihatan terkejut. Hanya aku, Hoshi, Chaeyeon dan Chan sahaja yang kebingungan mendengar tutur kata mereka sekarang ini.

"Yah, tak nak kenalkan dengan kitorang ke?" Hoshi dengan tidak malunya menyampuk perbualan mereka menyebabkan Minghao dan gadis itu tergelak halus. Minghao memandang gadis tersebut sekilas sebelum bersuara.

"Kenalkan, ini Chengxiao."

===

surprise! double upd bcs i can HAHA

Cupcake || The8Where stories live. Discover now