"DANIEL!!!"
Dai'e menjerit kuat membuatkan aku terperanjat.Tanpa tidak disangka aku terlanggar seseorang yang kebetulan melintas.
Aku menahan Dai'e agar tidak terhantuk dari dashboard.
Aku memboloskan diri keluar dari keretaku.Orang ramai mula mengelilingi gadis yang aku langgar tadi.
Nasib baik hanya ada pendaharan sedikit sahaja.Salah seorang orang awam telah menelefon ambulans.Aku mengucap lama.
Dugaan apa lagi Ya Allah...
Aku memandang gadis tadi.Gadis tadi benar-benar mirip wajah lembut Aiqa.
Tapi wajah ini tampak lebih tua.Setelah ambulans sampai,aku mengekori ambulans dari belakang.
Dai'e disebelah,aku pandang.Wajahnya tampak pucat,macam dia pula yang langgar perempuan tadi.
"Mom,macam mana?"tanya Dai'e setelah sekian lama menyepikan diri.
"Nanti abang telefon.Kita gi hospital dulu"kataku sambil mataku memandang jalan raya dihadapan.Fokus itu penting.
Aku cepat² memarkirkan keretaku diparkir hospital.Aku mencapai dompet di dalam dashboard dan menyimpan Iphone SE ku yang sedikit retak didalam kocet seluar slack aku.
Aku kehulur-kehilir di luar wad gadis tadi.Banyak kerja aku kena buat,report polis.
Kenapalah penulis suka menyusahkan aku.
Sedang aku mundar -mandir bagai cacing kepanasan.Seorang doktor perempuan keluar dari wad gadis tadi.
Name tag doktor itu aku pandang.
"Fairuza"
Kataku perlahan,cukup untuk pendengaran aku sahaja.
"Encik ni,family akak ni ke?husband?"soal doktor tadi sambil memandang tepat anak mataku.
"Taklah,saya yang langgar dia tadi"kataku sambil tersengih seperti Fazura dalam iklan colgate.
"Tak call lagi family dia ke"soal doktor itu agak terkejut.Aku menayangkan lagi sengihku.
"Macam mana eh keadaan pesakit ni?"tanyaku sengaja menukar topik.Nanti kena ceramah pula dengan doktor cun ni.
"Dia tak kritikal.Antibody dia kuat"kata doktor Fairuza tadi lalu sambil menyemak fail di dalam tangannya.
"Boleh tengok tak?"tanyaku sambil mengintai-ngintai cermin yang ada di pintu itu.
"Silakan"jawabnya lalu terus jalan tanpa menghiraukan aku.Aku memulas tombol pintu wad gadis tadi.
Gadis tadi sedang berbaring memandang siling.
"Assalamualaikum"sapaku lalu berjalan ke arah katil itu.
"Dik,tolong call adik akak"pinta gadis itu.Aku mengeluarkan phoneku lalu meminta no telefon adiknya.
Aku mendail satu per satu nombor itu.
Iphone SE ku dilekapkan ditelingaku.
Langsung tak ada sesiapa nak jawab ke macam mana.
Aku end call dan mencuba sekali lagi.
5 minit menunggu akhirnya ada juga orang nak jawab call aku.
AIQA
Aku keluar dari tandas sambil mengeringkan rambut guna tuala.Sikat aku ambil lalu dijadikan mikrofon
"Dari matamu,matamu ku mulai jatuh cinta.
ku melihat,melihat ada bayangnya.
Dari mata kau buat ku jatuhhh"hey girl,open the walls
YOU ARE READING
INSTAFAMOUS ITU,AKU PUNYA {COMPLETED}
Novela JuvenilMalas nk tulis sinopsis. pemalas betul korang kan... bacalah story klau nk thu... asyik hrapkn sinopsis je... -camnivor- COMPLETED ON 7 DECEMBER 2017