( Haeun's pov )
"Baiklah kamu semua boleh balik sekarang."
Para pelajar mula mengemas barang masing-masing termasuklah aku sendiri sebaik sahaja sesi persekolahan hari ini tamat.
"Haeun, aku ada perjumpaan kelab lah lepas ni jadi aku tak dapat balik dengan kau." kata Chaeyeon kepada aku sambil tangannya sibuk menyimpan buku ke dalam beg biru langit miliknya.
"Tak apa, aku boleh balik dengan Chan." balasku selamba. Lagipun bukan selalu aku balik dengan adik aku sendiri. Chaeyeon mengangguk perlahan kepalanya tanda faham.
"Haeun, kau tak tunggu crush kesayangan kau ke?" soalan Chaeyeon hampir sahaja membuatkan aku tersedak air liur sendiri. Aku memukul belakang bahunya, membuatkan dia mengaduh sakit.
"Kau ni dah kenapa?" dia berkata dalam nada separuh menjerit sambil menggosok bahunya. Tahu pun sakit.
"Yah! Janganlah bising sangat nanti orang lain dengar." bisik aku kepadanya. Chaeyeon mendengus sebelum menampar lengan aku pula. Balas dendam nampak?
"Hello? Macam lah orang lain tahu siapa crush kau." balasnya lalu menggulingkan bebola mata. Aku terus tersengih sambil menggosok belakang tengkukku tatkala mendengar kata-kata Chaeyeon yang tepat lagi benar itu.
"Oi, Chae! Perjumpaan dah nak bermula ni cepatlah sikit!" kelihatan Seungkwan, salah seorang ahli kelab muzik tengah melambai tangannya ke arah Chaeyeon sebaik sahaja kami melalui kawasan koridor. Chaeyeon pantas mengangguk.
"Aku pergi dulu eh." katanya sebelum melangkah pergi mengikut jejak Seungkwan menuju ke tempat perjumpaaan. Sempat juga dia melambai ke arah aku.
Kini tinggallah aku sendiri.
Sebaik sahaja kaki aku melangkah keluar dari bangunan sekolah, lengan aku tiba-tiba ditarik oleh seseorang ke sisi. Aku terus menoleh memandang siapakah yang sesuka hati menarik lengan aku ini.
"Oi Haeun. Kau balik dengan siapa?" soal Mingyu kepada aku. Dia ni penyibuk nombor satu betul. Aku ingatkan siapalah yang tarik tadi. Setiap hari tanya soalan yang sama.
"Aku balik dengan Chan je lah." balas aku malas sebelum menepis tangannya yang berada pada bahu aku. Aku tahu dia selalu tanya sebab dia berharap sangat aku balik dengan kawan baik aku. Macamlah aku tak tahu dia ada hati dengan kawan baik aku tu.
"Chaeyeon mana?" soalnya sambil mencebikkan bibir. Ingat comel ke? Aku menggulingkan bebola mata sebelum menjawab. "Chae ada perjumpaan kelab muzik jadi dia keluar lambat lagi."
"Kalau macam tu, aku tunggu dia jelah. Bye." katanya sebelum melambaikan tangan dan melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah semula dengan teruja. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat karenahnya itu.
"Noona!"
Aku tersentak tatkala terdengar seseorang memanggil nama aku. Apabila aku menoleh ke belakang, kelihatan Chan tengah melambai-lambai tangannya sambil berlari anak menghampiri aku.
"Apa?" soal aku sebaik sahaja Chan yang tengah termengah-mengah berada di hadapan aku. Setelah mengambil nafas secukupnya, Chan kembali memandang aku sambil tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya.
"Jun hyung cakap hai dekat noona." balas Chan lalu mempamerkan wajah menyakatnya kepada aku. Aku menggulingkan bebola mata sebelum tangan aku menumbuk bahunya lembut.
"Yah, kenapa pukul orang?!" dia mengadu sakit sambil menggosok bahunya. Sakitlah sangat padahal aku tumbuk taklah kuat sangat.
"Cakap dengan Jun, noona cakap bye." kata aku sebelum meneruskan langkah yang terhenti separuh jalan tadi. Chan yang berada di belakang mula menghampiri aku lagi dan kami berjalan secara beriringan.
"Noona ni. Noona tahu tak yang Jun hyung tu suka sangat dengan noona." kata Chan lalu menyiku lengan aku dengan kuat. Tak guna punya adik. Nasib baik aku sayang dia.
"Tapi noona tak suka dia okey?" balas aku pula dengan wajah yang selamba. Lagipun aku cuma anggap Jun tu kawan, tak pernah lebih dari tu, okey?
"Kejam. Kalau Jun hyung dengar, mesti dia patah hati." kata Chan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku hanya membalas dengan tawa halus. Aku tahu Jun sukakan aku tapi aku tak boleh sukakan dia balik.
Sebabnya, aku dah ada hati dengan orang lain.
"Chan-ah!" kedengaran suara seseorang memanggil nama Chan. Serentak aku dan Chan menoleh memandang si pemanggil. Mata aku membulat dengan sendiri apabila melihat gerangan yang memanggil Chan sebentar tadi.
Hati aku mula berdegup dengan kencang hanya dengan melihat Minghao yang tengah berlari anak menghampiri kami. Hanya dengan melihat senyumannya juga, aku rasa bahagia sendiri.
Ya, dialah sebabnya aku tak dapat menyukai Jun. Aku dah lama menaruh perasaan terhadap Minghao sampai tak dapat nak berubah hati lagi hahaha.
"Oh, hyung? Kenapa ni?" soal Chan sambil memegang lengan Minghao yang sudah pun berdiri di hadapan kami. Aku cuba kawal diri aku sebaik mungkin daripada tersenyum mahupun tersengih.
"Hyung cuma nak cakap, petang ni kita ada latihan. Macam biasa, kat practice room dengan Hoshi hyung dan Jun hyung." kata Minghao. Caranya berbicara dengan penuh sopan santun itu sudah mampu mencairkan hati aku. Tabah, Haeun.
"Okey. Chan on je. Noona benarkan tak?" Chan mengalihkan pandangannya untuk memandang wajah aku dan membuatkan Minghao juga turut memandang aku, menanti jawapan.
Di saat mata aku bertembung dengan mata Minghao yang bersinar itu, lidah aku kelu dengan sendiri. Aku dapat rasakan jantung aku mula berdegup lebih kencang dari kebiasaan.
"Noona?" Chan menggoyangkan lengan aku perlahan justeru membuatkan aku tersedar dari lamunan. Mata aku berkedip seketika sebelum mengangguk.
"Huh? Oh, boleh je." jawab aku. Nasib baik tak gagap. Malulah kalau gagap depan crush sendiri.
"Okey, cool. Petang ni, pukul lima Chan." balas Minghao yang kembali memandang ke arah Chan sambil menepuk bahunya. Chan mengangguk sambil menunjukkan ibu jarinya tanda ok.
"Kalau macam tu, hyung balik dulu. Jumpa nanti, Chan." kata Minghao kepada Chan sebelum matanya beralih memandang ke arah aku sambil tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya.
"Bye, Haeun."
Dan aku dapat rasakan denyutan jantung aku terus terhenti sebaik sahaja dia berkata begitu. Ok, tipu.
Dia cakap " bye " kat aku!! Aku kena tulis dalam diari ni supaya aku tak lupakan hari bahagia ni. Inilah kali pertama Xu Minghao cakap sesuatu dengan aku!
"Noona? Okey tak ni?" Chan menarik lengan aku berulang kali membuatkan aku tersedar dari dunia syok sendiri. Aku mengangguk laju sebelum memegang kedua belah pipi aku yang mula membahang ini.
"Pipi noona tu dah kenapa?" Chan menyoal dengan salah satu keningnya diangkat ke atas. Aduh, mesti dia nampak muka aku yang tengah merah padam sekarang ni.
Okey, buat tak dengar.
"Dah, jom balik! Nanti omma dan appa bising pulak." kata aku lalu merangkul tangan aku pada bahu Chan dengan kemas. Chan pula hanya menurut tanpa banyak soal.
===
HAHAHAHA siapa yang dah terbaca chap yang sebelum ni just buat tak tahu ya xD
YOU ARE READING
Cupcake || The8
Teen Fictionㅡsalah satu cara untuk dekati crush yang diminati ialah minat apa yang si crush minat. • Seventeen The8 • ❁ 181016