Peluh di dahiku sudah mula menitik.Mimi disebelah aku pandang.Motif aku mendekati Mimi untuk menghalangnya bersama Daniel.
"cepatlah sikit lari tu!"jerit RSM Ismail.Datang pulak dia harini,semalam tak mahu datang.
Bukan kami orang terakhir,ramai lagi di belakang kami,dan belakang sekali ada leftenan yang sedia membantu.Daniel lah, siapa lagi?
"saya letihlah encik,tempurung lutut saya sudah terkucil"bebel Mimi seorang namun didengari oleh aku.Dah tahu fizikal tak kuat nak join PALAPES.Gedikss.
Aku membetulkan Pack yang berat dibelakangku serta senapang M16 yang perlu disandang oleh semua kadet.Aku menjeling Mimi.Lariannya semakin perlahan.
"Hoi,mimi"aku menjerit apabila aku sudah ke hadapan dan beberapa siswi sudah melepasi kami.
"kau larilah"jeritnya seraya menyuruh aku meneruskan larian.Aku berpatah balik menuju ke Mimi.Aku dapat rasakan kepala Mimi berat berpusing-pusing.
"kau okey tak?"soalku sambil melutut melihat keadaan Mimi yang sudah bersila di atas jalan raya.
Mimi lesu.Mukanya pucat habis.Aku tak sampai hati nak tinggalkan dia.
"Dik,okey tak?"soal seseorang.Aku yang sibuk memerhati siswa siswi mwneruskan larian terus mendongak.
Daniel?Tak boleh jadi ni!
"Daniel,saya rasa nak pengsanlah"rayunya dengan nada gedik.Aku yang jadi pemerhati sudah meluat.
"awak nak teruskan larian ke?"soal Daniel lalu melutut di sebelah Mimi yang sudah bersila.Aku dapat rasa anak mata Daniel menikam anak mata Mimi.
Perasaan cemburu terselit di hatiku.
Mimi mengangguk tanda ingin meneruskan latihan.Bagus!boleh aku campak kan aja dia ni dalam gaung di depan.
Daniel berdiri dan menarik Mimi untuk berdiri sekali.Aku rasa nak meletup je srkarang ni!!!!!!!!
"kalau kau nak teruskan larian!jomlah.Terima kasih senior Daniel"sinis aku menyindir Daniel dan berdiri di sebelah Mimi.Nasib baik aku tak tinggalkan Mimi kalau tak dia dah menggedik dah dengan Daniel ni.
"Aiqa,kau larilah dlu.Kau kan atlet sekolah dulu.Kesian kau kalau dapat no akhir"kata Mimi.Nak halau aku lah tu supaya dia dapat sweet dengan Daniel.
"Kang kau pengsan karang"aku membalas.Aku takkan benarkan kau berdua dengan Daniel.
"tak pelah,senior Daniel ada"kata Mimi lalu memeluk lengan Daniel.Aku terdiam.Mataku beralih kepada Daniel yang dari tadi memerhati aku.
"tak pe"aku masih tidak mahu mengalah.
"Betul tu,Aiqa.Awak lari lah dulu.Saya ada teman Mimi"jawab Daniel tiba-tiba.Aku rasa nak menangis dengar jawapan Daniel tadi.
"eh,suka hati sayalah.Mimi jom lari"aku menarik lengan Mimi untuk lari.
"Awak tak nampak ke Mimi tengah sakit ni?Ini satu arahan dari leftenan,Aiqa pergi lari cepat!"jeritnya lalu menarik Mimi semula.Aku terkedu dengar jeritan itu.
Aku menjeling mereka sebelum meneruskan larian.Air mata aku berjujuran.Aku benci Daniel,dia buat aku fall in love dengan dia.Dia tinggalkan aku.
Padan muka aku,sombong.
Jual mahal dulu.Aku rasa nak meraung di tengah jalan raya.
Aku memecut laju melencongi beberapa siswa dan siswi yang lain.Kaki ku berlari pantas.Ada 3 kilometer lagi aku perlu lari.
Aku rasa dunia ni aku yang punya apabila aku memecut.'Dunia Turbo'.Masa aku sekolah dulu,aku digelar Turbo.
ANDA SEDANG MEMBACA
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Teen FictionMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017
