-chapter 7-

7.6K 1K 8
                                        

DANIEL

Aku memandang buku dihadapanku tidak berperasaan.Jariku lincah menconteng gambar sesuatu di atas buku nota.

Profesor Azlan dihadapan aku buat tidak endah.Dia sangat boring eh.

"Daniel!apa awak buat hah?"Prof Azlan memekik memanggil aku.Aku memandangnya dengan pandangan bosan.

"Baik awak tumpukan perhatian,kalau awak tak nak gagal.Saya tak sanggup nak hadap muka awak balik kalau awak gagal"bebelnya sambil menutup laptopnya.

Semua pelajar dalam dewan kuliah itu memandang aku.Ada yang berbisik,ada yang ketawa dan ada yang tenung aku.

Perlu ke aku ingat kan?
Aku instafamous.

Prof Azlan terus sahaja keluar selepas memberi tugasan.Prof Azlan dan Tugasan tak pernah berpisah.

"Daniel,kau termenung apa dari belajar tadi.Dari Prof masuk sampai sekarang"soal Victor kawan sefakulti ku.Dia ni cina mithali hah.

Mukanya yang persis Alvin Chong menjadi tarikan siswi di UM ni selain aku.

Aku memandang segenap dewan kuliah,ada yang dah balik dan ada yang sibuk mengemas barang.

"Aku jumpa seseorang"jawabku sambil memandangnya.

"Siapa?"soalnya lagi sambil membetulkan rambutnya.

KALAU AKU BAGITAHU PUN BUKAN DIA KENAL.

"Aiqa"jawabku ringkas lalu memasukkan segala buku ke dalam beg sandang aku.

"Junior 1st sem tu ke?"soal Victor agak terkejut.

Aku mangangguk.Alah apa nak diherankan kalau Vivtor ni kenal junior.Dia memang baik melayan kerenah junior dan salah satu fasi masa orientasi 1st sem.

"Lawa junior tu weyh"katanya sambil menepuk belakangku.Aku hanya mampu diam.Jangan cakap si Victor ni minat Aiqa sudah.

Kami berdiri dan bergerak ke luar dewan kuliah.Yeah balik rumah.

Semasa aku rancak berborak dengan Victor tentang assigment yang Prof Azlan bagi.Seorang siswa mendekati kami.

"Senior Daniel,Senior Victor"panggil siswa itu.Kami berhenti menunggu siswa itu.

"Esok ada PALAPES,dan budak junior baru pun akan start join.Tapi ni untuk sebelum pemilihan.Dan Prof Kamaruzzaman suruh Senior Daniel jadi ketua fasi"kata lelaki itu sambil menarik nafasnya.Aku hanya diam dan memandang Victor.

Victor menepuk bahu junior itu.

"Thanks"

Aku dan Victor berlalu meninggalkan Junior tadi.

Kami ke arah lot parkir pelajar.

"Daniel,macam mana kau kenal Aiqa tu?"soal Victor sambil menekan punat kunci kereta Range Rover Evoque nya.

"Nanti esok aku cerita,aku nak balik"kataku selamba lalu terus memboloskan diri ke dalam BMW 5 series yang terpakir elok di sebelah kereta Victor.

Victor mencebik lalu terus menutup pintu keretanya.Aku tergelak dengan perangai Victor.Macam budak-budak.

Setelah Range Rover Evoque milik Victor pergi,aku meluncur laju keluar dari UM.

SKIP

Usai solat maghrib,aku duduk di atas katil aku.

Iphone SE ku dicapai.Aplikasi Instagram aku buka.

Aku membuka account Aiqa.Wah!dia unblock aku ah.Bagus!

Aku terus direct mesagge kepada Aiqa.

Danielryyn:halooooo,sombong

Aku hanya menunggu balasan dari Aiqa.

INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang