AIQA POV
Aku duduk termenung di dalam bilik.Selepas menidurkan Ayyiz,aku masih lagi berwajah sembap dan lebam dek kerana tidak tidur malam dan menangis.Ah,aku sebenarnya sudah jatuh cinta pada Daniel Rayyan.Suami aku sendiri.
Kenapa perlu aku mendera diri aku?mendera perasaan aku yang aku tak cintakan dia?Ego nya Aiqa Humaira ni.
"Aiqa,ada orang nak jumpa"
Ibu masuk ke dalam bilik membawa sinar harapan kepada aku.
"Abang Daniel ke?Abang Daniel datang?"
Aku bangun dan meluru ke pintu.Ibu menahanku dan memintaku untuk bersabar.
"Bukan Daniel sayang,mom kamu"
Ibu memujukku sambil menghadiahkan senyuman tipis yang tawar.Aku senyum lalu ketawa lucu.
"Mesti Mom bawak abang Daniel kan?"
Ah,Daniel sekali lagi seperti menjadi zikir harianku.Ibu menggeleng lembut dan melepaskan aku.
Aku berjalan ke ruang tamu.Aku lihat Mom datang bersama sepucuk sampul surat bersaiz A4 bewarna putih.
"Assalamualaikum,mom"
Ingin aku meraih tangannya untuk bersalaman.Cepat-cepat dia menarik tangannya.
"Aku datang sini bukan nak bermesra dengan kau.Ni,Daniel bagi.Kalau dia tak suruh aku berikan.Tak ada kuasa aku nak menghadap wajah kau"
Pedas Mom membalas.Aku menyambut pemberiannya dan duduk di sofa bertentangan dengannya.Ibu datang bersama dulang di tangannya.
"Datin,jemput minum"
Kata Ibu mempelawa mom minum.Elok sahaja mom senyum manis pada ibu.
"Abang bagi Aiqa?"
Aku membuka sampul surat itu dan melihat isi dalamnya.Terketar aku tengok surat itu,surat penceraian mahkhamah.Meleleh air mata aku.
"Mom,betul ke abang bagi surat ni?"
Tanyaku dengan suara terketar-ketar menahan seduan.
"Yelah,Dia nak bertunang dah.Haih,tak sangka dia bazirkan masa setahun dia dengan jodoh orang"
Mom memerliku.Aku menangis tertunduk.
"Boleh...boleh Aiqa jumpa Abang Daniel?"
Soalku tanpa mengangkat muka.Biarkan air mataku jatuh menitis di lantai.
"Dia nak bertunang dah dengan orang lain.Tiada masa dia nak jumpa kamu"
Jawab mom sambil menjeling aku.
"Kenapa perlu bercerai?Aiqa cintakan dia"
Aku masih tidak mahu mengalah.Ibu menggosok-gosok tubuh badanku.
"Kamu sanggup bermadu?"
Soal Mom selepas menyisip air yang dibancuh oleh ibu.Aku mengangguk mengiyakan soalan mom dengan bersemangat.Aku sanggup bermadu daripada aku kehilangan Daniel.Biarlah aku berkongsi cinta,asalkan cinta aku hanya untuk dia.
"Suka hati kamulah.Tapi kamu ingat,dia nak bertunang dah.Jangan kacau dia"
Pesan mom lalu bangun untuk pulang mungkin.Dapat aku lihat pemandu keluarganya di dalam kereta Audi TT milik dad.
"Boleh Aiqa datang masa mereka bertunang?"
Soalku cuba meminta Izin.Mom menoleh kepadaku dengan pandangan yang agak tajam kemudian dia mengangguk lalu tersenyum jahat.

YOU ARE READING
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Fiksi RemajaMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017